Ahad, 4 November 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


700,000 gagal ikuti Kafa

Posted: 03 Nov 2012 09:36 PM PDT


700,000 majoriti anak bangsa Melayu beragama Islam tidak dapat mengikuti Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) akibat kekurangan dana? Mana pergi duit zakat?

700,000 gagal ikuti Kafa
3 Nov 2012

MELAKA: Lebih 700,000 murid tidak dapat mengikuti Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) kelolaan Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) berikutan kekurangan kelas berkenaan di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, tiadanya galakan ibu bapa turut menyumbang kepada permasalahan itu.

Menurutnya, hasil laporan penaziran tahun lalu mendapati, sejumlah murid terbabit dari tahun satu hingga enam tidak mengikuti program pendidikan agama sedia ada melalui kelas Kafa, sekolah rendah agama negeri, rakyat dan swasta pada sesi petang.

"Kita akan bekerjasama lebih erat dengan Kementerian Pelajaran bagi membenarkan bangunan sekolah yang tidak digunakan pada sesi petang untuk pengajaran Kafa, terutama di kawasan yang tidak mempunyai kelas Kafa, demi memberi pengukuhan pendidikan agama anak di peringkat rendah.

"Saya yakin isu ini (kekurangan tempat kelas Kafa) kini ditangani Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan Kementerian Pelajaran melalui Bahagian Sekolah Harian," katanya selepas merasmikan majlis Ihtifal Kafa peringkat kebangsaan di Auditorium Masjid Al-Azim, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha dan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Datuk Mohd Zin Mansor.

Sehingga kini, ada 934,053 murid Kafa di seluruh negara dengan bilangan guru seramai 32,593 orang.

Ditanya jika peruntukan RM775 juta diterima Jakim menerusi Bajet 2013 dapat digunakan untuk membina sekolah agama, katanya, bajet itu untuk menguruskan Kafa, imam masjid, guru takmir dan pegawai penyelaras masjid daerah.

"Untuk tujuan pembinaan bangunan saja, ia menelan kos tinggi, tetapi jika boleh, kita akan berkongsi dengan sekolah yang mengadakan satu sesi persekolahan iaitu Kafa digunakan pada sesi petang." katanya


SEKOLAH AGAMA TIDAK SELESA, PERALATAN UZUR

Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati bahawa sekolah agama Kerajaan Johor (SAKJ) tidak memiliki kemudahan serta penempatan sementara yang tidak sempurna.

Menurut laporan itu, oleh kerana bilangan murid yang ramai dan kekurangan bangunan sekolah, Jabatan Agama Johor (JAJ) telah membenarkan penempatan murid dibalai raya, surau dan rumah kedai sebagai tempat pembelajaran sementara.

Sehingga Disember 2011, sebanyak 24 buah sekolah di seluruh negeri Johor masih ditempatkan di pelbagai premis.

JAJ memaklumkan, kedudukan sekolah yang menumpang adalah disebabkan tiada tapak dan penyewaan dilakukan kerana bangunan sekolah yang sedia ada tidak dapat menampung bilangan murid yang ramai. Situasi tersebut menyebabkan murid terpaksa belajar dalam keadaan tidak selesa akibat gangguan bunyi bising dan keselamatan yang tidak terjamin.

Laporan Ketua Audit turut mendapati, daripada 20 buah SAKJ yang dilawati, 16 daripadanya tidak mempunyai kelengkapan keperluan asas yang tidak sempurna seperti bilik mesyuarat, bilik sumber dan kantin ataupun kemudahan asas yang tidak sempura kebanyakannya telah uzur.

Disamping itu, perabot seperti meja belajar dan kerusi murid juga berada dalam keadaan uzur. Ini disebabkan oleh bekalan perabot baru lewat diterima dan dan ada sebahagiannya tidak menerima peruntukan perabot baru.

Keadaan yang sama turut berlaku kepada tenaga pelajar. Kemudahan pejabat tidak mencukupi mencukupi menyukarkan perhubungan pihak sekolah dengan JAJ dan kerja-kerja pentadbiran sekolah. Sebahagian sekolah yang mempunyai peralatan tersebut adalah menerusi sumbangan individu atau pembelian menggunakan wang Badan Kebajikan Sekolah Agama (BKSA).

SAKJ yang ditadbir terus oleh Kerajaan Johor melalui Bahagian Pendidikan JAJ telah menerima peruntukan sebanyak RM145.07 juta daripada kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Johor pada tahun 2011.

Tahap keselamatan tidak memuaskan

Secara keseluruhannya, Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati:
- Penempatan sekolah agama di rumah kedai sebagai tempat pembelajaran sementara adalah kurang selesa dan keselamatan murid tidak terjamin kerana tiada kawalan keselamatan disediakan.
- Program penyenggaraan dan baik pulih tidak mengikut perancangan disebabkan kekangan peruntukan kewangan telah mengakibatkan kerosakan kecil menjadi semakin serius terhadap bangunan SA yang terlibat.
- Kemudahan infrastruktur SA tidak lengkap dengan keperluan asas seperti bilik mesyuarat, bilik perpustakaan/sumber dan penggunaan perabot yang telah rosak dan tidak selamat untuk digunakan.
- Tahap keselamatan di SA tidak memuaskan di mana terdapat premis sekolah yang mempunyai pagar yang telah rosak serta tidak mempunyai pengawal keselamatan selain alat pemadam api yang tidak mencukupi dan sempurna.
- Pengurusan aset dan Inventori di SA tidak mematuhi tatacara pengurusan aset alih bagi kaedah pendaftaran dan pelupusan aset.
- Kekurangan guru dan pembantu tadbir di SA boleh menjejaskan proses pembelajaran dan pengajaran serta pentadbiran pengurusan sekolah.

Terima kasih semua

Posted: 03 Nov 2012 05:21 PM PDT


Alhamdulillah, program Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 3 Nov 2012 di Seremban Jaya berjalan lancar walaupun di selang seli dengan dugaan hujan, rakyat tidak berganjak untuk memberikan sokongan.

Terima kasih diucapkan kepada semua mereka yang terlibat menjayakan program ini khususnya Jawatankuasa penganjur, petugas Unit Amal dan para penduduk sekitar.

Terima kasih juga diucapkan kepada pihak polis di bawah pimpinan Ketua Polis N.Sembilan yang menjaga keselamatan dan keamanan sepanjang tempoh program dengan tiada sebarang gangguan.

Terima kasih juga kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban dan Nilai yang memberi peluang kepada para penjaja untuk berniaga.

Semoga Allah memberi kemenangan kepada mereka yang menegakkan keadilan. Takbir !

Dana Pilihanraya PAS Rembau

Posted: 03 Nov 2012 05:20 PM PDT



Jabatan Pilihanraya PAS Rembau masih memerlukan dana untuk menghadapi pilihanraya. Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk Tabung Pilihanraya PAS Rembau boleh disalurkan melalui akaun berikut :

Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

atau hubungi Sdr Hamizi 012-2832458 atau Sdr Hassan 019-2171942

Inginkan perkhidmatan kumpulan kompang?

Posted: 03 Nov 2012 05:19 PM PDT



Inginkan mendapatkan perkhidmatan kumpulan kompang sekitar Senawang atau Seremban? Sila hubungi Sdr Zairul 013-6000239

Sekolah Agama , KAFA perlu kita bantu

Posted: 03 Nov 2012 05:18 PM PDT



Adalah dimaklumkan KAFA Taman Alamanda, Senawang memerlukan bantuan untuk mengganti peralatan KAFA yang lama dan usang serta untuk pengurusan kelas KAFA. Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun atas nama : KAFA TAMAN ALAMANDA , Akaun di Maybank (Senawang), No Akaun : 555126502286. Atau sila hubungi Guru Besar KAFA Taman Alamanda, Ustazah Siti Nawani, Tel : 012-9433839 , 019-3465659.

SEKOLAH AGAMA TIDAK SELESA, PERALATAN UZUR

Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati bahawa sekolah agama Kerajaan Johor (SAKJ) tidak memiliki kemudahan serta penempatan sementara yang tidak sempurna.

Menurut laporan itu, oleh kerana bilangan murid yang ramai dan kekurangan bangunan sekolah, Jabatan Agama Johor (JAJ) telah membenarkan penempatan murid dibalai raya, surau dan rumah kedai sebagai tempat pembelajaran sementara.

Sehingga Disember 2011, sebanyak 24 buah sekolah di seluruh negeri Johor masih ditempatkan di pelbagai premis.

JAJ memaklumkan, kedudukan sekolah yang menumpang adalah disebabkan tiada tapak dan penyewaan dilakukan kerana bangunan sekolah yang sedia ada tidak dapat menampung bilangan murid yang ramai. Situasi tersebut menyebabkan murid terpaksa belajar dalam keadaan tidak selesa akibat gangguan bunyi bising dan keselamatan yang tidak terjamin.

Laporan Ketua Audit turut mendapati, daripada 20 buah SAKJ yang dilawati, 16 daripadanya tidak mempunyai kelengkapan keperluan asas yang tidak sempurna seperti bilik mesyuarat, bilik sumber dan kantin ataupun kemudahan asas yang tidak sempura kebanyakannya telah uzur.

Disamping itu, perabot seperti meja belajar dan kerusi murid juga berada dalam keadaan uzur. Ini disebabkan oleh bekalan perabot baru lewat diterima dan dan ada sebahagiannya tidak menerima peruntukan perabot baru.

Keadaan yang sama turut berlaku kepada tenaga pelajar. Kemudahan pejabat tidak mencukupi mencukupi menyukarkan perhubungan pihak sekolah dengan JAJ dan kerja-kerja pentadbiran sekolah. Sebahagian sekolah yang mempunyai peralatan tersebut adalah menerusi sumbangan individu atau pembelian menggunakan wang Badan Kebajikan Sekolah Agama (BKSA).

SAKJ yang ditadbir terus oleh Kerajaan Johor melalui Bahagian Pendidikan JAJ telah menerima peruntukan sebanyak RM145.07 juta daripada kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Johor pada tahun 2011.

Tahap keselamatan tidak memuaskan

Secara keseluruhannya, Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati:

- Penempatan sekolah agama di rumah kedai sebagai tempat pembelajaran sementara adalah kurang selesa dan keselamatan murid tidak terjamin kerana tiada kawalan keselamatan disediakan.

- Program penyenggaraan dan baik pulih tidak mengikut perancangan disebabkan kekangan peruntukan kewangan telah mengakibatkan kerosakan kecil menjadi semakin serius terhadap bangunan SA yang terlibat.

- Kemudahan infrastruktur SA tidak lengkap dengan keperluan asas seperti bilik mesyuarat, bilik perpustakaan/sumber dan penggunaan perabot yang telah rosak dan tidak selamat untuk digunakan.

- Tahap keselamatan di SA tidak memuaskan di mana terdapat premis sekolah yang mempunyai pagar yang telah rosak serta tidak mempunyai pengawal keselamatan selain alat pemadam api yang tidak mencukupi dan sempurna.

- Pengurusan aset dan Inventori di SA tidak mematuhi tatacara pengurusan aset alih bagi kaedah pendaftaran dan pelupusan aset.

- Kekurangan guru dan pembantu tadbir di SA boleh menjejaskan proses pembelajaran dan pengajaran serta pentadbiran pengurusan sekolah.

Sambutan luar biasa Karnival Himpunan Kebangkitan Rakyat

Posted: 03 Nov 2012 02:50 AM PDT

Alhamdulillah, walaupun hujan turun dengan lebat tengahari tadi, ianya tidak melunturkan semangat rakyat untuk berhimpun di Karnival Himpunan Pakatan Rakyat di Taman Seremban Jaya. Pelbagai lapisan masyarakat hadir memberikan sokongan. Mereka ini datang tidak diupah, tidak dibayar.

Berapa ramai yang hadir? Gambar pada pautan berikut menceritakan segala-galanya di http://pasns.blogspot.com/2012/11/sambutan-luar-biasa-karnival-himpunan.html

Jangan lupa hadir malam ini untuk mendengar ucapan pimpinan Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan:

Nuffnang