Khamis, 18 Oktober 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Kerajaan buat program cegah seks kerana masih pelajar

Posted: 17 Oct 2012 07:07 PM PDT


Satu lagi tajuk berita yang sepatutnya merisaukan semua ibu bapa yang beragama Islam dalam usaha kerajaan untuk mencegah hamil luar nikah. Tajuknya : "No sex please...we're students" bukankah tajuknya sepatutnya "No illegal sex please…we're Muslim"?  Jelas di bawah bahawa objektif program ini ialah "ways to address the problem of teen pregnancies" iaitu untuk mencegah kehamilan di kalangan remaja bukan mencegah zina di kalangan remaja.

No sex please... we're students
17 October 2012

KUALA LUMPUR (Oct 17, 2012): The government has since last month begun a pilot project, called Reproductive Health and Social Education, which teaches students about the risks of premarital sex.

Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak said the programme, introduced as part of the school curriculum, is one of the ministry's ways to address the problem of teen pregnancies.

With these programmes, he said, the ministry hopes that the public would also cooperate to curb the problem of out-of-wedlock pregnancy among teenagers.

Kerajaan nak cegah zina atau nak cegah hamil luar nikah?

Posted: 17 Oct 2012 05:05 PM PDT


Tajuk berita berikut perlu menimbulkan kerisauan yang amat sangat terhadap umat Islam yang prihatin iaitu : "Modul Cegah Hamil Luar Nikah Dalam Kokurikulum Tahun Enam, Tingkatan Tiga". Adakah ianya program untuk mencegah zina atau bagaimana untuk mengelakkan hamil jika berzina? Apakah modul ini telah mendapat kelulusan Majlis Fatwa Kebangsaan?

MODUL CEGAH HAMIL LUAR NIKAH DALAM KOKURIKULUM TAHUN ENAM, TINGKATAN TIGA
17 Okt 2012

KUALA LUMPUR: Satu projek perintis untuk mendidik pelajar mengenai bahaya seks luar nikah diperkenalkan sebagai sebahagian daripada kokurikulum sekolah pada bulan lepas, yang merupakan cara untuk mencegah kehamilan di kalangan gadis di bawah 16 tahun.

Pelaksanaan itu merupakan antara langkah yang diambil oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menangani isu sosial yang mencatatkan lebih 6,000 kehamilan dan kelahiran yang melibatkan gadis di bawah usia 16 tahun sejak tahun 2000.

Projek perintis itu merupakan kerjasama dengan Kementerian Pelajaran, mengajar murid Tahun Enam dan pelajar Tingkatan Tiga mengenai risiko dan bahaya seks menerusi program Kesihatan Reproduktif dan Sosial.

Program itu berdasarkan modul Kesihatan Reproduktif Remaja oleh Persatuan Kesihatan Reproduktif Persekutuan.


Jenayah di mana-mana, bas awam pun tak selamat

Posted: 17 Oct 2012 05:04 PM PDT


DISAMUN DALAM BAS.

KUALA LUMPUR 18 Okt 2012 - "Saya diacu parang sebelum diarah menyerahkan wang dan telefon bimbit," kata Nurhidayah Muhammad, 23, mangsa samun dua lelaki dalam bas awam di ibu kota, baru-baru ini.

Menceritakan semula detik cemas itu, Nurhidayah yang bekerja sebagai operator telefon berkata, dia menaiki bas berkenaan untuk pulang ke rumahnya di Setapak sebaik tamat kerja, kira-kira jam 8 malam. Menurutnya, ketika kejadian bas berkenaan berhenti di Masjid Jamek, di sini, apabila tiba-tiba dua lelaki meluru masuk ke dalam kenderaan awam itu dan menuju ke arahnya.

"Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu apabila seorang daripada lelaki terbabit mengugut mahu menikam saya jika melawan. "Saya diarahkan duduk dan mengeluarkan segala barang yang ada dalam beg tangan sambil diacu parang. Dalam keadaan panik, saya terpaksa menyerahkan wang RM200 dan telefon bimbit kepada lelaki itu," katanya.

Katanya, bukan dia seorang saja yang disamun penjenayah terbabit, malah seorang lagi penumpang lelaki warga asing yang duduk di sebelahnya turut menjadi mangsa.

"Namun, penumpang warga asing itu enggan menurut arahan lelaki terbabit supaya menyerahkan wang dan barangan berharga mengakibatkan dia dibelasah.

"Kejadian ini turut disaksikan pemandu dan penumpang lain, tetapi mereka tidak berani membantu kerana bimbang turut menerima nasib sama.," katanya. Nurhidayah berkata, ketika seorang lelaki terbabit menyamunnya dan penumpang warga asing itu, rakannya pula mengawasi keadaan dengan berkawal di bahagian tempat duduk penumpang belakang.

"Kedua-duanya tidak mengganggu penumpang lain dan terus melarikan diri selepas memperoleh wang daripada saya.

"Akibat kejadian itu, saya mengalami trauma untuk menggunakan pengangkutan awam untuk berulang-alik ke tempat kerja setiap hari," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi sejurus kejadian.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Sukarnya untuk mendapat lesen memandu di Malaysia

Posted: 17 Oct 2012 05:03 PM PDT


200,000 TIADA LESEN

17 Okt 2012 - Kira-kira 200,000 penunggang motosikal khususnya golongan belia yang berusia antara 17 sehingga 40 tahun di seluruh negara didapati tidak mempunyai lesen memandu. Antara faktornya ialah golongan itu tidak mampu membiayai kos belajar memandu yang tinggi dan kesedaran yang rendah terhadap keselamatan.

Jika dibiarkan perkara itu berterusan, ia akan memberi kesan yang lebih buruk seperti pengunaan lesen palsu atau tindakan mahkamah bakal diambil terhadap mereka.

Terdapat syarikat-syarikat besar yang mengambil penghantar surat yang tidak berlesen dan menggunakan lesen palsu.


Tiada ulasan:

Nuffnang