Khamis, 18 Oktober 2012

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


Not A Question Of Politics But Of Economic Integrity That The Transport Minister Must Explain Why There Was No Open Competitive Tender But Only A Closed Invited Tender for The Automated Enforcement System(AES) Installing 831 1Malaysia Cameras Throughout Malaysia.(en/bm/cn)

Posted: 18 Oct 2012 01:53 AM PDT

Press Statement By DAP Secretary-General and MP for Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur on 18.10.2012

Transport Minister Datuk Seri Kong Cho Ha must remember that the AES is not a question of politics but a question of economic integrity that he must explain why there was no open competitive tender but only a closed invited tender in installing 831 1Malaysia cameras throughout Malaysia. I am given to understand only 9 companies were invited for the open competitive tender but only 7 submitted bids.

DAP has no problems if the Federal Government is sincere in its initiative to ensure public safety and that motorists adhere to traffic regulations. However the government has allowed the 2 concessionaires of the AES were collect commission based on the number of summonses issued. Clearly this will benefit the two concessionaires at the expense of 28 millon Malaysians.

That means the concessionaires – ATES Sdn Bhd and Beta Tegap Sdn Bhd – are able to recoup their investment through a three-tiered system paid out from a pool of settled summons:
• Tier 1: RM16 for each of the first five million summonses issued (RM80 million).
• Tier 2: 50% of the balance of the revenue collected for the next RM540 million, up to RM270 million. The government gets an equal amount.
• Tier 3: 7.5% of the remaining revenue after that. The government will get to keep the rest.
Assuming more than RM5 billion collection per year, the two concessionaires will gain RM80 million under the first tier, RM270 million under the second tier and RM350 million under the third tier – a handsome total of RM700 million for one year's work.

Apart from reaping the revenue of RM700 million a year, there is skepticism of the huge cost claimed by both concessionaires in installing the 831 cameras. Does it cost RM 600-800 million as claimed by both company to install the 831 cameras which would cost RM722,000-RM962,000 per camera?

Such failure is not new as was proven by the RM365 million Integrated Transport Information System (ITIS) scandal, an eight-year-old traffic monitoring system in Kuala Lumpur of traffic, accidents and roadworks that the Auditor-General's Report 2011 has highlighted for wastages and described as "unsatisfactory".
Unfortunately, despite the RM365 million spent, there has been no full accountability.

The Transport Ministry must fully account to the public these questions about AES and whether there was an open competitive tender. Unless such issues are fully addressed, Malaysian motorists have a right to be angry that cronies of BN has once again benefited fully at the expense of ordinary Malaysians.

Penang will not allow the installation of 1Malaysia cameras until a full briefing is obtained. Kong should stick to his earlier instruction that local councils will decide whether to install or not, when even Kong's officers had sought co-peration and approval of the state and local government to install them.

Summons should be issued to penalize traffic offenders in the hope that they will comply and not break the law again. For this reason, DAP calls for an immediate suspension of the AES until there is a full accounting of these issues of public interest. Motorists should not be compelled to spend most of their salary to pay up these traffic summonses. Remember BRIM'S RM 500 can not help you if you are issued 2 summonses of RM600 – you still end up losing RM100.

Lim Guan Eng

—-BM Version—

Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 18.10.2012

Bukan Soal Politik Tetapi Integriti Ekonomi – Menteri Pengangkutan Harus Memberi Penjelasan Kenapa Tiada Tender Terbuka Tetapi Tender Terpilih Untuk Pemasangan 831 Kamera 1Malaysia Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) Di Seluruh Malaysia.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha harus ingat bahawa AES bukanlah soal politik tetapi soal integriti ekonomi dan beliau harus memberi penjelasan kenapa tiada tender terbuka tetapi tender terpilih untuk pemasangan 831 kamera 1Malaysia di seluruh Malaysia. Saya difahamkan bahawa hanya 9 syarikat yang dipilih untuk menyertai tender tetapi 7 sahaja yang mengemukakan tawaran.

DAP tidak mempunyai masalah jika kerajaan Persekutuan terus terang dengan inisiatif untuk memastikan keselamatan awam dan menggalakkan pematuhan undang-undang jalan raya. Namun begitu, kerajaan telah membenarkan 2 pemegang konsesi AES untuk mengutip komisyen berdasarkan jumlah saman yang dikeluarkan. Jelas ini akan memanfaatkan 2 pemegang konsesi tersebut sementara 28 juta rakyat Malaysia akan rugi.

Ini bermakna bahawa pemegang konsesinya – ATES Sdn Bhd dan Betap Tega Sdn Bhd – mampu mendapatkan balik modal mereka melalui pengagihan keuntungan daripada saman yang dibayar melalui tiga peringkat:
• Peringkat 1: Untuk 5 juta saman pertama, RM16 setiap saman akan dikutip (RM80 juta).
• Peringkat 2: RM540 juta kutipan seterusnya dikongsi 50%, iaitu RM270 juta. Kerajaan mendapat jumlah yang sama.
• Peringkat 3: 7.5% akan dikutip daripada keuntungan seterusnya. Kerajaan akan mengutip yang berlebihan.

Sekiranya RM5 bilion dikutip setiap tahun, kedua-dua pemegang konsesi akan untung RM80 juta di bawah peringkat pertama, RM270 juta di bawah peringkat kedua dan RM350 juta di bawah peringkat ketiga – jumlah lumayan sebanyak RM700 juta untuk kerja setahun.

Selain daripada keuntungan RM700 setahun, terdapat juga tanda tanya tentang kos besar yang didakwa oleh kedua-dua pemegang konsesi untuk pemasangan 831 kamera. Adakah ia bernilai RM600-800 juta seperti yang didakwa oleh kedua-dua syarikat tersebut untuk pemasangan 831 kamera yang bersamaan dengan RM722,000-RM962,000 setiap kamera?

Kegagalan sebegini bukan perkara baru seperti yang dibuktikan dengan skandal RM365 juta Integrated Transport Information System (ITIS), di mana sistem pemantauan trafik Kuala Lumpur telah dikenal pasti oleh Laporan Ketua Audit Negara 2011 sebagai "tidak memuaskan" kerana berlaku ketirisan. Walaupun RM365 juta telah dibelanja, tidak ada kebertanggungjawaban yang ditunjukkan.

Kementerian Pengangkutan harus bertanggungjawab penuh kepada pihak awam atas soalan-soalan mengenai AES dan sama ada tender terbuka telah dijalankan. Sekiranya isu-isu ini tidak ditangani, para pemandu Malaysia berhak marah kerana sekali lagi kroni-kroni BN mendapat manfaat sementara rakyat rugi.

Pulau Pinang tidak akan membenarkan pemasangan kamera 1Malaysia ini sehingga penjelasan penuh diberi. Kong harus berpegang kepada arahannya bahawa kerajaan tempatan akan membuat keputusan tentang pemasangannya, di mana pegawai-pegawai Kong telah mendapatkan kerjasama dan kelulusan kerajaan negeri dan tempatan untuk membuat pemasangan.

Saman harus menghukum pesalah trafik supaya mereka akan mematuhi dan tidak menyalahi undang-undang lagi. Untuk sebab ini, DAP menyeru agar AES digantung dengan serta merta sehingga kebertanggungjawaban penuh ditunjuk. Pemandu-pemandu tidak harus dipaksa untuk membelanjakan kebanyakan daripada gaji mereka hanya untuk membayar saman trafik. Jangan lupa bahawa RM500 BR1M tidak boleh membantu jika anda mendapat 2 saman yang berjumlah RM600 – anda akan rugi RM100.

Lim Guan Eng

—Mandarin Version—

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2012年10月18日 在吉隆坡发表声明:

交通部长必须解释,为何在全国实施自动执法系统(AES)、安装831个一个马来西亚电眼时,只是通过闭门邀请,而不是通过公开招标?这不是政治问题,而是经济廉正问题。

交通部长拿督斯里江作汉必须记得,自动执法系统(AES)不是政治问题,而是经济廉正问题,他必须解释,为何在全国实施自动执法系统、安装831个一个马来西亚电眼时,只是通过闭门邀请,而不是通过公开招标?我了解到,当局共邀请9家公司参与公开招标,其中只有7家公司最终参与竞标。

如果联邦政府的真诚地要确保公众安全及驾驶人士遵守交通规则,行动党不会反对。但是政府允许两家特许经营公司从所征收的交通传票罚款中,收取佣金,很明显地,这么做将牺牲2800万人民的利益,让两家公司获益。
上述两家特许经营公司-ATES Sdn Bhd 及Beta Tegap Sdn Bhd – 将能够通过如此的"三层式"缴付罚款作业,赚回投资额:
• 第一层 : 首500万张交通传票中,该公司可从每张传票获取16令吉,即8000万令吉。
• 第二层: 在接下来收取的5亿4000万令吉中,与政府对半分,可获取50%,即2亿7000万令吉。
• 第三层: 其余的收入,上述公司可获 7.5%, 政府可获剩余的收入。

假设每年收取50亿令吉,上述两个特许经营公司将可以在"第一层"获得8000万令吉、在"第二层"获得2亿7000万令吉及"第三层"获得3亿5000万令吉,在一年内,它们便可以赚取7亿令吉。

除了 它们可以每年赚取7亿令吉,我们也怀疑两个特许经营公司的831个电眼安装费为何那么高?两个公司声称安装831个电眼耗资6亿至8亿令吉,意味着他们花费72万2000-96万2000令吉来安装一个电眼?

吉隆坡综合交通资讯系统的3亿6500万令吉丑闻也已经证明上述特许经营的失败。这是管理吉隆坡交通路况的资 讯系统,2011年国家稽查报告点出,上述系统是一种浪费及"不令人满意"。可惜的是,花了3亿6500万令吉,却没有人需为此事负责。

交通部长必须交代清楚自动执法系统 的问题,是否经过公开招标?如果他无法解释清楚,马来西亚驾驶人士有权生气,因为国阵朋党再一次牺牲大马人的利益,从中谋利。

除非我们获得进一步的资料,否则槟州不会允许当局安装1个马来西亚电眼,江作汉应该维持之前的指示,让地方政府决定是否要安装交通电眼,江作汉的官员也曾经寻求州政府、地方政府的合作及批准。

交通罚单是用来惩罚触犯交通条例的人士,好让他们遵守条例、不再违法。因此,行动党要求当局马上暂停自动执法系统,直到当局针对公众的疑虑交代清楚 。驾驶人士不应被迫使用大部分薪水来缴付交通罚款。如果你中了两张传票,需缴付600令吉,一个马来西亚人民援助金的500令吉帮不到你,你还会损失100令吉。

林冠英

UMNO Dan Utusan Malaysia Terperangkap Dengan Fitnah Jahat Dan Permainan Perkauman Bila Mempersoalkan Mengapa Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tidak Menggunakan Akaun Amanah Perumahan Bumiputera Sebanyak RM33.6 Juta Untuk Membina 10,000 Rumah Kos Rendah Dan Mampu Milik.(bm/cn)

Posted: 17 Oct 2012 08:39 PM PDT

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 18.10.2012.

UMNO dan Utusan Malaysia terperangkap dengan fitnah jahat dan permainan perkauman bila mempersoalkan mengapa kerajaan negeri Pulau Pinang tidak menggunakan Akaun Amanah Perumahan Bumiputera sebanyak RM33.6 juta untuk membina 10,000 rumah kos rendah dan mampu milik. Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyatakan bahawa Akaun Amanah tersebut naik 58% kepada RM33.6 juta.

Sebelum ini kerajaan negeri PR dituduh bahawa tidak menubuhkan akaun amanah sedemikian untuk membantu membina rumah untuk orang Melayu/bumi. Sekarang bila fitnah ini dibuktikan, tidak pula minta maaf sebaliknya pusing mendakwa Kerajaan negeri Pulau Pinang menganiayai orang Bumi dan Melayu dengan tidak menggunakan wang tersebut untuk membina rumah mampu milik. Fitnah jahat ini mempermainkan ideologi perkauman untuk menanam kebencian di kalangan rakyat dan mengancan pemimpin kerajaan negeri, khususnya saya sebagai Ketua Menteri.

Sungguhpun adalah tanggungjawab kerajaan pusat untuk membina rumah mampu milik, kerajaan negeri PR Pulau Pinang telah mencatatkan rekod yang tidak pernah dilakukan dengan memperuntukkan RM 500 juta untuk membina rumah mampu milik di seluruh negeri Pulau Pinang, termasuk di kawasan pulau. Usaha mengumpulkan wang RM500 juta bukanlah mudah dan perlu 4 tahun untuk mencapainya. RM500 juta hanya cukup untuk membina 18,000 yunit rumah mampu milik kepada semua rakyat pada 5 tahun yang akan datang.

Sejak 2008, kerajaan negeri melalui Penang Development Corporation(PDC) telah berjaya membina 4,000 yunit rumah kos rendah dan kos sederhana rendah dengan 8,000 yunit lagi disumbangkan oleh pihak swasta menjadikan keseluruhan 12,000 yunit. Sekiranya kerajaan negeri menggunakan wang Akaun Amanah terdahulu, akan datang pula tuduhan jahat Utusan dan UMNO bahawa kerajaan negeri tidak mahu menggunakan wang sendiri untuk membina rumah mampu milik sebaliknya guna wang bumi.

Maka untuk mengelakkan tuduhan sedemikian, wang kerajaan negeri digunakan dahulu. Lagipun wang akaun amanah tidak mencukupi kerana untuk membina 350 yunit rumah kos sederhana rendah, kos pembinaan tanpa kira kos tanah menjangkau RM35 juta.

Fitnah jahat Utusan dan UMNO terserlah dengan kenyataan Ketua Pembangkang Pulau Pinang dan Pengerusi PERDA Dato Azhar Ibrahim menyelar kerajaan negeri tidak mahu menggunakan wang akaun RM33.6 juta untuk membina 10,000 yunit rumah kos rendah dan mampu milik. Kenyataan Azhar ini adalah tidak masuk akal kerana ini bermakna hanya perlu RM 3,360 untuk membina sebuah yunit! Saya ingin melihat PERDA bina rumah kos rendah dan mampu milik dengan kos RM 3,360 seyunit –mustahil dilakukan.

Kerajaan negeri Pulau Pinang memberikan jaminan akan menggunakan wang akaun amanah perumahan bumiputera untuk membina rumah mampu milik. Ia akan dibukti dengan rumah pangsa dan bukan dengan kata. Kerajaan negeri akan menepati janji bukan macam BN yang masih belum menepati janji yang dibuat 28 tahun dahulu untuk membina rumah kelamin bagi anggota Tentera Udara Di Raja Malaysia(TUDM) di Bertam, Kepala Batas.

330 ekar tanah TUDM di Bertam, Kepala Batas tidak dibina rumah kelamin TUDM sejak 1984 tetapi disewa dengan harga hanya RM 7,000 sebulan. Saya difahamkan 330 ekar tanah tersebut diambil alih oleh kerajaan negeri pada 1982 bagi tujuan tapak rumah kelamin TUDM dengan pampasan RM 5,148,000 ataupun harga RM 15,600 seekar.

Selepas proses pengambilan tanah siap, Geran tanah telahpun dipindahmilik dan dikeluarkan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan pada 23.2 1984. Akan tetapi sehingga sekarang selepas 28 tahun, tiada rumah kelamin TUDM dibina di atas 330 ekar tanah. Sebaliknya tanah tersebut yang terdiri daripada pokok kelapa sawit kini disewa dengan harga RM7,000 sebulan.

Tempoh sewaan adalah 3 tahun setiap penggal dan akan tamat pada Jun 2013. Mengapakah UMNO, Utusan dan Azhar tidak mempersoalkan apakah faedah kepada angkatan tentera dan negara kalau 330 tanah yang diambil alih tidak digunakan untuk membina rumah kelamin tetapi disewa hanya dengan harga RM7,000 sebulan?

Lim Guan Eng

----Mandarin Version—-

槟州首席部长林冠英于2012年10月18日 在乔治市发表声明:

巫统及《马来西亚前锋报》热衷于诬谄及玩弄种族情绪,他们质疑为何槟州政府没有使用土著房屋基金的3360万令吉来兴建1万所廉价屋及可负担房屋。

巫统及《马来西亚前锋报》热衷于诬谄及玩弄种族情绪,他们质疑为何槟州政府没有使用土著房屋基金的3360万令吉来兴建1万所廉价屋及可负担房屋。2011年总稽查报告指出,上述基金存款增加58%至3360万令吉。

之前,民联政府被指责没有设立上述基金来兴建房屋给马来人或土著。现在,当证据显示他们诬赖后,他们没有道歉,反而指责州政府欺压土著及马来人,因为我们没有利用上述款项来兴建可负担房屋。这种恶意的指责是在玩弄种族情绪 ,以便在人民之间埋下怨恨的情绪,威胁州政府的领导层特别是我这名首长。

虽然联邦政府有责任兴建可负担房屋,民联州政府却已经破记录,拨出5亿令吉来兴建槟州可负担房屋,包括槟岛区。要筹集这5亿令吉并不容易,它需要4年时间。上述5亿令吉也仅足够 我们在五年内兴建1万8000间可负担房屋。

自2008年以来,州政府通过槟州发展机构,成功兴建4000所廉价屋及中廉价屋,而私人发展商也兴建了8000个单位,共1万2000个单位。一旦州政府使用土著基金,前锋报和巫统又将指责州政府没有使用自己的钱来兴建可负担房屋,而是利用土著的钱。

因此,为了避免上述指控,我们先使用州政府的钱。再说,上述土著基金也不足够,因为若要兴建350个中廉价屋,单单是建筑费(未包括土地费)已经超过3500万令吉。

前锋报及巫统的恶意指责很明显,槟州在野党领 袖及槟州区域发展机构(PERDA)主席拿督阿查哈也批评政府没有使用3360万令吉兴建1万所廉价屋及可负担房屋。阿查哈的言论简直荒谬,因为这意味着每所房屋为3360令吉。我想要看看上述机构如何使用3360令吉兴建一所房屋,这是不可能的。

槟州政府保证将利用土著房屋基金的存款来兴建可负担房屋。我们会以组屋来证明,而不是讲讲而已。州政府将会遵守诺言,而不像国阵那样,还没有兑现28年前的诺言,那就是在甲抛峇底兴建住房给马来西亚皇家空军部队。

在柏淡甲抛峇底330英亩的地段,自1984年起便以每月7000令吉出租,而不是兴建住房给皇家空军部队。据知,州政府于1982年征用上述330英亩的土地,征地费为每英亩1万5600令吉或总共514万8000令吉。

土地征用后,有关地契于1984年2月23日被转交给联邦土地理事会。但是,28年后,上述330英亩的土地并没有用来兴建住房给皇家空军部队。反之,上述地段种满油棕树,每月租金为7000令吉。

上述租约每3年更新,将在2013年6月到期。为什么巫统、前锋报及阿查哈不问:如果征用330英亩土地,不用来兴建空军部队住房,而以每月7000令吉出租,这对空军部队及国家有什么好处?

林冠英

Tiada ulasan:

Nuffnang