Sabtu, 20 Oktober 2012

.

.


Rekod Lebihan Surplus Yang Paling Tinggi Dalam Sejarah Pulau Pinang Yang Naik 312% Kepada RM 138 Juta Pada 2011(bm/cn)

Posted: 19 Oct 2012 03:00 PM PDT


Published on  October 16, 2012 , 2:33 pm in EconomyComments
Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar George Town Pada 15.10.2012.
Rekod Lebihan Surplus Yang Paling Tinggi Dalam Sejarah Pulau Pinang Yang Naik 312% Kepada RM 138 Juta Pada 2011 Berbanding RM 33 Juta Pada 2010 Adalah Usaha Gigih Rakyat Pulau Pinang Dan Semangat Berpasukan Semua Anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri.
Pengesahan Laporan Ketua Audit Negara 2011 bahawa lebihan surplus yang paling tinggi dicatat dalam sejarah Pulau Pinang yang naik 312% kepada RM 138 juta pada 2011 berbanding RM 33 juta pada 2010 adalah usaha gigih rakyat pulau pinang dan semangat berpasukan semua anggota pentadbiran kerajaan negeri. Pentadbiran Cekap Akauntabel dan Telus atau CAT kerajaan negeri PR telahpun membolehkan surplus naik RM 105 juta dalam setahun ke rekod RM 138 juta berdasarkan kenaikan hasil yang dikutip yang naik RM 192 juta atau 47% daripada RM 411 juta pada 2010 kepada RM 603 juta pada 2011 sungguhpun perbelanjaan mengurus naik RM 88 juta atau 23% daripada RM 377 juta pada 2011 kepada RM 465 juta pada 2011.
Kerajaan negeri juga berterima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz(Free Malaysia Today Online news) yang mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Pulau Pinang atas pengurusan kewangan baik negeri, khususnya dalam menaikkan kutipan hasil sebanyak 47% atau RM 192 juta. Sungguhpun prestasi kewangan adalah yang paling baik dalam sejarah negeri Pulau Pinang, maka kerajaan negeri menerima teguran Laporan Ketua Audit Negara dengan hati terbuka.
Saya telahpun mengarahkan jawapan daripada semua jabatan berkenaan sekiranya ada kelemahan yang harus diperbaiki ataupun ada teguran audit yang tidak berasaskan fakta ataupun disebabkan oleh kesilapan pihak lain dan bukannya melibatkan kerajaan negeri. Di antara teguran audit yang saya hendak jelaskan di sini adalah bahawa daripada RM 557.25 juta yang diperuntukkan kepada 9 jabatan Negeri untuk menjalankan 2,489 projek, hanya RM 171.05 juta telah dibelanjakan, ataupun RM386.2 juta tidak dibelanjakan.
Sebenarnya hanya RM 23.9 juta yang tidak dibelanjakan dan bukannya RM 386.2 juta. RM 23.9 juta tidak dibelanjakan kerana projek bermula lewat dan jabatan telahpun diarahkan untuk memastikan kelewatan dapat dielakkan.
Baki RM 362.3 juta tidak dibelanjakan disebabkan oleh dua (2) perkara utama iaitu:
• RM 100 juta yang diperuntukkan untuk pengambilan tanah hub pendidikan Asian Women Leadership University atau AWLU di Kampung Genting, Balik Pulau tidak dibelanjakan apabila AWLU bersetuju memilih tapak kerajaan negeri di Pondok Upeh. Oleh itu pengambilan tanah di Kampung Genting dibatalkan dan kos RM100 juta dijimatkan; dan
• RM 262.3 juta diperuntukkan untuk membayar hutang pinjaman projek bekalan air yang tidak perlu lagi dibelanjakan selepas perjanjian penghijrahan aset air kepada kerajaan persekutuan menerusi Perbadanan Asset Air Bhd(PAAB). Ini adalah kerana kerajaan persekutuan diperlukan membina Empangan Air Mengkuang dan mengambilalih hutang pinjaman ini sebagai pra-syarat kerajaan negeri bersetuju menyerahkan aset air kepada PAAB.
Laporan Ketua Audit Negara telahpun menyatakan bahawa daripada 2,489 projek yang telah diluluskan pada 2011, 2455 projek (iaitu 98.6%) telah siap sepenuhnya. Hanya dua perbelanjaan besar sebanyak RM 362.3 juta tidak dijalankan seperti yang dijelaskan di atas.
Daripada jumlah peruntukan RM557.25 juta hanya RM23.9 juta tidak dapat dibelanjakan kerana lewat berjalan projek. Pada keseluruhannya ulasan Ketua Audit Negara adalah bahawa pencapaian yang baik dari segi bilangan projek yang berjaya disiapkan.
Lim Guan Eng

Tiada ulasan:

Nuffnang