Rabu, 26 September 2012

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


Kenyataan Media : Pilihanraya Kampus 2012

Posted: 26 Sep 2012 03:42 AM PDT

KENYATAAN MEDIA

26 SEPTEMBER 2012

UNTUK EDARAN SEGERA


KREDIBILITI DAN KEWIBAWAAN PILIHANRAYA KAMPUS 2012 YANG TERCALAR

Pilihanraya Kampus yang diadakan semalam mencatitkan titik hitam dalam sejarah Malaysia dengan campurtangan pihak eksekutif serta amalan budaya samseng, ugutan berbentuk jenayah yang menekan dan mengekang hak serta kebebasan Mahasiswa.

Projek Ops2020, yang didedahkan di dalam Parlimen sesi yang lalu terbukti dirangka untuk memenangkan calon-calon kampus yang pro-kerajaan. Projek ini telah memberikan laluan kepada nasir-anasir luar yang didalangi pihak tertentu untuk terus menyekat perjalanan pilihanraya kampus yang bersih, adil dan telus.

Gejala samseng mulai menerjah masuk ke kampus-kampus, dengan insiden terbaru Pengerusi Pro-M Universiti Malaysa yang dibelasah oleh 5 orang samseng. Budaya ini wajib dikecam dan segera ditangani oleh pihak berwajib.

ADAKAN AUDIT TERBUKA KE ATAS SISTEM E-VOTING

Sebahagian daripada perancangan durjana pihak eksekutif termasuklah pengenalan Sistem E-voting di Universiti Malaya (UM) sejak 2009 – apabila pihak Pentadbiran UM meneruskan konsep menukar sistem kertas undi kepada sistem e-voting (undi secara berkomputer).

Para mahasiswa serta mahasiswi menentang keras sistem e-voting yang diperkenalkan kerana ia memberi impak kepada ketelusan, keberkesanan dan ketelusan setiap undi mahasiswa. Tiadanya audit ke atas sistem e-voting tersebut, dikeruhkan dengan perjalanan pilihanraya kampus yang tidak dipantau oleh pihak yang tidak berkepentingan.

Secara tuntas, persoalan-persoalan berkait sistem e-undi perlu dijawab:

1. Adakah undi rahsia?

2. Sejauh manakah keselamatan data yang bergerak dalam rangkaian?

3. Apakah yang perlu diambil kira dalam pelaksanaan sistem e-undi untuk memastikan telus dan tidak boleh dimanipulasi?

Setelah E-Voting diperkenalkan sejak 2009, pada tahun 2010 pihak pentadbiran UM sekali lagi memperkenalkan sistem baru dalam perlaksanaan pilihanraya kampus iaitu E-Calon, E-Daftar dan E-Bantah yang semuanya berbentuk elektronik.

Sistem yang digunapakai ini mengakibatkan seribu permasalahan buat mahasiswa di mana di dalam pilihanraya kampus UM kali ini – 2 fakulti iaitu Fakulti Sains Komputer dan Teknologi dan Fakulti Pendidikan terpaksa menjalankan undian semula akibat undi seri yang diperoleh oleh kedua-dua fraksi Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa.

Sejarah hitam demokrasi kampus juga tercipta di Universiti Islam Antarabangsa, apabila Pilihanraya Kampusnya terpaksa diulang semula kemudian secara manual akibat masalah teknikal. Kemelut undian semula yang berangkai bagi banyak university membuktikan sistem E-Undi perlu dibaikpulih, sebelum boleh dilaksana sepenuhnya.

KEADILAN menggesa supaya Kementerian Pengajian Tinggi melaksanakan sistem undian manual sehinggalah satu badan bebas khas diwujudkan untuk menyiasat dan menyelesaikan kemelut yang berlaku, termasuklah pelaksanaan audit bebas terhadap sistem E-Voting. Kita wajib membaikpulih imej university-universiti di Malaysia yang tercalar teruk akibat manipulasi sebegini.

Nurul Izzah Anwar

Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden KEADILAN

Belanjawan Pakatan Rakyat 2013

Posted: 26 Sep 2012 03:24 AM PDT

Dapatkan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 di pautan di bawah:

Tiada ulasan:

Nuffnang