Rabu, 26 September 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Tawaran Sertai Ibadah Korban DUN Paroi 1433 H

Posted: 26 Sep 2012 12:58 AM PDT


PROGRAM IBADAH KORBAN DUN PAROI 1433 H
Tahun 2012, Tahun ke 5

Objektif Program
- Mengagihkan bahagian korban kepada golongan yang layak serta memerlukan
- Korban akan dilakukan di 5 lokasi sekitar DUN Paroi
- Sasaran agihan, 1000 keluarga yang memerlukan

1 bahagian RM 400 (lembu)

Maklumat lanjut sila hubungi : Hj Fisol 019-3440826 , Sdr Hassan 019-2171942

Bayaran atau sumbangan boleh dibuat secara tunai atau cek melalui akaun berikut :
Nama akaun : PAS Dun Paroi
No akaun : 05012010063902
Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB)

Anjuran Pusat Khidmat DUN Paroi , Negeri Sembilan

Jika Malaysia ada Piramid Kuno kenapa dirahsiakan?

Posted: 25 Sep 2012 08:29 PM PDT


Jika benar ada Piramid Kuno di tengah-tengah hutan belantara Malaysia, kenapa ianya perlu dirahsiakan dan dikawal rapi pasukan keselamatan? Kenapa ianya tidak dijadikan bahan kajian serta sebahagian dari produk pelancongan yang boleh memberi manafaat kepada bidang pendidikan dan menambahkan sumber pendapatan negara?

Pyramids: Descendents of the Tower of Babel?

Ancient pyramids are found in Egypt and Mexico.
They are also found in Peru, Nubia, Malaysia, Iraq and China.
A pyramid in the Malaysian jungle and a pyramid in Central America are virtually identical. Sumber : http://achievebalance.com/genesis/pyramids.htm

PENDEDAHAN EKSKLUSIF : PIRAMID MELAYU
September 25, 2012

Sebelum ini maaf, tidak banyak yang saya boleh dedahkan pasal pyramid itu yang mana lokasinya terletak di sebuah hutan yang masih dara dalam Semenanjung Malaysia.

Pyramid kita tidak sama dengan pyramid yang wujud di Mesir, yang mana setelah ribuan tahun masih kekal dengan bentuknya.

Pyramid Melayu ini sebenarnya amat besar binaannya dan lebih besar dari yang berada di Mesir atau diseluruh dunia.

Kawasan pyramid dan sekitarnya dikategorikan sebagai kawasan yang paling merbahaya dan ia dijaga oleh unit-unit khas dari angkatan tentera kita.

Ada tentera yang pernah masuk dan bila keluar mendapat penyakit misteri tetapi akan pulih seperti sedia kala dalam jangka masa beberapa minggu.

Pada masa sekarang, perimeter kawasan pyramid itu dijaga oleh unit-unit komando kita.


The Mayan pyramids and the Egyptian pyramids have no discernible connection that I know of. The Mayans appear to have migrated to Central America from Malaysia. There are many similar looking ancient temples and pyramids in Malaysia that resemble the Mayan ones.

The Egyptians may have built pyramids based on travels to the orient, perhaps to Indonesia and Malaysia. That could be a connection, but no one has tried that theory.

Ceramah Umum Ahad 30 Sep 2012 di Seremban

Posted: 25 Sep 2012 06:09 PM PDT


KLCC bukan lagi kebanggaan orang Melayu

Posted: 25 Sep 2012 05:19 PM PDT


Ini bukan kes pertama peniaga Melayu tidak disambung kontrak berniaga di Suria KLCC. Sebelum ini beberapa peniaga Melayu telah mengalammi nasib yang serupa bukan sahaja di Suria KLCC di Kuala Lumpur, bahkan di Putrajaya. Haruskah orang Melayu memboikot Suria KLCC dan KLCC, atau kita hanya sekadar "Menang Sorak, Kampung Tergadai"? KLCC ni milik siapa sebenarnya?

USAHAWAN WANITA DAKWA DIARAH KOSONG PREMIS

25 SEP 2012 - Seorang usahawan wanita yang menjalankan perniagaan fotografi di kompleks beli-belah Suria KLCC di sini mendakwa diarah mengosongkan premisnya pada 30 Sept ini tanpa alasan kukuh. "Saya tidak menghadapi sebarang masalah dalam perniagaan, malah sewa juga dibayar tepat pada masanya sejak mula berniaga pada 1998," katanya.

Sherifah mendakwa walaupun sewa kedainya kini melambung sehingga RM22,500 sebulan berbanding RM7,500 ketika mula berniaga, beliau tetap mampu membayar sewa berkenaan tanpa kelewatan.


PENIAGA ALAMANDA DAKWA DITEKAN, AKHIRNYA 'DITENDANG'

10 OGOS 2010 - NAMA saya Fahmi Fabilah, saya adalah salah seorang peniaga yang tidak disambung kontrak perniagaan di Suria KLCC di Alamanda, Putrajaya. Saya berniaga kemeja T buatan tempatan bernama Malaya Distro. Alasan 'bijak' yang pertama mereka kepada saya ialah: Saya tidak dibenarkan lagi menjual kemeja T atas alasan penyewa kedai mengadu perniagaan mereka turun.


LAGI KES PENIAGA MELAYU DISISIH DI KLCC

9 JULAI 2007 - Pada 19 April 2007 lalu, Utusan Malaysia menyiarkan berita mengenai peniaga bumiputera premis Levi's/Dockers yang berniaga sejak sembilan tahun lalu diberi notis keluar oleh pengurusan Suria KLCC tanpa sebab. Syarikat tersebut mencatat jualan RM5 juta setahun dan membayar sewa kira-kira RM500,000 setahun. Inilah hakikat keadaan yang dihadapi ramai pengusaha bumiputera di Suria KLCC. Daripada 325 premis perniagaan di Suria KLCC, sekitar 10 peratus melibatkan usahawan bumiputera. Kadar penutupan premis perniagaan bumiputera adalah sekitar dua, tiga unit setiap tahun, sama ada kerana diberi notis keluar atau dibebani kenaikan sewa yang melampau.

Saya sendiri menjalankan perniagaan Restoran Kelantan Delights di Aras 4, Suria KLCC sejak 1997. Tempoh perniagaan saya di Suria KLCC akan ditamatkan pada Ogos 2007.

Pihak pengurusan Suria KLCC ada menawarkan perjanjian sewa yang baru tetapi telah menetapkan beberapa syarat baru, selain yang sedia ada. Antaranya ialah:

"Menaikkan sewa hampir 50 peratus lagi iaitu dari RM360,000 setahun kepada RM520,000 setahun. (Padahal, kadar sewa telah naik 100 peratus dalam tempoh enam tahun. Pada 2001, sewa adalah RM180,000 setahun dan sekarang RM360,000 setahun).

"Kos mengubah suai keseluruhan premis pula ditanggung sepenuhnya oleh penyewa (yang saya anggarkan antara RM600,000 hingga RM700,000).

Tindakan pengurusan Suria KLCC ini bagaikan usaha untuk 'menghalau' perniagaan saya keluar dari kompleks tersebut.

Padahal sepanjang menjalankan perniagaan di sini, saya tidak mempunyai masalah membayar sewa, gaji atau stok. Saya sudah melabur modal yang besar untuk berniaga di Suria KLCC.

Bayangkan, dalam negara kita meraikan 50 tahun kemerdekaan tahun ini, hanya ada sebuah restoran Melayu di bangunan ikon kebanggaan negara dan rakyat Malaysia. Ini satu senario yang memalukan.

Satu-satunya restoran Melayu di Suria KLCC, selain Kelantan Delights iaitu Restoran Senja telah ditutup kira-kira dua tahun lalu.

Justeru, kerajaan sebagai payung perniagaan Melayu dan menjaga hak kepentingan bumiputera perlu memantau keadaan yang dihadapi peniaga bumiputera di Suria KLCC.

Rujukan :

Wabak Tibi melanda Malaysia

Posted: 25 Sep 2012 05:17 PM PDT


Kebanjiran warga asing di Malaysia walaupun memberi manafaat tapi dari sudut yang lain membawa bersama masalah sosial, jenayah, keselamatan serta juga masalah kesihatan. Wabak tibi atau batuk kering akhir-akhir ini makin ketara.

SEKOLAH DISERANG TIBI
26 SEP 2012

IPOH: Wabak penyakit batuk kering atau tibi mencetuskan panik kepada ratusan pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Tasek, di sini, apabila lebih 200 daripada mereka diarahkan menjalani saringan kesihatan selepas disyaki mengalami simptom awal penyakit itu.

Sehingga kini, seramai 34 guru dan pelajar disyaki mengalami simptom tibi berdasarkan pemeriksaan dan saringan kesihatan dilakukan.

Difahamkan, wabak berkenaan mula dibawa seorang pelajar tingkatan lima sekolah itu selepas menerima jangkitan itu daripada bapanya yang juga seorang kontraktor berusia 47 tahun.

Pelajar itu dikesan menghidap penyakit itu selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta pada 3 September lalu akibat menghidap batuk teruk, demam dan susut badan dua minggu sebelum itu.

Siasatan awal mendapati, bapa mangsa disahkan menghidap penyakit tibi pada April lalu dan dipercayai berpunca akibat kerap mengendalikan warga asing di tempat kerjanya.


PATI PUNCA TIBI SUKAR DIKAWAL
5 Jun 2012 - Jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini dilihat sebagai salah satu faktor mengapa penyakit Tuberkulosis (Tibi) sukar dikawal dan dicegah, kata Pengarah Institut Perubatan Respiratori (IPR) Datuk Dr Abdul Razak Muttalif.

PATI PUNCA PENYAKIT TIBI
20 Jun 2011 - Peningkatan kes Tibi di negara ini dipercayai berpunca daripada kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tahap kesihatan mereka memang diragui. Katanya, kerajaan melakukan pelbagai program bagi membendung wabak itu, tetapi ia muncul kembali akibat kehadiran golongan berkenaan.

TIBI: KEMENTERIAN KESIHATAN PERLU BERTINDAK SEGERA
10 Jun 2011 : Kementerian Kesihatan digesa bertindak segera untuk membanteras penyakit Tibi yang sedang menular di Selangor sekarang, terutama di kawasan Ampang Jaya.

KES PENYAKIT TIBI MENINGKAT
April 1, 2011– Seramai 19,337 penduduk Malaysia dilaporkan mengalami penyakit batuk kering atau Tuber kulosis (Tibi) sepanjang tahun lalu. Justeru, Kementerian Kesihatan mengesa mereka yang mengalami tanda-tanda penyakit

TUBERCULOSIS RISES AGAIN IN MALAYSIA
22 Aug 2010 - Tuberculosis, once under control in Malaysia, is spreading again due to private doctors' failure to realise that the disease has re-emerged and has risen with the migration of people from high-risk countries.

KNOWING THE DISEASE
24 Oct 2010 - UNLIKE diseases that attack the lungs such as SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome), not everyone infected with the tuberculosis (TB) bacteria becomes sick.
"We are facing a silent spread of the disease, because if I infect you, you only have a 5-10% of chance of becoming sick," says World Health Organisation (WHO) Western Pacific adviser for TB Dr Catharina van Weezenbeek.

TIBI TIDAK MENGENAL MANGSA
22 Mac 2009 - KEHADIRAN penyakit ini di kalangan masyarakat memang tidak disedari kerana ia merebak melalui udara dan titisan cecair badan daripada pesakit kepada orang lain. Penyakit ini berjangkit dengan mudah dan tidak mengenal mangsa.
Tidak ketinggalan, kebanjiran pendatang asing juga dikaitkan dengan penyebaran tibi secara meluas.

Rujukan :

Tiada ulasan:

Nuffnang