Khamis, 27 September 2012

.

.


Belanjawan PR 2013 ke arah Negara Berkebajikan

Posted: 26 Sep 2012 10:00 PM PDT

Belanjawan PR 2013 ke arah Negara Berkebajikan

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia mengalu-alukan pembentangan Belanjawan PR 2013 yang bertemakan "Ekonomi Rakyat Negara Berkat". Ianya dengan tepat memberi penekanan kepada tiga agenda memacu kebajikan rakyat; 

a] meningkatkan pendapatan sebenar rakyat dan mengurangkan tekanan kos sara hidup, 

b] membina kumpulan rakyat berkeusahawanan dengan daya saing kompetitif dan 

c] mendaya masyarakat untuk mencapai keadilan dengan kemuliaan dan rasa penuh bangga.

2. Belanjawan PR ini menjadi satu lagi bukti kemampuan Pakatan Rakyat di dalam merangka strategi alternatif ekonomi nasional  yang amat relevan untuk diangkat sebagai tawaran yang membawa pembaharuan sebenar untuk Malaysia. 

3. Kelak UMNO-BN dan pengampu-pengampu mereka tidak boleh lagi berhujah bahawa Pakatan Rakyat cuma pandai beretorik dan membuat omongan kosong kerana Belanjawan PR ini buat kesekian kalinya telah menjelaskan tawaran kita secara objektif, profesional dan bijaksana tanpa bersikap apologetik terhadap cabaran ekonomi yang seolah-olah cuba disembunyikan oleh pemerintah.

4. Belanjawan ini tidak membuaikan rakyat dengan gula-gula politik dan strategi perbelanjaan melampau seperti  Bajet kerajaan pada 2012  yang telah disifatkan oleh Tun Mahathir Mohamad sendiri sebagai suatu rasuah politik. 

5. Sebaliknya belanjawan setebal 98 mukasurat ini menyusun program perbelanjaan konstruktif untuk membina jaringan keselamatan sosial bagi golongan miskin dan kelas ekonomi menengah secara mapan dengan penekanan terhadap aspek perumahan, belanja isirumah, pemilikan kenderaan dan pendidikan tinggi percuma tanpa bebanan dari PTPTN.

6. Di dalam hal ini, kita juga komited untuk merungkai monopoli UMNO-BN yang terus menerus menjerut dan menghambat potensi sebenar sistem ekonomi kita, sama ada di dalam soal bayaran tol sehinggalah amalan kolusi syarikat-syarikat besar yang menjadi penyumbang dana kepada kelangsungan politik wang pemerintah yang telah membarah. 

7. Belanjawan ini penting sebagai bukti kepada rakyat bahawa amalan korupsi, kolusi dan nepotisme UMNO-BN ini boleh ditamatkan dengan langkah-langkah jitu dan realistik bersandarkan kemahuan politik kuat pemerintah yang cuma akan hadir melalui Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya pasca PRU ke13 nanti insyaallah.

8. Agenda-agenda besar Belanjawan PR ini juga boleh dicapai berdasarkan kepada kebijakan yang terjana hasil dari pengalaman mentadbir negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor yang pastinya berguna untuk diaplikasikan di peringkat nasional. 

9. Rakyat telah menyaksikan prestasi kepimpinan PR yang telah berjaya mengekalkan integriti bebas rasuah di samping kompeten, telus dan berhemat di dalam urusan pentadbiran walau terus dimomok dengan pemberitaan berat sebelah dan layanan tidak adil dari kerajaan pusat.

10.  Malah kerendahan hati dan kesederhanaan pemimpin menyantuni rakyat menjadi pembeza kepada gaya mewah pimpinan UMNO-BN dan keluarga mereka. Atas dasar ini jugalah, kita yakin dengan aspirasi untuk meningkatkan hasil mahsul negara sehingga 18% sebagai sesuatu yang realistik bersandarkan kesungguhan dan keikhlasan kepimpinan PR untuk mendepani isu ketirisan, rasuah dan kecekapan di dalam urusan negara.

11. Dewan Pemuda PAS melihat Belanjawan PR ini sebagai suatu lagi terjemahan kepada konsep Negara Berkebajikan yang dicadangkan oleh PAS bagi memastikan kekayaan negara tidak lagi berkisar di kalangan penguasa dan pemodal semata-mata, sedang ianya adalah  merupakan satu bentuk kezaliman.

12. Belanjawan ini menjadi satu manifestasi strategi untuk merakyatkan kekayaan negara secara adil dan saksama agar rezeki yang ada dirasakan cukup untuk semua orang dan semua urusan sekaligus membebaskan rakyat dari cengkaman mafia ekonomi.

13. Bermula dari nurani tersebut, timbul kesungguhan untuk terus berusaha mencambah kekayaan negara dan lahir pula keikhlasan dari rakyat untuk memanjat doa dan pengharapan kepada tuhan agar kebajikan dan kesejahteraan ini berpanjangan. Inilah kitaran keberkatan yang cuba dicapai, bermula dengan perbentangan strategi Belanjawan PR ini. 

14. Aspek rububiyyah inilah yang tidak mungkin dapat difahami oleh pemerintah yang terus menerus merasakan penguasaan terhadap kekayaan negara adalah hak istimewa mereka secara tradisi.

15. Dewan Pemuda PAS dengan ini mengucapkan syabas dan tahniah di atas pembentangan belanjawan rakyat ini. Kita akan melangkah penuh yakin untuk ke lapangan bagi menjelaskan visi dan strategi Pakatan Rakyat membawa kemakmuran kepada rakyat.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia


Salam dari :
Aku Pejuang Islam ~API~

Bajet 2013 Pakatan janji mansuh PTPTN

Posted: 26 Sep 2012 07:42 PM PDT



Belanjawan Pakatan Rakyat 2013
Belanjawan Pakatan Rakyat 2013
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) membentangkan Bajet 2013 alternatif hari ini dengan antara lain dengan mengulangi komitmen akan memansuhkan dana pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Perikatan tiga parti itu yang membangkitkan soal itu awal tahun ini menegaskan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan pendidikan peringkat universiti kepada kesemua rakyat Malaysia.

Kata PR, pelajar-pelajar di pusat pengajian tinggi swasta akan menerima subsidi fi pengajian.

"Oleh kerana pendidikan peringkat tinggi akan disediakan kerajaan, ini akan mengurangkan beban pelajar apabila mereka menyertai pasaran kerja, bebas daripada bayaran hutang," kata PR dalam laporan bajet yang diumumkan di bangunan Parlimen hari ini.

PR berkata, pihaknya percaya bahawa model pembiayaan semasa menerusi PTPTN bukan sesuatu yang berkekalan.

Katanya, dalam jangka panjang Kerajaan Persekutuan akan berhenti daripada menyediakan dana kepada PTPTN, sebagaimana disaksikan berlaku di negara-negara lain yang menggunakan model yang sama.
PR yakin bahawa ia boleh menghapuskan pinjaman melibatkan sejumlah besar peminjam yang memenuhi beberapa kriteria.
"Jika sejumlah RM30 bilion yang diagihkan setakat ini oleh Kerajaan Pusat menerusi pembiayaan, kami percaya bahawa obligasi hutang boleh dipenuhi pada kos RM2 bilion setiap tahun sepanjang 20 tahun akan datang," katanya lagi.

Source: http://www.sinarharian.com.my/nasional/bajet-2013-pakatan-janji-mansuh-ptptn-1.88753

Bajet Pakatan tawar ‘lebihan wang di poket rakyat’

Posted: 26 Sep 2012 07:39 PM PDT



Belanjawan Pakatan Rakyat 2013
Belanjawan Pakatan Rakyat 2013
SHAH ALAM - Dilihat sebagai cadangan belanjawan yang lebih komprehensif berbanding tahun lalu, Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengemukakan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 yang menyasarkan "lebihan wang dalam saku rakyat."
Dalam dokumen cadangan belanjawan yang diumumkan di bangunan Parlimen petang ini, perikatan tiga parti itu, dalam usaha menuju ke Putrajaya berkata, cadangan pihaknya akan membolehkan rakyat memiliki pendapatan boleh diguna pakai tambahan sebanyak RM930 setiap bulan.
Angka itu adalah hasil penjimatan harga kereta yang lebih rendah iaitu sebanyak RM70, penjimatan daripada penghapusan tol (RM50), penghapusan pinjaman bagi peminjam PTPTN yang layak (RM200), elaun pengajaran khas yang dijanjikan dalam Buku Jingga (RM500), sumbangan kerajaan ke dalam Caruman Wanita Nasional (RM50) dan penjimatan daripada harga makanan dan barangan susulan kos minyak dan pengangkutan (RM60).

Source: http://www.sinarharian.com.my/nasional/bajet-pakatan-tawar-lebihan-wang-di-poket-rakyat-1.88788

Tiada ulasan:

Nuffnang