Isnin, 3 September 2012

.

.


Tuan Ibrahim beri cara selesaikan projek bahaya

Posted: 03 Sep 2012 12:12 AM PDT




(Selamatkan negara...Tuan Ibrahim memegang salah satu banner dalam tulisan Cina)
RAUB: Di Himpunan Hijau Raub, Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man memberikan cara penyelesaian kepada rakyat untuk menyelesaikan kontroversi projek-projek berbahaya yang kini melanda negara kita.

"Untuk hentikan sianida, Lynas – satu saja caranya, kita kena hentikan BN," demikian kata beliau di himpunan petang tadi yang dihadiri hampir 10,000 rakyat.


(Tuan Ibrahim berucap di perhimpunan)
Petang tadi, Himpunan Hijau Raub terhadap penggunaan sianida di lombong emas telah menghantar satu mesej yang jelas kepada kerajaan supaya berhenti menganggap negeri kelahiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai pusat kerosakan alam sekitar dan kesihatan.

Dalam suasana seperti berpesta dan bersemangat tinggi di padang kompleks sukan Raub, para hadirin yang berpakaian hijau menyatakan bantahan mereka terhadap syarikat perlombangan Raub Australia Gold Mining Sdn Bhd yang terletak di kawasan penempatan manusia menggunakan bahan kimia berbahaya sianida yang menjejaskan kesihatan manusia.

Bantahan terhadap kilang Lynas di Gebeng, Kuantan turut kelihatan.

Mangsa utama dalam kontroversi sianida di Raub ialah penduduk Kampung Baru Bukit Koman yang mengadu pelbagai masalah kesihatan akan tetapi rintihan dan bantahan mereka sejak 2007, melalui pelbagai cara termasuk mahkamah ditolak kerajaan dan juga pengendali lombong emas tersebut.

Ketika dihubungi Harakahdaily, Tuan Ibrahim yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata himpunan ini bermatlamatkan agenda untuk menyelamatkan para penduduk Pahang daripada terus dianiayai akibat kecuaian kerajaan dalam meluluskan projek berbahaya tanpa memikirkan kesan kepada penduduk dan alam sekitar.

Beliau menegaskan himpunan kali ini diketuai NGO-NGO dan tidak berasaskan kaum mahupun politik.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan ahli parlimen Raub Datuk Seri Ng Yen Yen yang turut dijemput ke himpunan ini tidak menghadirkan diri. (gambar kerusi untuk kedua-dua mereka)

Adnan sebelum ini menyifatkan isu penggunaan bahan kimia sianida di lombong emas di Bukit Koman, Raub, Pahang yang didakwa sebagai punca penyakit kulit kepada penduduk hanya merupakan propaganda pembangkang.

Beliau berkata perkara itu mempunyai kaitan dengan pihak tertentu yang gagal mendapatkan projek tersebut dan parti pembangkang iaitu DAP turut mengambil kesempatan terhadap isu berkenaan.

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkifli Omar sementara itu berkata himpunan kali ini adalah untuk menunjukkan solidariti bersama penduduk Kampung Baru Bukit Koman.

Kata beliau, sepatutnya projek lombong emas tidak boleh diadakan di kawasan tempat kediaman.

"Ini kena diletakkan di kawasan industri berat. Aduan penduduk sekian lama tidak dilayan, ini adalah antara sebab perhimpunan diadakan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Pahang, katanya, telah menjadi pusat kerosakan alam sekitar dan kesihatan dengan adanya kilang Lynas yang mengeluarkan sisa-sisa radioaktif dan Australia Gold Mining dengan penggunaan sianida.

"Ini ditambah pula dengan kematian Tasik Chini," kata beliau, sambil menambah kesan teruk pada alam sekitar adalah faktor kebangkitan rakyat menentang kerajaan.

(Zulkifli bersama Maria Chin)
Bahan kimia sianida, kata Zulkifli sudahpun diharamkan penggunaannya di beberapa negera seperti German, Eropah, Montana, Czech Republic, Belanda dan sebagainya.

Kes bencana ekologi Baia Mare pada 2000 di Romania telah mendedahkan bagaimana sianida telah mencemari air minuman 3 juta penduduk.

Zulkifli berkata kerajaan harus berhati-hati menarik pelaburan, dan memastikan kilang-kilang berbahaya ini terletak jauh daripada kawasan kediaman dan di kawasan yang dikhaskan untuk industri berat.

"Sianida ini cepat larut. Kilang mesti menggunakan bahan kimia alternatif untuk memproses emas," katanya.


(Antara tetamu utama yang hadir)
Selain Tuan Ibrahim dan Zulkifli, antara pemimpin Pakatan Rakyat yang turut hadir ialah Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah, ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh, Adun Sekinchan Ng Suee Lim, ahli parlimen Bakri Er Tech Hwa dan aktivis Bersih Maria Chin Abdullah dan Hishamuddin Rais.
Kegagalan Raub Australia Gold Mining untuk menghantar wakil seperti yang dijanjikan untuk menerima nota bantahan amat dikesali.
Akhirnya, penganjur (Jawatankuasa Bantah Sianida yang diketuai Wong Kin Hoong) menyerahkan salinan dokmen itu kepada Ketua Polis Daerah Raub Wan Mohd Samsudin Wan Osman dan mendesaknya memastikan salinan itu sampai ke meja presiden syarikat itu.

Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/12851-tuan-ibrahim-beri-cara-selesaikan-projek-bahaya

Himpunan Hijau Raub protes lombong emas Bukit Koman 020912

Posted: 03 Sep 2012 12:05 AM PDT


Himpunan Hijau Raub protes lombong emas Bukit Koman
Ribuan peserta membanjiri Padang Kompleks Majlis Daerah Raub (Padang Milo) bagi menjayakan Himpunan Hijau Raub
Himpunan Hijau Raub protes lombong emas Bukit Koman
Kehadiran Wan Azizah (dua, kanan) mendapat tepukan gemuruh para hadirin.
Himpunan Hijau Raub langgar dua syarat
Kehadiran peserta yang menjayakan Himpunan Hijau Raub dalam keadaan aman dan tenteram.
3,000 sertai Himpunan Hijau Raub
Sebahagian daripada peserta Himpunan Hijau Raub.
RAUB - Himpunan Hijau Raub membantah aktiviti perlombongan emas di Bukit Koman berlangsung di Padang Kompleks Majlis Daerah Raub di sini, petang ini seperti yang dirancang.

Sumber polis berkata sekitar 3,000 orang menyertai perhimpunan hari ini manakala pihak penganjur pula memberitahu jumlahnya mencecah 20,000 orang.

Perhimpunan bermula jam 2 petang tadi dengan kehadiran beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan, yang menjadi tulang belakang himpunan dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Minggu lalu, polis membenarkan Himpunan Hijau Raub dengan mengenakan 16 syarat untuk dipatuhi oleh penganjur.

Himpunan dijadual berlangsung selama dua jam itu, antara lain membantah penggunaan bahan kimia berbahaya oleh kilang perlombongan emas di Bukit Koman.

Dalam pada itu, semua peserta himpunan mula berarak ke kawasan perlombongan Bukit Koman kira-kira jam 4 petang selepas menunggu wakil pelombong selama setengah jam.

Jarak padang perhimpunan ke kawasan perlombongan lebih kurang dua kilometer.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman mengucapkan terima kasih kepada penganjur kerana memberikan kerjasama dalam memastikan keamanan dan ketenteraman sentiasa terjamin terutama sepanjang program berlangsung.

Katanya, penganjur menunjukkan komitmen yang baik dengan mematuhi peraturan terutama melancarkan aliran trafik di laluan berhampiran lokasi program.

"Secara keseluruhannya polis dan penganjur dapat mencapai matlamat masing-masing iaitu mereka (penganjur) dapat berhimpun dalam suasana aman dan menyuarakan objektif perhimpunan mereka manakala polis dapat mengawal keselamatan serta keamanan kawasan setempat.

"Kita anggarkan peserta  antara 3,000 hingga 4,000 dan jumlah ini berbeza berdasarkan waktu kehadiran yang berbeza," katanya.

Beliau berkata, semangat kerjasama dan perhimpunan yang ditunjukkan penganjur pada kali ini wajar dikekalkan pada masa akan datang.

Dalam perkembangan lain, Wan Mohd Samsudin memaklumkan polis Raub menerima satu laporan berkaitan tindakan provokasi terhadap penganjuran Himpunan Hijau Raub.

Katanya, laporan daripada pihak penganjur memaklumkan terdapat beberapa sepanduk berkaitan himpunan itu yang dirosakkan individu tidak dikenali.

"Kita siasat perkara ini di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.

Seramai lapan wakil daripada Majlis Peguam hadir sebagai pemerhati semasa Himpunan Hijau Raub yang diadakan selama dua jam.

Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam, Andrew Khoo berkata, kehadiran mereka berdasarkan jemputan penganjur dan bertindak sebagai pemerhati semata-mata.

Menurutnya, sebelum ini sudah banyak program dihadiri mereka yang hanya mengambil gambar serta menyediakan laporan.

"Kita tidak akan masuk campur sekiranya ada berlaku sebarang insiden di setiap aktiviti seumpama ini.

"Kita hanya akan mengambil gambar dan menyediakan laporan sewajarnya untuk tindakan seterusnya," katanya.

Source: http://www.sinarharian.com.my/nasional/himpunan-hijau-raub-protes-lombong-emas-bukit-koman-1.81145

100 motor, basikal konvoi Xpresi Hijau di Miri

Posted: 02 Sep 2012 11:56 PM PDT



MIRI: Konvoi Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya anjuran DewanPemuda PAS Malaysia semalam, berjaya menjejak kaki di Bumi Kenyalang semalam.

Konvoi yang disertai lebih 100 buah motosikal dan basikal itu bermula di bandar Miri menuju ke tapak Himpunan Hijau Tanjung Lubang dengan diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan.

Menurut Nasrudin, sambutan konvoi oleh rakyat negeri itu memberikan satu harapan baru bahawa perubahan akan berlaku pada pilihanraya umum ke 13 akan datang.

"Xpresi Hijau Anak Muda Sabah dan Sarawak menunjukkan satu signal kebangkitan menggerak perubahn menjelang PRU 13," katanya.

Berikut antara gambar-gambar menarik di konvoi tersebut.



Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/12862-100-motor-basikal-konvoi-xpresi-hijau-di-miri

PERKASA: Halang Anwar sebab tiada tauliah.

Posted: 02 Sep 2012 11:53 PM PDT


Kumpulan pendesak Melayu (PERKASA) Kota Setar mendakwa, pihaknya cuba menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menyampaikan tazkirah di sebuah majlis di Alor Setar malam tadi kerana ketua pembangkang itu tidak bertauliah.

Perkasa disrupts Anwar in Alor Setar"Sekiranya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ingin menyampaikan tazkirah di masjid berkenaan, PERKASA tiada halangan kerana beliau bertauliah berbanding Anwar.

"PERKASA Kota Setar bertegas tidak akan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sebarang tazkirah di masjid berkenaan.

"Bagaimanapun, kami tidak akan menghalang beliau memasuki masjid untuk menunaikan solat,"Timbalan Pengerusi PERKASA Kota Setar Jamaludin Hashim dipetik sebagai berkata dalam Sinar Harian.

Beliau juga menjelaskan, kira-kira 50 ahli PERKASA berdemonstrasi di hadapan Masjid Al-Hussain, Kampong Pumpong bagi menghalang Anwar menyampaikan tazkirah pada malam tadi.

Perkasa disrupts Anwar in Alor SetarPasukan polis dilaporkan tiba kira-kira 15 minit kemudian dan berjaya menghalang ahli-ahli PERKASA daripada memecahkan pintu masjid dan menyerang Anwar.

Malam tadi, beberapa pemimpin PKR menerusi laman Twitter mendakwa ahli-ahli PERKASA menyerbu dan menyerang Anwar di dalam masjid dengan membaling kasut ke dalam masjid.

Insiden itu merupakan yang kedua dalam masa empat hari jelajah seluruh negara Anwar. Awal pagi Sabtu lalu, bas Jelajah Merdeka Rakyat disimbah dengan cat merah sewaktu singgah di Kelantan.

Pasukan khas siasat kes serang bas jelajah Anwar
Anwar diserang lagi di Alor Setar, dakwa PKR
Bas PKR diserang 'samseng' di Kota Bharu
Perjalanan politik ganas dan dendam

Source: http://www.malaysiakini.com/news/207781

Tiada ulasan:

Nuffnang