Selasa, 18 September 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


NOW Rancang Jalin Kerjasama Serantau Untuk Lindungi saksi

Posted: 18 Sep 2012 07:10 AM PDT

KeadilanDaily

Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW), Akmal Nasir berkata, NOW bakal menjalinkan jaringan dengan badan perlindungan saksi di Asia Tenggara.

Akmal (kanan) bersama Rafizi di depan pejabat NOW di Sungai Besi.

"Sekarang ia dalam peringkat perancangan dan mungkin kita akan umumkan program kerjasama perlindungan saksi pada minggu hadapan," katanya ketika dihubungi.

Menurut Akmal, langkah sebegitu sudah dilaksakan di Myammar dan Thailand, dan NOW kini ingin membawanya ke Malaysia.

Jelas beliau, program tersebut akan melindungi saksi dan pemberi maklumat yang tampil kepada NOW, termasuk pengadu yang diancam bahaya.

"Kemudian kita akan hubungi jaringan kita dan lihat keperluannya. (jika perlu) saksi akan disembunyi," katanya lagi.

NOW ditubuhkan oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli selepas individu yang tampil memberi maklumat berhubung salah guna kuasa dan rasuah berhadapan risiko daripada kerajaan.

Beliau sendiri didakwa di bawah Seksyen 97 Akta Perbankan dan Institusi Kewangan selepas mendedahkan skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan keluarga bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Antara peranan lain NOW adalah mendedahkan skandal besar yang dilindungi badan berkepentingan awam serta menjalankan program kesedaran untuk menggalakkan pemberi maklumat tampil ke hadapan.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan NOW sudah mula menerima maklumat secara rawak mengenai beberapa skandal dalam bentuk e-mel dan dokumen.

Ditanya tentang skandal melibatkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Muhammad Hassan, beliau berkata, NOW menerima dokumen berkaitan melalui seorang individu yang bertemu secara terus dengan Rafizi.

"Namun kita tidak boleh dedahkan identitinya lagi," kata Akmal lagi.

Ikrar Suaram: Siasatan Scorpene Diteruskan

Posted: 18 Sep 2012 06:59 AM PDT

Malaysiakini

Siasatan di Perancis terhadap dakwaan rasuah dalam perolehan kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia, akan diteruskan walaupun jika kerajaan memutuskan untuk mendakwa Suaram atau mengambil apa-apa tindakan terhadapnya, kata NGO hak asasi manusia itu hari ini.

Anggota sekretariat Suaram, Cynthia Gabriel berkata, pihaknya
telah dimaklumkan oleh peguamnya bahawa kes Scorpene akan diteruskan.
Ketika dihubungi, Cynthia berkata, tindakan terhadap Suaram itu tidak akan memberi kesan terhadap kes di Perancis itu.

Cynthia juga mengkritik pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob bahawa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mencadangkan kepada Pejabat Peguam Negara hari ini tuduhan yang akan difailkan terhadap Suara Inisiatif Sdn Bhd

Katanya, ketika menteri itu membuat pengumuman tersebut, pengarah dalam lembaga pengarah dan pengarah eksekutif Suaram masih lagi berada di ibu pejabat SSM, untuk disoal.

Cynthia berkata, bagaimana menteri itu boleh membuat kesimpulan tersebut sedangkan siasatan masih berjalan di dalam bangunan SSM.

(VIDEO) Hari Malaysia 2012 – Perisytiharan Kuching

Posted: 17 Sep 2012 07:54 AM PDT

Tiada ulasan:

Nuffnang