Jumaat, 31 Ogos 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Pertubuhan Peladang Selangor keluarkan balak Gunung Angsi

Posted: 30 Aug 2012 05:19 PM PDT

Susulan daripada lawatan ke jajaran Gunung Angsi untuk melihat aktiviti pembalakan secara lebih dekat didapati papantanda lesen pembalakan diberi kepada Pertubuhan Peladang Negeri Selangor yang beralamat di Menara PPNS, Pusat Dagangan UMNO, Shah Alam. Manakala Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Selangor ialah Dato' Hj. Zainal b. Dahalan yang merupakan AJK Umno Sabak Bernam, pernah menjadi Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada 14 Disember 1999 , juga pernah menjadi Speaker DUN Selangor dan Ahli Parlimen Sabak Bernam

Kontraktor yang dilantik untuk melakukan aktiviti pembalakan pula ialah Deilek Putso Timber Trd, dengan keluasan kawasan lesen seluas 445.5 hektar (1100.8 ekar).

Utusan Malaysia pada 13 Jun 2012 melaporkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tanah seluas 404.685 hektar itu bukan tanah milik kerajaan, tetapi adalah tanah milik syarikat atau koperasi dari Selangor yang dibeli daripada lelongan awam yang dibuat pihak Pengurusan Danaharta Nasional Berhad, beberapa tahun lalu.

''Kawasan itu sebenarnya yang telah diberi milik lama dulu sebelum saya menjadi Menteri Besar lagi dan telah bertukar milik banyak kali sehinggalah akhirnya dibuat lelongan awam oleh Danaharta dan diberikan kepada satu syarikat atau koperasi dari Selangor.

Rujukan :

Tiada ulasan:

Nuffnang