Isnin, 30 Julai 2012

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


Lawatan Kerja Jentera Parlimen Telok Kemang ke Kedah

Posted: 30 Jul 2012 07:01 PM PDT

Lawatan kerja dibuat bagi memantapkan jentera dengan pengalaman Pakatan Rakyat Kedah & Keadilan Kedah menguruskan kemenangan rakyat.

Taklimat telah diberikan oleh YB. Dato' Johari Abdul - MP Sungai Petani. Banyak perkongsian yang telah diberikan oleh YB. Sungai Petani kepada deligasi dari Telok Kemang yang hadir.

Semoga usaha kita untuk membawa kemenangan rakyat di N. Sembilan berhasil, insyallah. Sikap disiplin serta istiqamah dalam perjuangan akan membawa kepada kemenangan Pakatan Rakyat khususnya Keadilan di N. Sembilan.



Kenyataan Media-SEKOLAH MENENGAH AGAMA KEMBALIKAN SUMBANGAN ORANG RAMAI

Posted: 30 Jul 2012 06:51 PM PDT

KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN TELOK KEMANG
27 JULAI 2012
 
SEKOLAH MENENGAH AGAMA KEMBALIKAN SUMBANGAN ORANG RAMAI
 
                Pada 2 bulan yang lepas, saya selaku Ahli Parlimen Telok Kemang melalui Pejabat Khidmat Rakyat saya telah menyampaikan sumbangan sebanyak 7 buah papan tulis/'whiteboard' untuk menggantikan papan hitam yang sedia ada di 7 bilik darjah dan dipasang di Sekolah Menengah Agama Chuah, Port Dickson dan diterima baik oleh pihak sekolah. Ini merupakan sumbangan orang ramai yang telah diamanahkan kepada saya untuk disampaikan kepada institusi pendidikan atau mana-mana pihak yang memerlukan.
Saya kecewa dan kesal apabila mendapat makluman bahawa 7 buah papan tulis/'whiteboard' tersebut telah dibuka dan dialihkan ke suatu tempat tanpa dimaklumkan kepada Pejabat Parlimen Telok Kemang sedangkan sumbangan tersebut merupakan amanah orang ramai.
                Justeru saya memohon agar pihak Pengetua sekolah tersebut, Ustaz Zaki bertanggungjawab atas pembukaan dan pengalihan papan putih/'whiteboard' tersebut. Ini tidak sewajarnya berlaku kerana pihak pengetua sekolah yang pada awalnya mengalu-alukan sumbangan dan menerima sumbangan papan putih tersebut. Perkara ini harus menjadi tanggungjawab penuh pihak pengetua kerana sumbangan yang diberikan oleh  orang ramai merupakan suatu amanah yang tidak boleh diambil ringan.
Bulan Ramadhan adalah bulan mulia yang mana menjadi medan buat umat Islam meningkatkan amal ibadah dan juga sedekah. Banyak sumbangan orang ramai terhadap golongan yang memerlukan telah disalurkan melalui pelbagai saluran termasuk melalui Pejabat Parlimen. Sewajar kita tidak mensia-siakan dengan mudah sumbangan rakyat dan orang ramai apatah lagi ketika dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak.
 
 
YB. Dato' Kamarul Baharin Abbas
Ahli Parlimen Telok Kemang

Tiada ulasan:

Nuffnang