Jumaat, 6 Julai 2012

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


Soalan Parlimen Isu PTPTN-Apakah ini bukti Pendidikan diniagakan?

Posted: 06 Jul 2012 02:11 AM PDT

 Saya berkongsi dengan anak-anak muda mahasiswa akan data ini berdasarkan soalan Parlimen tempoh hari. Ini dapat kita lihat bahawa pembiayaan untuk pelajar IPTA adalah sebanyak RM 23.6 bilion berbanding untuk pelajar IPTS iaitu sebanyak RM 20.4 bilion. Sedangkan jika perbandingan dibuat RM 23.6 bilion tadi adalah untuk 1.36 juta pelajar/peminjam yang secara peratusannya mewakil seramai 69% daripada jumlah peminjam. Berbanding pelajar IPTS - 0.61 juta pelajar (31%) mendapat jumlah pinjaman RM 20.4 bilion.

Apakah munasabah untuk pinjaman kepada pelajar IPTS seramai 0.61 juta yang mewakili 31% daripada jumlah peminjam PTPTN itu mendapat jumlah pinjaman yang bernilai RM 20.4 bilion iaitu hampir menyamai jumlah pinjaman pelajar IPTA yang mewakili 69% peminjam PTPTN.

Ini membuktikan bahawa kos pendidikan di IPTS lebih tinggi berbanding IPTA. Namun persoalan rakyat ialah, siapakah empunya IPTS-IPTS yang tumbuh bakkan cendawan dalam negara pada hari ini? Apakah ini bukti bahawa pendidikan diniagakan secara kasar dan berat ke atas rakyat. Kita maklum bahawa penempatan di IPTA adalah kurang untuk menampung jumlah pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian tinggi. Sudah pasti IPTS akan menjadi kampus alternatif untuk para pelajar. Namun mengapa yuran IPTS begitu tinggi yang mana dapat kita bandingkan dengan ratio jumlah pinjaman PTPTN oleh pelajar IPTS berbanding IPTA.

Apapun saya tegaskan disini bahawa tawaran Pakatan Rakyat ialah memberikan pendidikan percuma dan menghapuskan hutang mahasiswa seluruh negara secara berperingkat. Ini mampu dilaksanakan jika PR diberi mandat oleh rakyat untuk menguruskan negara.

Salam Perjuangan,

Kamarul Baharin Abbas
MP Telok Kemang
Pengerusi MPN Keadilan N. Sembilan

RUJUKAN SOALAN PARLIMEN

Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI
           menyatakan :-
a.      Jumlah hutang pendidikan yang ditanggung oleh mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) secara berasingan yang meminjam daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga kini; dan
b.      Berapakah jumlah mahasiswa IPTA dan IPTS secara berasingan yang sedang membayar hutang tersebut.

 

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk maluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 30 April 2012, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah meluluskan pinjaman/pembiayaan pendidikan kepada seramai 1.97 juta peminjam dengan amoun sebanyak RM 44.01 bilion sehingga pelajar tamat pengajian. Daripada bilangan tersebut, sebanyak 1.36 juta (69.0%) peminjam adalah terdiri daripada pelajar IPTA melibatkan jumlah pinjaman/pembiayaan sebanyak RM 23.6 bilion dan sebanyak dan sebanyak 0.61 juta pelajar (31.0%) terdiri daripada pelajar IPTS yang melibatkan jumlah pinjaman/pembiayaan RM 20.4 bilion.


Bagi tempoh yang sama, jumlah yang perlu dibayar balik oleh peminjam PTPTN ialah sebanyak RM 6.7 bilion melibatkan 1.02 juta peminjam. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM 3.24 bilion telah berjaya dikutip melibatkan seramai 763,488 peminjam.

Tiada ulasan:

Nuffnang