Jumaat, 6 Julai 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Mat Sabu : Anwar Pemimpin Berani

Posted: 06 Jul 2012 04:50 AM PDT

The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, — Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan seorang pemimpin berani dan kata timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, mengulas mengenai temuramah ketua pembangkang dengan Financial Times (FT) baru-baru ini.

Dalam wawancara bersama FT, Anwar Ibrahim mengatakan jika gagal menawan Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) 13 ini, beliau akan bersara dalam politik dan kembali mengajar di universiti.

"Dengan menggeluarkan kenyataan sanggup untuk bersara dari politik jika tidak berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU 13 ini, membuktikan Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin yang berani," kata Mohamad Sabu dalam temubual telefon kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.

"Ertinya beliau yakin dengan kekuatan gabungan Pakatan Rakyat (PR) yang dipimpinnya."

Selepas dibebaskan dari penjara pada tahun 2004, Anwar pernah diundang untuk mengajar dibeberapa universiti terkemuka dunia seperti Universiti Oxford dan Universiti Georgetown.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan persaraan politik Anwar benar-benar terjadi, Mohamad yang mesra dengan penggilan Mat Sabu mengatakan PR pasti mengemukakan pengganti kepada bekas timbalan perdana menteri itu.

"Soal pengganti kepada Anwar bukanlah satu isu kerana PR mempunyai ramai pemimpin pelapis," jelas Mat Sabu lagi. "Persoalannya adalah apakah pengganti itu setanding dengan Anwar Ibrahim."

PR ditubuhkan sebaik sahaja PKR, PAS dan DAP yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim berjaya mengurangkan majoriti dua pertiga BN pada PRU 12.

Semenjak berlakunya peristiwa bersejarah — digelar Tsunami politik itu, PR terus menjadi pencabar terkuat BN yang belum pernah lagi tewas dalam PRU semenjak kali pertama ia diadakan.

Asri Urges Muslims to Shed Feudalism, Pseudo-Salafism

Posted: 06 Jul 2012 02:38 AM PDT

Harakah

Former Perlis mufti Asri Zainul Abidin has chided a section of Muslim scholars who he said had a tendency to remain silent on injustices while defending unjust kings, dictatorship and tyranny based on their ignorance and ‘literalist’ understanding of Islamic texts.

“These are the people who would churn out fatwas in defence of [former Libyan leader] Muammar Qadafi, [former Egyptian president] Hosni Mubarak and the still surviving regime of Bashar al-Asad.

“They are busy preventing people from voicing out, but they are not busy engaging in forum, debates and seminars to stop those in power from trampling upon people’s rights. They claim this is the belief of the salaf [first generation of Muslims], as if the salaf are the bastion of unjust regimes,” wrote Asri (pic) in his blog.

Asri reminded that even Muawiyah Abi Sufyan, who opposed the caliphate of Ali Abi Talib and who later went on to controversially set up a hereditary system of caliphate, had provided space for people to voice their dissent.

Reacting to the victory of Islamist leader Mohamed Mursi in Egypt’s first free presidential election, Asri said Muslim masses had suffered for far too long and that it was time they shed their feudal thinking.

“It is time to do away with corrupt groups and supporters of feudal thinking from the Muslim community,” he added.

Asri pointed out that Western societies were more aware of their rights, citing how the British media would frequently expose wastages and extravagant lifestyles of their royal families.

“The increase in Queen Elizabeth’s expenditure is also questioned. This is despite the British queen, like others, also paying taxes. But the principle of justice and democracy allows the public to scrutinise anyone who abuses public funds,” he said, citing a recent report by UK’s Daily Mail questioning Prince William and his wife Kate Middleton’s travel expenses.

Last May, Asri spoke out against a police investigation against former Perak Menteri Besar Nizar Jamaluddin for questioning the half-a-million ringgit purchase of a car number plate by the Sultan of Johor.
“If the behaviour and actions of royalties cannot be questioned, we are only deifying them and subjugating ourselves,” Asri said.

Nurul Izzah: Jangan Kunci Mulut Pemerhati Pilihanraya

Posted: 06 Jul 2012 02:34 AM PDT

Malaysiakini

Pemerhati pilihan raya patut diberikan akses untuk bercakap dengan media ketika pilihan raya sedang berlangsung, kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

“Pemerhati pilihan raya, sama ada daripada luar negara atau domestik, mesti diberikan akses media semasa pilihan raya,” kata anggota Parlimen Lembah Pantai itu ketika ditanya berhubung langkah kerajaan membenarkan pemerhati antarabangsa memantau pilihan raya akan datang.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya semalam, Nurul Izzah berkata, walaupun ia langkah positif, pemerhati luar tidak harus hadir dalam keadaan mulut terkunci.

Beliau mengetengahkan isu pemerhati Kommonwealth di Malaysia pada tahun 1990 yang laporannya tidak diketahui orang awam.

Menurut Nurul Izzah lagi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga perlu membersihkan daftar pemilih untuk mendapatkan keyakinan orang ramai.

Tiada ulasan:

Nuffnang