Selasa, 26 Jun 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


ALC SENAWANG

Posted: 25 Jun 2012 11:59 PM PDT

ALC SENAWANG - Pusat Pengajian Al-Quran Teknik Al-Baghdadi
1) Kelas Tamhid/Asas Al-Baghdadi (Kanak-Kanak) - Selasa/Jumaat - 8.00-10.00 malam
2) Kelab Tajwid Al-Baghdadi (Dewasa & Remaja) - Selasa - 8.00-10.00 malam
3) Kelab Tamhid/Asas Al-Baghdadi (Dewasa & Remaja) - Selasa - 8.30 malam
4) Kelas Hafazan Al-Quran Teknik Al-Huffaz - Jumaat - 8.00 malam
5) Kelas Bahasa Arab - Rabu - 8.30 malam

Tempat: No. 53-1, Jalan Komersil 7, Taman Komersil Senawang, 70450 Seremban, N. Sembilan

Hubungi ALC Senawang Care-Line 019-2125301/013-3439350

ALAMAT URUSAN AL-BAGHDADI LEARNING CENTER SENAWANG (ALC Senawang)
No. 53-1, Jalan Taman Komersil Senawang 7, Taman Komersil Senawang, 70450 Seremban, N. Sembilan.
(Dataran Taipan Senawang - Berhampiran Giant Senawang - Atas Kedai RM 2)

Projek hibrid solar angin, Projek Gajah Putih?

Posted: 25 Jun 2012 11:21 PM PDT

Adakah ini sebahagian daripada janji yang tidak atau belum ditepati? Berapa banyak wang kerajaan (rakyat) yang telah dibelanjakan untuk projek ini? Kontraktor mana yang dapat projek ini dan berapa nilai projek ini?

Apa dah jadi dengan kincir angin di Bario?
Aduan Rakyat 26 Jun 2012

Salam sejahtera. Saya mewakili masyarakat yang tinggal di dataran tanah tinggi Bario ingin menyuarakan rasa kesal kami terhadap kincir angin yang telah didirikan di kampung kami sejak lebih 4 tahun yang lalu.

Semasa kincir angin itu didirikan, kami berasa sangat gembira kerana pada kami ianya satu rahmat untuk merasai letrik 24 jam yang berterusan. Tetapi malangnya hingga ke hari ini dan sudah lebih 4 tahun, benda itu tidak pernah berfungsi apatah lagi membekalkan letrik kepada kami. Ini sangat mendukacitakan kami.

Kami sering bertanya kepada wakil rakyat dan YB-YB yang berkunjung ke kampung kami akan kesudahan projek itu. Tetapi tidak seorangpun yang dapat memberi penjelasan kepada kami BILA kincir angin itu akan berfungsi? Yang dapat kami dengar hanyalah bersabar…bersabar dan bersabar…

Kini sudah 4 tahun berlalu, sudah terdapat alat yang rosak dan tidak mungkin ianya akan dapat berfungsi lagi. Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan tidak sungguh-sungguh melaksanakan projek itu sehingga selesai dan menguntungkan rakyat sebaliknya ia satu pembaziran wang rakyat..dan yang lebih malang lagi, kami penduduk di Bario seolah-olah ditipu bulat-bulat oleh projek yang langsung tidak berfaedah ini..

Setiap hari kami melihat kincir angin itu setiap hari jugalah kami sakit hati dibuatnya..akibatnya calon BN telah tewas dalam pilihanraya yang lalu..tidak lama lagi PRU akan berlangsung dan jika masalah ini tidak diatasi, kami yakin calon BN pasti akan tewas lagi kerana kami sudah lama terseksa dengan janji-janji kosong BN yang seolah-olah meminggirkan kami yang terletak nun jauh di dataran yang tinggi..kalau begini lah nasib kami, lebih baik kami tidak mengundi calon BN kerana ianya sia-sia sahaja dan sangat mengecewakan…

By: Mat Bario


Sarawak pelopori projek hibrid solar dan angin di Bario
02/06/2009

MIRI 2 Jun — Kerajaan akan mempelopori projek perintis menjana tenaga elektrik hibrid menggunakan kuasa kincir angin dan solar di Bario, satu kawasan tanah tinggi pedalaman di utara Sarawak, kata Menteri Kemudahan Awam negeri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan malam tadi.

Beliau berkata rancangan penjanaan tenaga itu diluluskan Kabinet Sarawak baru-baru ini dan dijangka dapat membekalkan tenaga elektrik ke beberapa kampung di Bario, satu kawasan yang hanya boleh dikunjungi dengan pengangkutan udara dari sini.

Berucap semasa menutup karnival sukan masyarakat tanah tinggi di sini, beliau berkata keputusan untuk melaksanakan projek penjanaan tenaga menggunakan kuasa kincir angin dan solar dilakukan berikutan kegagalan projek mikro hidro-elektrik di kawasan itu. — Bernama


State approves solar-wind power plant for Bario Highlands
Wednesday June 3, 2009

MIRI: The state government has given the green light for a pioneer plant in the Bario Highlands to generate electricity from sunlight and wind – to replace a RM10mil hydro-electric dam which failed for lack of water.

The project, the first of its kind in the state, will use a combination of solar and wind energy to generate power for use in the 2,000m-high mountainous region at the Sarawak-Kalimantan border.

State Public Utilities Minister Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan said the state Cabinet had recently decided that solar-wind power was the best option for the highlands.

"The failed hydro-electric dam project will be replaced by this hybrid plant,'' he told a gathering at the Kelabit and Lun Bawang Highlanders Club here on Monday night.

"However, there may be a need to build a few micro-hydrodams to generate power for villages that are far away."

The Bario Highlands, located some 300km from Miri, is home to 6,000 people.

In the early 1990s, the state government built the dam to generate electricity for the folks there who had to rely on diesel fuel to power their generators.

However, the dam failed to function due to low river water pressure. The state authorities tried in vain to revive the project, including enlisting the help of dam experts.

Two years ago, a proposal was made to build another hydro-electric dam to replace the one which failed.

However, the state Cabinet has now decided that the best option would be the hybrid solar-wind plant because the highlands have plenty of sunshine and wind for most of the year.

Pakatan Rakyat komited dalam isu adat dan tanah terbiar

Posted: 25 Jun 2012 08:29 PM PDT

Pada Tonggak ke 9 Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan menyentuh bab Rakyat Nan Berbudaya dan Beradat. Ianya antara lain menyebut untuk  menaikkan elaun Datuk Lembaga Adat kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun sebanyak RM250 sebulan kepada Buapak-Buapak. Bukannya satu usaha yang mudah untuk Datuk Lembaga untuk memanggil semua anak buah untuk menyelesaikan isu tanah adat terbiar, apatah lagi jika satu geran ada sehingga 50 penama.

Sudah pasti 50 penama ini mungkin ada yang sudah meninggal dunia, ada yang tinggal di luar Negeri Sembilan dan sebagainya.

Tapi yang menjadi tanda tanya, bagaimana pula dalam kes tanah adat yang diambil kerajaan untuk projek pelebaran jalan, pembinaan landasan keretapi berkembar, pembinaan loji rawatan air dan sebagainya, isu tanah adat ini boleh diselesaikan?

Perincian Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/02/manifesto-pakatan-rakyat-negeri.html

Pulih tanah adat terbiar
Sinar Harian 26 Jun 2012

SEREMBAN – Datuk Lembaga Adat di negeri ini disarankan memain peranan membantu Kerajaan Negeri memulihkan tanah adat terbiar. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Kerajaan Negeri berdepan kesukaran membangunkan tanah terbiar berikutan sukar mendapat kerjasama pemilik tanah adat.

"Terdapat dua kategori tanah terbiar iaitu tanah terbiar daratan dan tanah terbiar sawah. Tanah terbiar daratan seperti kebun dan ladang berjaya kita selesaikan dengan kerjasama Risda, Felcra dan unit peladang.

"Namun, tanah terbiar sawah sukar dibangunkan kerana ia tanah adat dan rata-rata tuan tanah enggan memberi kerjasama," katanya kepada pemberita, semalam.

Menurutnya, kebanyakan tanah adat di negeri ini terbiar dan tidak diusahakan pemilik. "Ia menjadi masalah kepada Kerajaan Negeri. Masalah ini berlaku kerana geran tanah adat mempunyai banyak nama dan adakala satu geran  sehingga 50 penama.

"Kita mahu Datuk Lembaga memainkan peranan dengan mengumpulkan anak buah dan waris supaya ambil kuasa dan tindakan terhadap tanah terbiar dengan mengusahakannya.

"Kita sentiasa berharap tanah adat dapat dipulihkan dan diusahakan dengan baik selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri memulihkan tanah terbiar," katanya.

Mohamad berkata, sehingga kini, Kerajaan Negeri berjaya memulihkan 30 peratus masalah tanah terbiar di negeri ini.

Mangsa ISA diugut edar gambar bogel di internet

Posted: 25 Jun 2012 08:12 PM PDT

25 Jun 2012 

KUALA LUMPUR: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) hari ini mendesak agar Menteri Dalam Negeri (KDN) segera memberi maklum balas atas kejadian mogok lapar tahanan ISA yang telah pun berlangsung selama enam hari.

Dalam sidang medianya, GMI menuntut agar kesemua tahanan ISA dibebaskan dengan kadar segera; Menteri Dalam Negeri diminta menjawab segera tuntutan tahanan ISA; dan menuntut jawapan segera isu penderaan tahanan ISA.

Tuntutan ini berikutan kempen bebaskan 45 tahanan yang masih berada di Kem Kamunting (Kemta) dan sehingga kini tiada tanda-tanda mereka akan dibebaskan.

Dalam sidang media ini juga, peguam Farhana Abdul Halim dan Fadiah Nadwa Fikri mendedahkan keterangan yang diberi oleh Sami Hammd, salah seorang tahanan ISA yang kini mengadakan mogok lapar.

Sami Hammd berasal dari Iraq telah ditangkap pada 21 Januari 2011. Beliau ditahan atas pertuduhan pemerdagangan manusia.

Sami disoal siasat di PRC selama 20 hari dan di Bukit Aman selama 39 hari, kemudiannya ditahan di Kemta pada 18 Mac 2011.

Dalam pertemuannya dengan peguam, Sami menceritakan penderaan fizikal dan mental yang diterimanya.
Antara bentuk penderaan fizikal yang dikenakan  termasuklah dipukul dengan paip getah, dibogelkan dan gambarnya diambil dan diugut akan disebarkan diinternet.

Badan beliau juga dibasahkan dengan air sejuk kemudian diletakkan di dalam bilik kecil yang suhunya paling rendah, dan sepanjang masa tangannya digari.

Selain itu, Sami turut ditumbuk dan ditendang oleh anggota penyiasat berulang kali, dicabut bulu dada, dicucuh puntung rokok, dipaksa memakan cili kisar beberapa lagi jenis penderaan.

Sehingga kini Sami masih tidak berganjak dan tidak mengaku akan pertuduhan yang dikenakan kepadanya.
Tahanan beliau dilanjutkan sehingga Mac 2013. Semua butiran tersebut dinyatakan dalam pertemuannya dengan peguam pada 22 Jun 2012 di bawah pengawasan Pegawai Kemta.

Dalam pada itu, Pengerusi GMI bimbang dengan nasib tahanan yang melakukan mogok lapar tersebut.

Beliau menggesa agar KDN bertindak segera sebelum berlaku kematian atau sebagainya.

Merujuk kepada isu penderaan terhadap tahanan sama ada yang masih ditahan atau pun yang telah dibebaskan.

"Kebanyakan tahanan menghadapi trauma sehingga mereka tidak tampil menceritakan kisah sebenar walaupun lebih setahun telah berlaku," ujar Syed Ibrahim. 

Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, Peguam yang bertemu dengan Sami Hammd iaitu Farhana dan Fadiah Nadwa serta keluarga tahanan Mohamad Fadzullah Abdul Razak.

Naik saman, adakah akan naik kadar rasuah?

Posted: 25 Jun 2012 07:31 PM PDT

Mungkin ini boleh dijadikan tajuk debat selepas ini. Apakah dengan menaikkan kadar saman melebihi had laju ke RM 2,000 akan menaikkan kadar rasuah? Apakah kadar kemalangan jalanraya akan menurun jika kadar saman dinaikkan? Sebelum ini denda maksimum ini telah dinaikkan beberapa kali. Adakah statistik menunjukkan pengurangan kemalangan jalanraya dengan kenaikan kadar saman yang sebelum ini?

Cuba buat soalan rambang kepada pengguna jalanraya, mahu bayar saman RM2000 atau mahu beri hadiah RM50, RM100 atau RM200?

Denda minimum RM300 pandu lebih had laju
Berita Harian 26 Jun 2012

KUALA LUMPUR: Denda minimum kesalahan memandu melebihi had laju ditetapkan RM300, manakala had maksimum dinaikkan sehingga RM2,000 atau boleh dipenjara maksimum tiga bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ia adalah kenaikan sekali ganda bagi kesalahan itu apabila Subseksyen 26(2) dalam Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 dijangka diluluskan Dewan Rakyat minggu ini berbanding denda maksimum RM1,000 sekarang.

Ketika ini, tiada had denda minimum ditetapkan untuk kesalahan berkenaan. Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri pada sidang Dewan Rakyat, semalam. Ia bertujuan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Selain itu, pindaan Subseksyen 26(2) Rang Undang-undang terbabit memperuntukkan denda minimum dan maksimum yang sama bagi kesalahan memandu tanpa lesen atau penjara maksimum tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

Pemandu atau pejalan kaki yang mengabaikan arahan dan isyarat lalu lintas diberikan anggota polis atau warden lalu lintas pula boleh didenda minimum dan maksimum yang sama melalui pindaan Subseksyen 79(2) berbanding denda maksimum RM500 sekarang.

Selain itu, Seksyen 76A yang baru diperkenalkan dalam rang undang-undang itu membenarkan pemandu membelok ke kiri di simpang lalu lintas yang ada dipasang isyarat membenarkan membelok ke kiri jika pemandu mendapati selamat untuk berbuat demikian.

Sesiapa melanggar seksyen berkenaan boleh didenda minimum RM300 dan maksimum RM2,000.

Rang undang-undang itu turut memasukkan takrif baru 'basikal elektrik' yang diistilahkan 'sikal' dengan bantuan kayuh dilengkapi motor elektrik sokongan yang ada kuasa berkadar berterusan maksimum 0.25kW.

Output basikal elektrik itu berkurangan secara beransur-ansur dan akhirnya terhenti apabila kenderaan mencapai kelajuan 25km/j atau sebelumnya jika penunggang berhenti mengayuh.

Aspan Alias di Senawang 29 Jun 2012

Posted: 25 Jun 2012 02:14 AM PDT

CERAMAH UMUM
Tarikh : 29 Jun 2012, Jumaat
Masa : 9 mlm
Tempat : Taman Desa Melor (sebelah Balai Bomba Senawang)
Penceramah :
Dr Ahmad Suhaimi, Penyelaras SAMM
Ustaz Fakrulrazi, Penceramah Bebas
Fareedah Samad, Pengerusi Ameerah Malaysia
Pn Norwani Ahmat, Ketua Muslimat PAS Rembau

Tiada ulasan:

Nuffnang