Ahad, 17 Jun 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


Bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia sertai PAS

Posted: 17 Jun 2012 06:32 AM PDT

 
BAGAN SERAI: Bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran MalaysiaTuan Haji AHmad Zabidi bin Shamsuddin menyerahkan borang menyertai PAS.

Beliau menyerahkan borang permohonan keahliannya kepada Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Aziz Nik Mat ketika Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Negeri Perak,semalam.
Beliau berkhidmat di dalam kerajaan selama 33 tahun dan di Kementerian Pelajaran hampir 10 tahun.
Ahmad Zabidi juga pernah menjadi Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu dan bertugas sebagai pengetua di beberapa buah sekolah.
Dalam ucapannya sulungnya berkata, disepanjang beliau berkhidmat di kementerian pelajaran, pelbagai kezaliman dan penindasan berlaku.
Katanya, kuasa politik pemerintah telah menguasai pentadbiran kerajaan.
"Orang yang tidak menyokong BN akan dikenakan tindakan dan mereka ditukarkan jauh dari tempat asal," katanya di hadapan 30ribu hadirin.
Ujar Ahmad Zabidi, tindakan itu semata mata guru-guru tersebut tidak sehaluan dengan kerajaan dan bukannya atas kesalahan yang berat.
"Yang tukar itu bukanlah Pengarah Pelajaran tetapi tindakan tersebut atas desakan oleh pemimpin Umno dan BN ," jelasnya.
Beliau menjelaskan, tindakan seperti ini masih berterusan dan lebih giat dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran atas arahan oleh Umno dan BN.
Tambahnya, antara faktor lain mendorongnya menyertai PAS ialah dasar yang diperjuangkan oleh Umno ketika ini berkisarkan sistem sekular ciptaan manusia.
Turut menyerahkan borang keahlian PAS ialah AJK Umno Bahagian Gopeng Tuan Haji Nazri Nordin yang bergelumang lebih 30 tahun dalam parti itu kini hilang keyakinan dan melihat perjuangan PAS adalah benar serta mewarisi perjuangan Rasulullah.
Sumber: Perakite Daily

Ustaz Yahya: Pimpinan Ikhwan titiskan air mata

Posted: 16 Jun 2012 08:36 PM PDT

Dr. Syed Azman (penulis) bersama al Banna.

KAHERAH: Putera sulung Syahid Hassan A-Banna, Ustaz Saiful Islam menitiskan air mata tidak dapat menahan kesedihan apabila saya menyampaikan berita sedih perginya seorang pendakwah tersohor dan guru tarbiyyah bagi setiap pendokong gerakan Islam, Ustaz Yahya Othman.

Perkhabaran berita sedih ini di sampaikan penulis kepada Ustaz Saiful Islam sewaktu menziarahi beliau yang agak uzur di tengah-tengah kota Kaherah.

Menurut Ustaz Saiful Islam, beliau telah mengenal rapat Al-Marhum Ustaz Yahya sejak dari awal tahun 70'an lagi sewaktu sama-sama menggerakkan pertubuhan WAMY dan IFSSO di serata dunia. 

Ustaz Saiful Islam menyatakan bahawa; "Kami sering bertemu di muktamar antarabangsa dan selalu bertukar pandangan. Beliau amat berlemah lembut ketika berhujah dan memberi pandangan.

"Saya amat sedih di atas pemergiaan sahabat baik saya ini. Pemergian beliau di tangisi bukan sahaja umat Islam Malaysia tetapi juga diseluruh pelusuk dunia. Beliau pergi buat selama-lamanya meninggalkan kita".

Menurut Ustaz Saiful Islam, Ustaz Yahya adalah seorang pendakwah yang gigih dan merupakan penggerak tarbiyyah bagi gerakan Islam melalui program anjuran WAMY dan IFSSO di serata dunia.

Beliau amat dihormati di peringkat antarabangsa serta menjadi 'penghubung' kepada pimpinan gerakan Islam di  seluruh dunia dengan PAS di Malaysia.

Hubungan beliau yang amat rapat dengan pimpinan gerakan Islam menjadikan beliau sentiasa di rujuk dan menjadi contoh kepada gerakan Islam yang lain.

Inilah contoh Sheikul Tarbiyyah yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Airmata kesedihan membasahi semuapimpinan gerakan Islam yang mengenali beliau.

Pemergian beliau amat di rasai semua dan sukar di cari ganti. Seluruh kepimpinan Ikhwan Musimin Mesirmenyampaikan ucapan takziah kepada keluarga beliau.

Selamat tinggal Mujahid Agong Ustaz Yahya Othman...(harakahdaily)

Tiada ulasan:

Nuffnang