Khamis, 7 Jun 2012

Direct Free Kick

Direct Free Kick


PROGRAM-PROGRAM TERKINI PAS KAWASAN PANDAN.

Posted: 07 Jun 2012 07:49 AM PDT

( 1 ) MUNAJAT PERDANA & SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ*
Bersama
YB USTAZ TAIB AZAMUDDIN
Ahli Parlimen Baling / 
Bekas Imam Besar Masjid Negara

Hari Sabtu 16 Jun 2012
Bermula dengan solat Isyak berjemaah
Di Dewan MPAJ, Jalan Pandan Ilmu, Pandan Indah.
*Sila bawa sejadah

( 2 ) SANTAI BERSAMA PIMPINAN*
Dengan
YB DR HATTA MOHD. RAMLI
Bendahari PAS Pusat /
Ahli Parlimen Kuala Kerai

Hari Rabu 13 Jun 2012
Jam 9.30 malam
Di Pusat Tarbiyyah Pandan (PTP)
No. 25, Jalan 5/11A, Pandan Indah.
* Tiket-tiket RM10.00 dijual untuk sumbangan.


DATANGLAH BERAMAI-RAMAI

Untuk maklumat sila hubungi : 016 275 0029

PAS MAHU PERJANJIAN PAKATAN

Posted: 07 Jun 2012 07:20 AM PDT

SHAH ALAM, 24 Mei 2012 – Pas Kawasan Pandan menggesa parti dalam Pakatan Rakyat (PR) menandatangani satu 'perjanjian pakatan' yang terperinci sebelum menubuhkan kerajaan.

Yang Dipertuanya, Iskandar Abdul Samad berkata, perjanjian ini penting bagi memperincikan dahulu polisi-polisi utama bagi mengurangkan isu-isu kontroversi yang mungkin timbul akibat perbezaan pandangan dalam pentadbiran kelak.

Menurutnya, perjanjian ini nanti akan mengikat pemimpin kerajaan seperti Perdana Menteri, Jemaah Menteri, Menteri Besar dan
Exco.

"Di antara polisi-polisi utama yang dicadangkan perlu dipersetujui terlebih dahulu adalah yang melibatkan agama, tanah, perumahan dan kerajaan tempatan.

"Perjanjian ini adalah seperti yang ditandatangani Parti Konservatif dan Parti Liberal Demokrat sebelum menubuhkan kerajaan campuran di Britain pada 2010," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, Pas Kawasan Pandan yakin perjanjian ini akan berupaya mengukuhkan mana-mana kerajaan PR yang akan dibentuk dan akan melancarkan sistem penyampaiannya.

"Sehubungan itu, kami akan memajukan usul ini kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar beliau dapat membentangkannya pada mesyuarat PR di peringkat nasional," katanya - SINAR HARIAN.

PAS KAWASAN PANDAN TETAP YAKIN KEPERLUAN "COALITION AGREEMENT".

Posted: 06 Jun 2012 05:59 PM PDT

PAS Kawasan Pandan tetap berpendirian bahawa parti-parti Pakatan Rakyat perlu menandatangani "Coalition Agreement" atau perjanjian pakatan sebelum membentuk sebarang kerajaan.

Usul mewujudkan "Coalition Agreement" ini telah diluluskan oleh para perwakilan di Mesyuarat Agung kami tahun ini.

Pada pandangan kami dengan adanya perjanjian ini bukan bermakna Pakatan Rakyat adalah satu pakatan yang rapuh. 

Menandatangani perjanjian adalah satu perkara yang biasa. Untuk membeli rumah, pemaju dan pembeli perlu menandatangani perjanjian jual beli. Ianya adalah untuk melindungi pihak-pihak yang berkaitan. Jika untuk membeli sebuah rumah pun ada perjanjian maka sudah tentu untuk membentuk kerajaan pun perlu ada perjanjian.

Perjanjian di dalam urusan jual beli rumah tidak menghakis kredibliti mana-mana pihak. Ia bukan bermakna pihak-pihak yang terlibat saling curiga mencurigai satu sama lain. Tetapi ia sekadar menjelaskan tanggungjawab pemaju dan pembeli.

Sehubungan itu perjanjian pakatan tidak akan menjejaskan kredibliti Pakatan Rakyat.

Perjanjian bertulis juga terkandung di dalam Al Quran di mana Allah berfirman di dalam Surah Al Baqarah ayat 282 yang bermaksud,

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu melakukan hutang piutang untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Janganlah penulis menolak untuk menuliskannya sebagaimana Allah telah mengajarkan kepadanya, maka hendaklah dia menuliskan.
 
Ini membuktikan betapa penting perjanjian bertulis.

Kami juga yakin dengan adanya perjanjian pakatan ini sokongan terhadap Pakatan Rakyat akan bertambah. Rakyat tidak akan tertanya-tanya lagi apakah penyelesaian Pakatan Rakyat kepada isu-isu yang mungkin dianggap sensitif. Apabila jelas kepada rakyat akan penyelesaian-penyelesaian yang dipersetujui oleh parti-parti Pakatan Rakyat maka sokongan rakyat kepadanya akan meningkat.

Memang benar perbincangan dan rundingan boleh dilakukan setelah kerajaan ditubuhkan. Tetapi ia akan membuang banyak masa dan tenaga serta melambatkan keupayaan penyampaian kerajaan jika banyak perkara yang tertangguh kerana perlu dibincangkan terlebih dahulu. Tambahan pula tanpa perjanjian, tidak ada jaminan bahawa pimpinan kerajaan akan mengambil kira hasrat dan aspirasi parti.

Oleh itu, kami ingin menegaskan sekali lagi bahawa perjanjian pakatan ini akan mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat.

Tidak payahlah dilayan pihak yang berkata jika ada perjanjian pakatan maka ini bermakna Pakatan Rakyat  belum lagi mantap kerana pihak yang sama juga akan berkata jika tidak ada perjanjian maka Pakatan Rakyat juga tidak mantap. Mereka yang mempunyai niat jahat terhadap Pakatan Rakyat tetap akan melemparkan tuduhan-tuduhan walau apa sekalipun yang  dilakukan olehnya.

Iskandar A. Samad
Yang Dipertua PAS
Kawasan Pandan
7 Jun 2012

Tiada ulasan:

Nuffnang