Jumaat, 4 Mei 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Bob Kuman meninggal, disemadi di Rantau

Posted: 03 May 2012 09:04 PM PDT


Harakahdaily,  03 Mei 2012 

PETALING JAYA, 3 Mei: Jenazah pelakon Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi telah dibawa ke Kampung Sega Tengah, Rantau, Negeri Sembilan untuk disemadikan setelah disolatkan di Masjid Kota Damansara, jam 9.30 malam ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Salehin Muhyi mengimamkan solat tersebut kira-kira jam 9.20 malam yang disertai lebih 200 jemaah. (Kiri)

Jenazah dibawa dengan van jenazah Masjid Kota Damansara yang bertolak jam 9.50 malam.

Bob Kuman disahkan meninggal dunia di rumahnya di Apartmen Salvia, Seksyen 11 Kota Damansara, jam 4.38 petang ini.

Menurut jirannya, Razali, buat masa ini (sehingga jam 6.00 petang) jenazah allahyarham masih berada di rumah dan belum diputuskan tempat untuk dikebumikan.

Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau memberitahu keluarga terdekat allahyarham akan membuat keputusan itu apabila tiba di rumah nanti.

Jenazah dibawa ke Masjid Kota Damansara pada jam 6.30 petang ini untuk dimandikan.

Sementara itu, waris terdekat Bob memberitahu jenazah akan disolatkan selepas Isyak dan kemudiannya akan dibawa untuk dikebumikan di kampung allahyarham di Rantau, Negeri Sembilan.

Pada 17 April lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan rombongan termasuk Nazir Masjid Kota Damansara menziarahi Bob selepas menyampaikan kuliah Maghrib di masjid berkenaan.

Litar lumba mini sepi

Posted: 03 May 2012 09:03 PM PDT


Litar lumba mini sepi
3 Mei 2012

SEREMBAN: Litar lumba mini di Kompleks Sukan Tan Sri Dato' Dr Mohd Said, Seremban 2, di sini, kini ibarat 'hidup segan mati tak mahu' berikutan tidak menerima kunjungan.

Kompleks yang dibuka sejak empat tahun lalu itu suram dan tidak terjaga, sekali gus berkemungkinan bakal menjadi projek gajah putih.

Walaupun dilengkapi litar dan tempat letak kenderaan yang luas, kompleks itu masih tidak mencapai maksud pembinaannya untuk menarik peminat kereta mini beraksi di litar terbabit.

Tinjauan Metroplus mendapati keadaan litar lumba mini itu seperti tidak terurus, manakala ranting serta daun kering bersepah selain pentas peserta kereta tidak diselenggara.

Pengawal keselamatan, Mohd Hatta Mohd Yusof, 26, berkata, kawasan itu sudah lama tidak dikunjungi orang awam selain tiada penyelenggaraan menyebabkan kawasan terbabit terbiar dan suram.

"Aktiviti kereta kawalan jauh mempunyai pengikut ramai terutama dari seluruh negara, sekali gus mewujudkan aktiviti sihat kepada golongan muda. Amat rugi jika litar mini ini sepi sedangkan boleh dijadikan sebagai satu produk pelancongan di Seremban.

"Saya difahamkan, pernah ada surat diusulkan kepada pihak berkaitan untuk membaik pulih kawasan itu, namun sehingga kini masih tiada tindakan diambil," katanya.

Bagi Mariam Satar, 31, pihak bertanggungjawab perlu mengadakan pelbagai aktiviti bagi menarik pengunjung datang ke situ berikutan boleh dijadikan hobi berfaedah buat remaja.
````````````````````````````````2```nj`=-=z`1          
"Kos pembinaan tinggi bagi membina kawasan itu tidak sepatutnya dibazirkan. Oleh itu, sebaiknya aktiviti sampingan bersesuaian dengan industri sukan kereta kawalan jauh diadakan bagi tujuan promosi.

"Selain itu, menaik taraf atau menyelenggara kawasan itu dengan membina lebih banyak kemudahan asas mungkin boleh menarik peminat kereta kawalan jauh dan mengadakan pertandingan seperti di awal pembukaan kompleks terbabit," katanya.

Pengunjung yang mahu dikenali sebagai Jackie, 36, berkata hanya empat atau lima peminat kereta kawalan jauh beraksi di litar itu pada hujung minggu, manakala hari selebihnya ia terbiar sepi.

"Mungkin ketiadaan papan tanda menyebabkan kawasan ini kurang mendapat perhatian. Selain itu, tidak ramai yang mengetahui litar ini wujud menyebabkan orang awam lebih gemar bermain di Taman Rekreasi, Seremban 2," katanya. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abd Samad Ibrahim ketika dihubungi berkata, tiada sebarang aduan diterima mengenai perkara berkenaan dan ia berada di bawah tanggungjawab Majlis Perbandaran Seremban (MPS).

"Pemantauan bagaimanapun akan dibuat dan jika perlu, saya akan berbincang dengan MPS untuk mempromosikan atau membaik pulih infrastruktur di kawasan terbabit kerana ia sebuah kawasan riadah yang bagus," katanya.

Tiada ulasan:

Nuffnang