Isnin, 14 Mei 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


PAS PERLU TANGANI SERANGAN PEMIKIRAN MODEN

Posted: 14 May 2012 04:40 AM PDT


TELUK INTAN, 13 Mei - Adalah menjadi tanggungjawab Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk menangani serta menghadapi serangan pemikiran (ghazwatul fikri) zaman moden yang kini semakin membarah di dalam masyarakat negara ini. Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Baling, YB Ustaz Taib Azamuddin ketika menyampaikan pengisian beliau di dalam program bulanan PAS Kawasan Teluk Intan iaitu Liqa Fikri. Majlis telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Inran, Kampung Padang Tembak dekat sini.

Menurut beliau, mahu tidak mahu PAS terpaksa bertembung dengan serangan pemikiran moden ini yang berbentuk fahaman-fahaman seperti sekular, liberalisme dan sebagainya. Tangggungjawab tersebut sudah pastilah dipikul oleh para ulama parti demi menyelamatkan akidah umat Islam.



Oleh sebab itu, tambah beliau, PAS perlu sentiasa membina ulama dan perlu berbalik kepada asas parti dengan berpegang kepada kepimpinan ulama yang telah menjadi dasar parti sejak sekian lama.

"Ini adalah kerana perjuangan PAS mestilah perjuangan berasaskan kepada ilmu Islam dan kepimpinan yang takut kepada Allah. Hanya kepimpinan ulama sahaja yang mampu memenuhi ciri-ciri tersebut demi kelangsungan parti di negara ini, " kata beliau.
Menikamati jamuan nasi selepas majlis tahlil dan munajat.

Ustaz Taib Azamuddin bersedia menyampaikan pengisian liqa.

Sebahagian hadirin yang datang.

Pada masa yang sama, demi merealisasikan konsep Islam adalah yang tertinggi maka pihak parti perlulah mempunyai 'blueprint' yang dapat diperbincangkan sesama rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat agar mereka tahu serta faham apa yang PAS akan buat bersama-sama dalam PR untuk memajukan negara.

Sebelum itu, satu majlis munajat serta tahlil perdana telah diadakan. Program anjuran bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk dan Lujnah Tarbiyah kawasan itu telah menarik ratusan ahli serta penyokong sama-sama hadir ke markaz.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang