Jumaat, 11 Mei 2012

Direct Free Kick

Direct Free Kick


Mangsa-mangsa Syabas di Pandan Utama : Syabas bermasalah dengan pemaju tetapi penduduk kena potong air. Anak-anak kecil ini terpaksa pikul tong air naik tangga.

Posted: 11 May 2012 03:51 AM PDT

Kenyataan Akhbar - SYABAS TIDAK SEPATUTNYA MEMPERALATKAN PENDUDUK UNTUK MENEKAN PEMAJU.

Posted: 11 May 2012 02:36 AM PDT

Syabas telah memotong bekalan air ke rumah-rumah kedai di Taman Pandan Utama 2 pada 8 Mei yang baru lalu.

Pemaju taman itu belum lagi membina tangki air utama untuk taman tersebut.

Sebagai jaminan pemaju akan membina tangki air itu, Syabas telah menetapkan pemaju perlu menyediakan Bank Guarantee bernilai RM1.7 juta.

Dengan itu, penduduk taman tersebut boleh mendapat bekalan air terus dari Syabas.

Pemaju pula perlu membina tangki air utama itu dalam masa 1 tahun.

Walau bagaimanapun pemaju telah gagal menyediakan Bank Guarantee itu dalam masa yang ditetapkan.

Maka Syabas telah memotong bekalan air ke taman itu.

Dalam hal ini, penduduk tidak bersalah. Menurut mereka, bil-bil air telah mereka bayar.

Syabas telah menghukum penduduk di atas kesalahan pemaju.

Syabas sepatutnya mengambil tindakan ke atas pemaju seperti mengheret mereka ke mahkamah

Bekalan air tidak perlu dipotong kerana penduduk tetap akan membayar air yang mereka gunakan.

Saya menggesa Syabas menyambung semula bekalan air dengan segera dan berhenti menyiksa orang tua, orang sakit dan kanak-kanak di taman itu.

Syabas tidak sepatutnya memperalatkan mereka untuk memberi tekanan ke atas pemaju.

Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor /
ADN Chempaka
11 Mei 2012.

Jemputan ke Sidang Akhbar YB Iskandar A. Samad

Posted: 10 May 2012 10:58 PM PDT

PEMOTONGAN BEKALAN AIR OLEH SYABAS DI TMN PANDAN UTAMA 2

YB Iskandar A. Samad akan mengadakan sidang akhbar seperti berikut,

Tarikh : 11 Mei 2012 (Jumaat)

Masa : 5.30 ptg

Tempat : Restoran D'Eja, Tmn Pandan Utama 2 (Belakang Surau Al Falah, Tmn Chempaka dekat Kg Pandan).

"Pihak media dijemput hadir"

Tiada ulasan:

Nuffnang