Khamis, 19 April 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


TARBIYAH, IMAN DAN AMAL MENGHADAPI PILIHAN RAYA - PESURUHJAYA PAS PERAK

Posted: 19 Apr 2012 07:44 AM PDT


TELUK INTAN, 19 April - Tarbiyah, iman dan amal antara perkara yang perlu diberi keutamaan ketika para petugas menjalankan gerak kerja pilihan raya. Itu adalah antara intipati ucapan yang disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Perak Ustaz Abu Bakar Hussin semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Teluk Intan Kali Ke-38. Mesyuarat telah diadakan di Dewan MPTI, Bandar Baru Teluk Intan.

Menurut Ustaz Abu Bakar, aspek tarbiyah amat penting dalam berhadapan dengan musuh pilihan raya kelak yang menuntut kepada ketahanan mental, iman dan amal. Di samping itu, beliau juga menyarankan kepada semua ahli agar beberapa perkara yang perlu diberi perhatian di dalam keghairahan melakukan gerak kerja pilihan raya. 



Selain tarbiyah, aspek kekeluargaan juga tidak boleh dipinggirkan sehingga melupakan tanggungjawab keluarga seperti anak-anak dan isteri.

"Jangan meminggirkan keluarga seperti isteri dan anak-anak di dalam program-program parti. Biarlah keluarga kita juga turut mendapat ruh jemaah itu. Selain itu, aspek pendidikan anak-anak juga perlu diberi perhatian," .
Sebahagian daripada perwakilan DHPP yang diketuai Sdr. Hacharan Singh.

Di samping itu, ahli-ahli PAS perlu terlibat di dalam aktiviti kemasyarakatan, pembinaan diri yang berintegriti, penampilan diri, sikap positif dan sebagainya kerana kesemuanya itu sentiasa diperhati dan dinilai oleh masyarakat.

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga meminta setiap jenter pilihan raya agar menumpukan perhatian kepada gerak kerja pilihan raya seperti persiapan logistik, dana, gerak saraf di samping sentiasa melihat kemampuan musuh agar sebagal gerak kerja tersebut mampu menggerunkan musuh.
Ustaz Abu Bakar menyampaikan sijil kepada wakil cawangan.


Selepas itu, Ustaz Abu Bakar telah menyampaikan anugerah kepada cawangan-cawangan yang berjaya iaitu Anugerah Pengurusan Kewangan Terbaik (Yuran Ahli) yang dimenangi oleh PAS Cawangan Kg. Padang Tembak. Anugerah Pengurusan Kewangan Terbaik (Infak Wajib) dimenangi oleh PAS Cawangan Rumah Awam manakala PAS Cawangan Desa Aman memperoleh Anugerah Unit Peti Undi (UPU) Terbaik bagi kategori Bilik Gerakan.
YDP kawasan menyampaikan ucapan.

Sebelum itu, di dalam ucapan aluan, Yang Di Pertua PAS Kawasan, Ustaz Ismail Che Nik telah menggariskan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh para perwakilan. Antaranya beliau meminta setiap cawangan memperkasakan program tarbiyah khususnya usrah kerana cawangan yang akan cemerlang apabila aktiviti usrah berjalan baik.

Beliau juga meminta para ahli cawangan tidak mengklasifikasikan pimpinan tertentu. Sepatutnya setiap ahli perlu ada sikap wala dan taat selagi pimpinan tidak terkeluar daripada landasan syariat.Beliau juga meminta setiap unit peti undi (UPU) digerakkan dengan lebih aktif lagi lagi serta memberi sokongan kepada calon parti yang bakal bertanding kelak.
Seorang perwakilan cawangan membentangkan usul.

Seorang perwakilan Dewan Muslimat mengambil bahagian perbahasan usul.

Timbalan Ketua DHPP kawasan, Sdr. Sarguna a/l Sengalarian mengambil bahagian dalam ucapan penangguhan.

Tiga usul telah diperbahaskan dan diterima oleh para perwakilan iaitu usul penyegeraan pembinaan sebuah Kompleks PAS Kawasan yang baru, usul pemilihan calon PR yang berintegriti dan amanah serta usul mewujudkan Unit Baitul Muslim peringkat PAS kawasan.
YB Anuar Sudin menyampaikan sumbangan kepada wakil cawangan.


Di dalam majlis tersebut juga, pihak ADUN Changkat Jong telah menyampaikan 30 hamper kepada sepuluh cawangan untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang