Isnin, 16 April 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


PRU KE-13 AKAN MENENTUKAN BN KEKAL ATAU TUMBANG - HUSAM MUSA

Posted: 16 Apr 2012 07:28 AM PDT


TELUK INTAN, 15 April - PRU kali ini bukan seperti PRU sebelum ini yang hanya untuk mengesahkan UMNO/BN berkuasa sepenggal demi sepenggal. Tetapi PRU13 akan menentukan sama ada UMNO/BN kekal atau tumbang kerana situasi di mana rakyat majoriti ingin segera menukar kerajaan yang ada iaitu UMNO/BN. Demikian ucapan yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, YB Datuk Paduka Husam Musa semasa menyampaikan ceramah beliau di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. padang Tembak dekat sini.

"Dulu rakyat tidak boleh dipersalahkan kerana segala penyelewengan dan kezaliman tidak terbongkar tidak seperti sekarang ini di mana rakyat mudah mengakses maklumat dengan pantas dengan mengetahui setiap kepincangan UMNO/BN melalui isu-isu besar," tambah Exco kerajaan Negeri Kelantan itu.

"Kalau dulu nilai ringgit negara adalah sama dengan nilai dollar Singapura. RM1 adalah sama dengan $1 Singapura. Kini, nilai dollar Singapura lebih stabil dan nilai RM telah jatuh. Ini sudah cukup sebagai penanda aras mudah negara kita tidak ditadbir sebaik negara-negara lain, " ujar beliau lagi.
Dari kanan : Ustaz Misbah, YB Anuar Sudin, YB Husam Musa dan Ustaz Ismail.


Beliau juga menyatakan bahawa isu PTPTN akan melahirkan masyarakat yang berhutang dan bangkrap. Sekarang sahaja terdapat 80 ribu rakyat yang menunggu masa untuk bangkrap akibat gagal membayar balik PTPTN dan 400 ribu lagi telah disenarai hitam di mana majoritinya orang Melayu. Jadi kalau begitu keadaannya, tidak ada sebab bagi rakyat negara ini untuk tidak menyokong Pakatan Rakyat yang akan menghapuskan PTPTN.
Datuk Paduka Husam melancarkan gimik BERSIH 3.0 sambil diperhatikan Ustaz Misbah.

Beliau juga menyeru rakyat hadir beramai-ramai ke BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 28 April nanti sebagai protes sistem pilihan raya negara ini telah dicemari dengan teruk sekali.




Sebelum itu, beliau telah melancarkan BERSIH3.0 peringkat negeri. Turut menyampaikan ceramah ialah Timbalan Pesuruhjaya Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki, Setiausaha BPPN Perak Dr. Muhaimin Sulam dan ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang