Khamis, 12 April 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


YB NIZAR LAWAT MANGSA BANJIR DI KUALA DIPANG

Posted: 12 Apr 2012 01:35 AM PDT


Mantan Menteri Besar, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin turut bersama-sama skuad Unit Amal menziarah mangsa-mangsa banjir di Kuala Dipang, Kampar.

Beliau yang juga YDP PAS Kampar berada di tempat kejadian sejak awal pagi dan ditemani isterinya Datin Fatimah.

Kira-kira 254 keluarga dari sekitar Kuala Dipang, dekat Kampar dipindahkan ke pusat pemindahan banjir apabila rumah mereka dinaiki sejak jam 5 pagi tadi.
Paras air naik sehingga ke paras bumbung dan disifatkan penduduk banjir terburuk sejak 30 tahun lalu.

Nizar santuni mangsa-mangsa banjir

Unit Amal bertungkus-lumus membantu
 
Mediaperak

KUALA DIPANG (KAMPAR) DILANDA BANJIR

Posted: 12 Apr 2012 01:33 AM PDT



Banjir kilat yang dipenuhi lumpur melanda kawasan Kuala Dipang hari ini. Sebanyak tujuh buah kampung yang diduduki oleh kira-kira 500 keluarga terlibat.
Banjir kali ini merupakan sesuatu yang luar biasa dan setakat ini masih belum ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan tentang punca-punca banjir. Menurut seorang penduduk, mereka percaya banjir ini ada kaitan dengan kejadian gempa bumi yang berlaku semalam yang menyebabkan empangan sungai pecah.
Diantara kampung-kampung yang terlibat ialah Kampung Baru Kuala Dipang, Kampung Kuala Dipang, Kampung Malaya, Kampung Pisang, Kampung Pasir, Kampung Batu 20 and Kampung Nyiory.
Sementara itu, seramai hampir 100 orang telah dipindahkan ke SMK kampar disebabkan dewan dikampung tersbut juga ditenggelami air.
Sumber berita: Media Perak

Tiada ulasan:

Nuffnang