Jumaat, 23 Mac 2012

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Geran Selangorku Lulus 20 Projek Pembangunan

Posted: 23 Mar 2012 02:09 AM PDT

SHAH ALAM 23 MAC : Jawatankuasa Pemandu Geran Selangorku meluluskan 20 projek pembangunan insfrastruktur serata Selangor dengan peruntukan lebih RM2 juta bagi fasa pertama.

Projek yang diluluskan ini antaranya bertujuan untuk menurap semula jalan dan membaiki jalan termasuk pemasangan lampu jalan dan pembinaan longkang di Seksyen 17 Shah Alam, Sekinchan, Meru, Ampang, Hulu Klang, dan Kuala Langat.

Menurut Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor, pemilihan kontraktor bagi menjalankan projek insfrastruktur oleh jawatankuasa berkenaan dibuat berdasarkan harga terendah dan menepati spesifikasi yang ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Jawatankuasa Pemandu Geran Selangorku menetapkan setiap projek insfrastruktur ini perlu disiapkan dalam tempoh antara dua hingga lima minggu.

Geran Selangorku memperuntukkan RM50 juta untuk projek insfrastruktur daripada jumlah keseluruhan peruntukan RM300 juta.


Sumber: Selangorku.com

Wan Azizah : 1Care Satu Lagi Agenda Retorik BN

Posted: 23 Mar 2012 02:00 AM PDT

PETALING JAYA 23 MAC : Tindakan Kementerian Kesihatan untuk mewujudkan sistem Kesihatan 1Care (1Care) merupakan satu lagi agenda rektorik politik sempit  kerajaan Umno-BN demi kelangsungan hayat politik mereka.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung janji Kementerian itu untuk melancarkan satu sesi penerangan seluruh negara bagi menjelaskan dan mendengar pandangan rakyat tentang 1Care.

"Kami mengambil maklum jawapan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa rancangan 1Care hanya akan siap dalam masa dua tahun.

"Sebagaimana disebutkan di dalam kenyataan kami sebelum ini, kami mempersoalkan jaminan Menteri Kesihatan sebagaimana rekodnya di dalam kontroversi Lynas,"jelas Azizah.

Azizah turut mempersoalkan tindakan Menteri Kesihatan tersebut yang dilihat sebagai amat mengejutkan selepas 1Care mendapat tentangan daripada rakyat.

"Seperti pengumuman BN yang lain contohnya SBPA, proses perundingan nampaknya dilakukan selepas mendapat kritikan rakyat.

"Kami juga menerima aduan-aduan daripada doktor-doktor yang terlibat di dalam perbincangan mengenai 1Care sebelum ini bahawa tiada proses rundingan dan dialog sebenar. Kerajaan nampaknya akan meneruskan 1Care,"katanya.

Mengulas lanjut perkara ini, Azizah berharap agar Menteri Kesihatan akan memberi respons terhadap cadangan Pakatan Rakyat sebelum ini bagi langkah-langkah segera bagi menambahbaik system kesihatan Negara.

Dalam kenyataan sebelum ini, Azizah mendedahkan perbelanjaan kesihatan kerajaan sebanyak 2.2 peratus daripada KDNK pada 2008 adalah lebih rendah daripada cadangan WHO sebanyak 5 hingga 6 peratus.

WHO juga menganggarkan bahawa 20 hingga 40 peratus perbelanjaan kesihatan kerajaan dibazirkan kerana ketidakcekapan termasuk rasuah.

"Justeru memperkenalkan 1Care tanpa mengatasi ketidakcekapan ini hanya akan membuka ruang untuk meningkatkan rasuah yang membebankan sistem kesihatan negara.

Aziziah menambah, amalan lazim kepimpinan kerajaan Umno-BN seperti penswastaan pelbagai sektor sistem kesihatan negara sepanjang dua dekad ini, bukanlah jawapan untuk meningkatkan kecekapan, sebaliknya hanya meningkatkan ketirisan.

Ini termasuklah penswastaan Stor Perubatan Kerajaan, Hospital-Hospital Universiti, Jabatan Kardiologi dan Perkhidmatan Sokongan Hospital yang telah membawa peningkatan kos yang tinggi tanpa meningkatkan kecekapan.


Sumber: Selangorku.com

PRESS RELEASE: Meeting on influencing judges - Najib may be in contempt of court

Posted: 22 Mar 2012 08:50 AM PDT

I refer to Felda Chairman Isa Samad's statement today that Felda will lodge a police report on its documents which were leaked to the opposition. On March 19 Keadilan Secretary-General Datuk Saifuddin Nasution had revealed minutes of a Felda meeting chaired by Prime Minister Najib Razak on June 27 2011 which suggested that the government was attempting to influence judges hearing Felda cases. The 'Najib minutes' revealed by Saifuddin Nasution are shocking, disturbing and unprecedented as it involves the Prime Minister personally. Until today Najib and the government have not responded to this serious allegation of interference with the judiciary which is backed up by documentary proof. In an obvious delaying tactic, Umno Information Chief Ahmad Maslan has said that he will only respond in Parliament on March 26. This is an urgent matter of grave public importance which involves the integrity and independence of the judiciary. What is the reason for delaying their response until 26th March 2012?

Further, the authorities are now threatening to lodge police reports against the person or persons who leaked the minutes. It has become standard practice for the government to go after the whistleblower instead of taking action on the wrongdoing which has been exposed. 

The contents of the 'Najib minutes' may amount to serious interference in the administration of justice and criminal contempt of court. The courts should immediately issue a notice to the Prime Minister ordering him to appear in court and explain why he should not be cited for contempt of court. The police and  MACC must also investigate whether there are elements of abuse of power. The silence and failure of the authorities to take any action on this matter will further erode public confidence in our institutions.

Issued by,
N SURENDRAN
VICE PRESIDENT
KEADILAN


22 MARCH 2012

MB: Air Bekas Lombong Yang Dirawat Selamat di Guna

Posted: 22 Mar 2012 04:05 AM PDT

SHAH ALAM 22 MAC : Kerajaan Negeri Selangor memberi jaminan bahawa sumber alternatif bekalan air daripada air lombong yang dirawat adalah selamat dan menepati piawaian air mentah oleh Kementerian kesihatan Malaysia.

Jaminan terhadap cadangan sumber air alternatif itu dinyatakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menjawab pertanyaan daripada ADUN Tanjung Sepat, Datuk Abdul Karim Mansor berhubung cadangan Kerajaan Negeri menjadikan air lombong sebagai sumber alternatif bagi mengatasi masalah kekurangan air.

Sebelum ini, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah mengadakan pensampelan kualiti air terhadap 30 buah kolam bekas lombong pada tahun 2005.

Hasil kajian itu, sekurang-kurangnya 17 buah lombong didapati sesuai dijadikan sumber air alternatif.

"Pada tahun 2011, pensampelan dilakukan sekali lagi terhadap kesemua lombong yang dikenalpasti bagi kajian kesesuaian sumber air lombong untuk tujuan semakan kualiti dan juga pewartaan.

"Daripada analisis kualiti air kolam bekas lombongh yang hanya perlu melalui proses rawatan secara konvensional yang mana hanya memerlukan pengedosan minima bagi tawas (alum) dan di klorin bagi pembasmian kuman,"jelas Abdul Khalid.

Khalid menambah, kos rawatan menerusi kaedah tersebut adalah jauh lebih murah berbanding kos rawatan air sungai kerana kadar kekeruhannya yang rendah dan stabil berbanding air sungai yang memerlukan banyak alum bagi proses penggumpulan mendakan.

Kerajaan negeri mengambil pendirian projek Langat 2 yang akan menelan belanja RM8.6 bilion sebagai terlalu mahal dan tidak perlu disegerakan kerana bekalan air di Selangor mencukupi sehingga 2019.

Sumber: Selangorku.com

Pakatan Rakyat Meminta Kerajaan Menyokong Resolusi Berkenaan Sri Lanka Di Majlis Hak Asasi, Bangsa-Bangsa Bersatu

Posted: 19 Mar 2012 07:00 AM PDT

Beberapa hari lagi, Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang kini sedang bermesyuarat di Geneva akan membincangkan resolusi berkaitan Sri Langka yang menimbulkan dan menyentuh isu-isu berikut:
  1. Menggesa kerajaan Sri Lanka melaksanakan semua syor-syor dalam laporan 2010 daripada  Lessons Learnt and Reconciliation Commission (LLRC) and pastikan tindakkan bebas dan adil dilaksanakan demi mencapai keadilan untuk semua warga Sri Lanka; dan
  2. Meminta kerajaan Sri Lanka membentang satu pelan tindakkan komprehensif yang memperincikan langkah-langkah yang telah dan akan dilakukan untuk melaksanakan laporan LLRC dan menangani kelanggaran undang-undang antarabangsa
  3. Menggesa Pejabat Pesuruhjaya Hak Asasi Bangsa-bangsa Bersatu member dan kerajaan Sri Lanka menerima semua   bantuan untuk melaksanakan langkah-langkah tersebut dan melaporkan balek pada persidangan ke 22.
Walaupun resolusi ini tidak sekuat dan lemah kalau disbanding dengan versi asalnya, Parti Keadilan Rakyat menggesa agar kerajaan menyokong resolusi di atas.

Pengabaian terhadap pencabulan hak asasi manusia, jenayah peperangan dan jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan pada peringkat terakhir peperangan 2009 adalah perkara yang tidak boleh diterima dan dibiarkan begitu sahaja dengan pelakunya mengambil manfaat daripada daripada budaya ketiadaan kebertanggungjawaban atau "culture of impunity" yang kian wujud.

Dokumentari 'The Killing Fields of Sri Lanka" yang telah disiarkan melalui Channel 4 pada 14 Jun 2011 di United Kingdom dan seterusnya menerima publisiti luas di dunia telah memberikan bukti-bukti visual yang mengejutkan yang menyokong hakikat jenayah perang dalam bentuk laporan-laporan saksi, bahagian filem amatur, gambar-gambar dan video-video telefon bimbit.

Panel Pakar-Pakar (POE) yang telah dilantik oleh Setiausaha Agong Pertubuhan Bangsa-Bnagsa Bersatu, Ban Ki Moon telah menyimpulkan di dalam laporannya pada 2010 bahawa terdapat bukti-bukti kukuh jenayah peperangan dan menggesa agar Kerajaan Sri Langka "menjalankan siasatan bebas segera terhadap perkara tersebut dan lain-lain pencabulan terhadap Undang-Undang Kemanusian dan Hak Asasi Manusia yang telah dilakukan oleh kedua-dua pihak yang terlibat dengan konflik bersenjata". Laporan tersebut juga menyarankan agar Setiausaha Agong "mewujudkan satu mekanisma antarabangsa yang bebas dengan segera".

Kelulusan resolusi yang dicadangkan oleh Majlis Hak Asasi PBB ini adalah penting bagi penyelesaian jangka panjang terhadap situasi yang berlaku di Sri Langka.

Kerajaan Malaysia telah bertindak secara tepat sewaktu menyokong tindakan terhadap pencabulan hak asasi manusia yang berlaku di Bosnia pada 1990-an dan mengkritik tindakan yang sama ketika dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin. Kami menyokong tindakan sedemikian. Walaubagaimanapun kerajaan haruslah bertindak secara konsisten terhadap isu pencabulan hak asasi manusia yang disifatkan sebagai yang terburuk berlaku di Sri Langka - hak asasi manusia bagi mangsa-mangsa yang terkesan samada mereka adalah Tamil, Singhala, Hindu, Kristian atau Muslim tidak boleh dikorbankan demi untuk menjaga kepentingan ekonomi pihak-pihak tertentu.

Malaysia tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab sebagai anggota Majlis Hak Asasi sebagaimana yang telah dilakukan ketika menyokong resolusi yang menyebelahi Kerajaan Sri Langka pada tahun 2009.

Kami menggesa Perdana Menteri supaya menasihatkan Menteri Luar dan wakil-wakil kami di Bangsa-bangsa Bersatu agar menyokong resolusi tersebut dan menyatakan pendirian umum kerajaan dalam hal ini dengan segera.


DATO' HAJI MUSTAFA ALI
Parti Islam SeMalaysia

YB DR TAN SENG GIAW
Parti Tindakan Demokratik

YB DATO' SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Parti Keadilan Rakyat


19 MAC 2012

Tiada ulasan:

Nuffnang