Jumaat, 23 Mac 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Deklarasi Khas 3 Pemimpin, Muafakat Pakatan Rakyat, Perlembagaan Dipertahankan

Posted: 23 Mar 2012 01:24 AM PDT

Keadilankini

SHAH ALAM, 23 Mac: Muafakat Pakatan Rakyat dipegang teguh melalui deklarasi khas yang ditandatangani oleh tiga pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit siang dan juga Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 September 2008 yang lalu.

Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali sewaktu membahas titafh diraja Dewan Negeri Selangor menekankan melalui deklarasi Pakatan Rakyat akan mempertahankan dasar-dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain.

Menurutnya lagi, kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda serta kedaulatan Raja-Raja Melayu, malah kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembangaan.

“Ada pihak yang cuba menyinggung kita dengan membuat dakyah bahawa apabila Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya, kita akan menukar pemerintahan Raja Berperlembagaan kepada sistem Republik.

“Ini adalah satu fitnah jahat yang bertentangan dengan akidah seorang Islam, sebaik sahaja berlaku tsunami politik pada tahun 2008, Pakatan Rakyat telah mengulangi ikrar melalui deklarasi khas yang ditandatangani oleh 3 pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat iaitu YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Lim Kit Siang dan YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang pada 8 September 2008 dan in merupakan ikrar muafakat Pakatan Rakyat,” jelas Azmin.

Tambahnya, pengurusan ekonomi negeri yang terus berkembang biarpun berhadapan dengan persekitaran luar yang mencabar membuktikan kemampuan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Kerajaan Negeri mengurus khazanah dan amanah dengan tanggungjawab walaupun ada tekanan ke atas kerajaan negeri termasuk tekanan politik daripada Kerajaan Pusat yang menyalahgunakan institusi Kerajaan bagi tujuan politik mereka untuk merampas Negeri Selangor.

“Alhamdulillah, rakyat mengecapi hasil negeri yang merupakan hak mereka dan bukan kurniaan daripada pemerintah. Fakta, angka dan statistik yang dikemukakan ini membuktikan Pakatan Rakyat berupaya untuk mentadbir negeri dan mengurus ekonomi dengan berkesan berteraskan prinsip kewangan yang berhemah, tatakelola yang baik dan prinsip value for money.

“Selain pengurusan ekonomi, tadbir urus yang berkesan juga penting bagi sesebuah kerajaan yang unggul. Bagi memastikan tadbir urus negeri berada pada tahap yang terbaik, pentadbiran kerajaan harus memiliki ciri-ciri menggalakkan penyertaan rakyat, keputusan yang berorientasikan konsensus, telus, responsif, berkesan dan cekap, saksama dan inklusif serta menurut kedaulatan undang-undang,” sambung Adun Bukit Antarabangasa itu lagi.

Walau bagaimanapun, menurut Azmin karenah birokrasi yang keterlaluan menjadikan sistem penyampaian Kerajaan tidak efisyen seterusnya membantutkan produktiviti negeri.

“Sebagai sebuah kerajaan reformasi, sistem penyampaian  perlu menjadi keutamaan demi perkhidmatan kepada rakyat. Teknologi tinggi serba canggih serta keterbukaan teknologi maklumat harus menjadi asas reformasi sistem pentadbiran. Pentadbiran yang menggunapakai teknologi dapat menjimatkan kos, masa dan mengurangkan karenah birokrasi yang membebankan rakyat,” tambahnya.

Ini bukan sahaja menjamin usaha tadbir urus yang baik tetapi juga merupakan suatu usaha untuk memastikan pengurusan dan sistem perkhidmatan pentadbiran efisyen dan lancar. Kerajaan Negeri Selangor percaya pengurusan yang cekap adalah pengurusan yang mengurangkan karenah birokrasi dan meringankan kos yang ditanggung oleh rakyat.

Adakah Sesi Penerangan 1Care Hanya Difikirkan Selepas Kritikan Rakyat?

Posted: 23 Mar 2012 12:37 AM PDT

Kami mengambil maklum jawapan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa rancangan system kesihatan 1Care hanya akan siap dalam masa dua tahun.

Beliau juga telah berjanji melancarkan satu sesi penerangan seluruh negara bagi menjelaskan dan mendengar pandangan rakyat tentang 1Care.

Sebagaimana disebutkan di dalam kenyataan kami sebelum ini, kami mempersoalkan jaminan Menteri Kesihatan sebagaimana rekodnya di dalam kontroversi Lynas.

Juga amat mengejutkan bahawa Menteri Kesihatan hanya bercakap tentang menjelaskan dan mendengar pandangan rakyat sekarang, selepas 1Care mendapat tentangan daripada rakyat. Seperti pengumuman BN yang lain contohnya SBPA, proses perundingan nampaknya dilakukan selepas mendapat kritikan rakyat.

Kami juga menerima aduan-aduan daripada doktor-doktor yang terlibat didalam perbincangan mengenai 1Care sebelum ini bahawa tiada proses rundingan dan dialog sebenar. Kerajaan nampaknya akan meneruskan 1Care.

Kami juga berharap Menteri Kesihatan akan member respons terhadap cadangan kami bagi langkah-langkah segera bagi menambahbaik system kesihatan Negara. Sebagaimana disebut di dalam kenyataan saya sebelum ini, perbelanjaan kesihatan kerajaan sebanyak 2.2 peratus daripada KDNK pada 2008 adalah lebih rendah daripada cadangan WHO sebanyak 5 hingga 6 peratus. WHO juga menganggarkan bahawa 20 hingga 40 peratus perbelanjaan kesihatan kerajaan dibazirkan kerana ketidakcekapan termasuk rasuah.

Justeru memperkenalkan 1Care tanpa mengatasi ketidakcekapan ini hanya akan membuka ruang untuk meningkatkan rasuah yang membebankan sistem kesihatan negara. Coraknya sama seperti penswastaan pelbagai sektor sistem kesihatan negara sepanjang dua dekad ini yang sepatutnya meningkatkan kecekapan tetapi sebaliknya hanya meningkatkan ketirisan.

Ini termasuklah penswastaan Stor Perubatan Kerajaan, Hospital-Hospital University, Jabatan Kardiologi dan Perkhidmatan Sokongan Hospital yang telah membawa peningkatan kos yang tinggi tanpa meningkatkan kecekapan.

DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT

—–


Is 1Care roadshow only an afterthought?

We note the answer from Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai that the blueprint for the controversial 1Care health system will only be done in two years.

The Minister has also promised to launch a road show to explain and engage the public regarding the 1Care health system.

As mentioned in our earlier statement, we question the commitment of the Minister's assurances with regards to his records vis-à-vis the Lynas controversy.

It is also surprising that the Minister is only talking about explaining and engaging with the public now, after 1Care has attracted a lot of opposition from the rakyat. Like other BN pronouncements such as the SBPA, it seems consultation is only an after-thought.

We have received complaints from doctors involved in previous consultations on 1Care that there was no true engagement and dialogue involved. The government is set to continue with 1Care.

We also hope the Minister will end his silence with regards to our suggestion for immediate measures to improve the country's healthcare system. As mentioned in my earlier statement, our government expenditure at 2.2 percent for health as a percentage to GDP in Malaysia in 2008 is still lower than the WHO recommendation of 5 to 6 percent. WHO has also estimated that 20 to 40 percent of government expenditure in health is wasted on inefficiencies including corruption.

Thus introducing 1Care without overcoming the existing inefficiencies will increase the opportunity for corruption which would be truly tragic for the country's health care system. This is similar to the privatisation of various sectors of the country's healthcare system over the past two decades which were supposed to increase efficiency yet only resulted in more leakages.

This includes the privatisation of the Government Medical Store,University Hospitals, the Cardiology Department of the Kuala Lumpur Hospital and the Hospital Support Services which has substantially increased healthcare costs in the country without improving efficiency.

DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PRESIDENT
PARTI KEADILAN RAKYAT

Rakaman Ceramah Khas Pendedahan, Lukut 22/03/2012

Posted: 22 Mar 2012 08:40 PM PDT


Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Pulau Pinang

Posted: 22 Mar 2012 07:11 PM PDT

24 Mac 2012 (Sabtu)

1)    11.30 pagi – Jamuan Bersama Rakyat

       Lokasi : Astaka Mayang Pasir, Batu Maung

2)    2.00  Ptg. – Pelancaran Jentera Pakatan Rakyat  Macang Bubuk

       Lokasi :  Padang  awam Alma Jaya

3)    5.00 ptg – Hi – Tea Bersama Media Baru Pulau Pinang

       Lokasi:  Dewan Tati, Telok Air Tawar

4)    7.15 mlm  – Solat dan Tazkirah Maghrib

       Lokasi:  Masjid Kg Permatang Binjau, Telok Air Tawar

5)    9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 1

       Lokasi : Komplek Sukan  Bertam, Kepala Batas

6)    9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 2

       Lokasi: Simpang 3, Sungai Aceh

7)    Penceramah:

i)                   YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii)                 YB Dato' Mansor Othman

iii)               YB Mujahid Yusof

iv)               YBhg Cik Gu Bad

v)                 Sdri Siti Aisyah Sheikh Ismail

Tiada ulasan:

Nuffnang