Jumaat, 16 Mac 2012

DUN BUKIT PAYONG

DUN BUKIT PAYONG


Anak-anak muda diseru hapus kemungkaran "Besar"

Posted: 15 Mar 2012 10:28 AM PDT

Petikan Buletin Online:

KUALA TERENGGANU – Tujuan PAS mengadakan konsert-konsert kesenian dan hiburan bukan untuk berhibur semata-mata, tetapi adalah untuk mengajak orang ramai mendengar segala kata-kata nasyid dan lagu yang disampaikan.


PAS dengan itu berharap, ia dapat membuka hati-hati manusia untuk memahami agama dan memahami perjungan Islam itu adalah sangat indah serta penyelesaian melalui Islam adalah yang terbaik.

Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, PAS tidak pernah mengharamkan muzik dan konsert, melainkan ia melanggar tuntutan dan syariat Allah.

"Semenjak PAS ditubuhkan sehingga hari ini, kerana (atas) dasar Islam kita (PAS) tidak pernah berkata bahawa muzik itu haram,

"konsert hiburan kita tidak pernah kata haram, melainkan apabila ia melanggar batas-batas agama Allah SWT,"tegasnya ketika menyampaikan tazkirah pada Konsert Gema Keinsafan, disini pada Selasa malam, 13 Mac.

Katanya, antaranya yang menjadikan muzik atau konsert itu haram menurut Islam apabila berlaku dengan muzik dan konsert itu, campur gaul yang bebas antara lelaki dan perempuan, terdedah dengan arak dan dadah, terdedah aurat yang akan melahirkan maksiat dan kejahatan.

Sehubungan itu, beliau berkata, masyarakat masakini seringkali menilai perkara 'haram' secara tidak tepat sehingga melupakan kemungkaran sebenar yang berlaku.

Menurutnya, kemungkaran yang lebih besar yang mesti dihancurkan adalah rasuah, pecah amanah, membolot harta rakyat, menghina Islam dan menghina RasuluLlah SAW.

Justeru itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangah Negeri (ADUN) Bukit Payung, menyeru anak-anak muda supaya menghancurkan kemungkaran 'besar' itu dan membuat perubahan dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang.

"berlaku pecah amanah (dan rasuah), membolot harta rakyat, mengambil (sebanyak) RM250 juta duit rakyat untuk kepentingan keluarga, menghina Islam dan hukum Allah,

"adalah kemungkaran yang mesti dihancurkan dan diubah oleh anak-anak muda,"jelasnya.

Konsert tersebut yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu membariskan artis-artis yang sudah cenderung melakukan kebaikan dan insaf serta kembali mahu menghayati cara hidup Islam menerusi seni dan budaya.

Mereka yang diundang adalah, Empy Spring, Ali dan Mael XPDC dan Mel yang menjadi menjadi vokalis utama kumpulan Wings.

Antara lagu-lagu yang dipersempahkan berjaya menarik minat hampir 1,000 anak-anak muda dan orang ramai menyaksikan konsert tersebut adalah, Hijau Bumi Tuhan oleh Mael XPDC dan Keampunan oleh Mel Wings

Ugut ayah dengan cota

Posted: 15 Mar 2012 10:26 AM PDT

KUALA TERENGGANU- Entah apa nak jadi, seorang anak sanggup mengamuk dan mengugut untuk membunuh ayahnya sendiri dalam satu kejadian pada 6 Mac lalu di Wakaf Dua, Bukit Payong, Marang.

Bagaimanapun, tindakannya itu akhirnya terbalas apabila didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini, semalam.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh, Mohd Shaheri Mamat, 27, yang bekerja sebagai mekanik itu bersama seorang lagi rakannya telah ke rumah ayahnya, Mamat Mohd Nor, 52, di Kampung Kubang Ikan, di sini pada 6 Mac lalu kira-kira jam 1.30 pagi.

Bagaimanapun, tertuduh yang dalam keadaan marah telah membuat bising di luar rumah ayahnya, sambil membawa cota.

Tertuduh kemudiannya menyuruh ayahnya keluar, namun dia enggan kerana takut diapa-apakan. Berang dengan sikap ayahnya itu, dia dan rakannya memukul pintu cermin rumah dengan cota dan mengugut ingin membunuh ayahnya.

Ayahnya kemudian memberanikan diri lalu mengambil parang dan bertindak mengejarnya.

Terkejut dengan reaksi ayahnya, kedua-dua lelaki tersebut melarikan diri.

Bagaimanapun, pihak polis berjaya menahannya pada 8 Mac lalu, kira-kira jam 1.10 pagi di sebuah bengkel di Wakaf Dua, Bukit Payong.

Dia dituduh di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh bagaimanapun mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya, di hadapan Majistret Noradila Ab Latif manakala pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi.

Majistret kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM2,000 dan penjara selama dua bulan jika gagal membayarnya.

Difahamkan, tertuduh membayar denda tersebut dengan bantuan rakannya.

Tiada ulasan:

Nuffnang