Ahad, 12 Februari 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Derita bekas peneroka Felda 19 Feb 2012 di Labu N9

Posted: 11 Feb 2012 10:05 PM PST


Bekas para peneroka Felda di LBJ, Labu, N.Sembilan dulu begitu gembira apabila mendapat pampasan, kini mereka derita. Jangan Pisang Berbuah Dua Kali, khususnya di N.Sembilan dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke dalam Bursa Saham Malaysia kelak.

Justeru itu , ikuti Ceramah Perdana yang akan diadakan di Labu , Negeri Sembilan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat akan nasib yang telah menimpa warga Felda di Labu dan yang akan menimpa warga Felda di seluruh negara serta lain-lain isu semasa.

CERAMAH PERDANA

Tarikh : 19 Feb 2012 , AHAD

Masa : 9 mlm

Tempat : Kg Tengah, Batu 8, Jalan Labu, Labu, N.Sembilan

Penceramah :

YB Tuan Guru Dato Seri Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS

YB Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR Pusat - Ahli Parlimen Ampang

YB Hj Taufek Abd Ghani, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

Dato Kamarul Baharin Abas, Ketua PKR N.Sembilan - Ahli Parlimen Telok Kemang

YB Loke Siew Fook, Pengerusi DAP N.Sembilan - Ahli Parlimen Rasah/ADUN Lobak

Dr Rosli Yaakop, Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

Ustak Khairul Anuar Mohd Wafa, Ketua Pemuda PAS N.Sembilan

Tn Hj Anuar Azahari, YDP PAS Kawasan Rasah

Peta ke tempat ceramah di http://pasns.blogspot.com/2012/02/derita-bekas-peneroka-felda-19-feb-2012.html

************

Bekas jutawan LBJ tak mampu bayar bil api, air

SEREMBAN 10 Feb 2012 : Tidak mampu membayar bil air dan elektrik yang mencecah lebih RM500 sebulan selain cukai tanah melebihi RM1,000 antara faktor segelintir penduduk Kampung Lyndon Ben Johnson (LBJ), Labu di sini, meninggalkan deretan banglo tiga tingkat di kampung itu yang kini menjadi kenangan kekayaan pernah dimiliki bekas peneroka terbabit.

Tinjauan mendapati hampir 10 rumah dibiarkan terbengkalai manakala 20 yang separuh siap terbiar dengan dengan semak samun.

Bekas Ketua Umno cawangan Labu Jaya, Norman Mohd Nor, 66, berkata, dia sedih melihat keadaan itu kerana 504 bekas peneroka kampung terbabit dikenalinya.

"Lebih menyedihkan, ada antara penduduk kini bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk menampung hidup dan ada yang bergelap dalam rumah mewah itu kerana tidak mampu membayar bil elektrik," katanya.

Menurut Norman, ketika mendapat 'durian runtuh' pada 1997, penduduk Kampung LBJ bagaikan menerima limpahan emas berikutan pembinaan Litar F1 Sepang terletak hanya lima kilometer dari situ dan pusat pentadbiran negara, Putrajaya kira-kira 32 kilometer menyebabkan tanah peneroka menjadi rebutan.

Katanya, faktor lokasi menyebabkan kawasan itu amat berdaya maju untuk projek komersial seperti industri atau perumahan.

"Kami menjual tanah tetapi akhirnya ada yang menjadi 'jutawan fakir' dalam masa beberapa tahun" katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BekasjutawanLBJtakmampubayarbilapi_air/Article/index_html

Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Dr Rosli Yaakob mengingatkan agar pihak peneroka Felda tidak ghairah apabila diumumkan agensi itu akan disenarai di bursa saham sebaliknya mengambil iktibar nasib peneroka-peneroka di Felda Sendayan dan Felda Labu di Negeri Sembilan setelah terlepas ke pihak lain.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan itu, sebaliknya mengingatkan bahawa tanah merupakan sumber ekonomi mereka dan tidak sepatutnya dibiarkan memasuki perniagaan berisiko yang mungkin boleh terlepas kepada orang luar.

"Lihat apa jadi dengan peneroka-peneroka Felda Labu dan Sendayan yang pada satu ketika begitu ghairah untuk menjadi jutawan lalu tanah mereka dijual, bagaimana dengan nasib mereka?

"Ada yang menjadi kuli, ada yang terpaksa jadi pemandu teksi dan sebagainya jadi biarlah pelihara tanah Felda yang selama ini menjadi tempat orang-orang melayu bergantung hidup jadi apa perlunya dicagarkan untuk bermain saham.

"Tak wajar tanah Felda menjadi pertaruhan kerana tanah adalah sumber ekonomi kalau tergadai kepada kapitalis pemain saham yang rakus, yang biasanya menguasai sehingga 30%. Berapa banyak tanah-tanah yang telah tergadai sebab sesiapa saja boleh beli, " jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berceramah pada program pelancaran 'Gerakan Selamatkan Felda' peringkat kebangsaan di perkarangan Masjid Lama Bandar Jengka, malam tadi.

Kira-kira 6,000 hadir mendengar program yang diadakan bagi memberi penerangan dan risiko kepada warga Felda mengenai penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke dalam Bursa Saham Malaysia sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentang Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu.

Dr Rosli berkata, jangan ingat semua projek kerajaan boleh berjaya walaupun diberi jaminan. Tambahnya ini terbukti dengan projek lembu NFC yang sedang hangat dibicarakan sekarang, yang konon pada mulanya mahu jadikan Gemas sebagai 'beef valley' atau lembah lembu.

"Di Negeri Sembilan saja berapa banyak projek kerajaan yang gagal antaranya projek tebu di Ayer Hitam, gagal. Pada Masa (Tan Sri) Isa Samad juga ada projek yang gagal iaitu

ladang babi terbesar di Bukit Pelandok, Negeri Sembilan tetapi gagal membawa keuntungan bahkan hanya meninggalkan penyakit Japanese Encephalitis (JE) sahaja," katanya.

Justeru Dr Rosli mahu semua warga Felda bersatu dengan apa cara sekalipun menghalang Felda daripada disenaraikan di bursa saham walaupun dijanjikan dengan durian runtuh.

Beliau khuatir, apa yang sedang diusahakan pihak tertentu pada masa ini hanyalah sebagai jalan untuk mengalirkan wang ke dalam poket kroni mereka sahaja.

Sementara itu Razman Zakaria yang berceramah sebelum itu, memberitahu perniagaan di bursa saham mempunyai risiko yang tinggi sehingga boleh menyebabkan tergadai.

"Jangan pelik jika mula-mula penyenaraian harga begitu tinggi tetapi akhirnya Felda bukan lagi menjadi milik rakyat tempatan kerana semua ini dengan ketiadaan pengetahuan dalam permainan saham, harga boleh dipermain sebagai mana berlaku ketika kegawatan ekonomi 1998.

"Saya bagi contoh ada saham sebuah syarikat iaitu Hwa Tai dulu di bursa saham pernah mencecah sehingga RM80 seunit tapi sekarang tak sampai RM2. Jadi itulah realiti permainan saham," katanya.

Razman yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak berkata, tugas Felda sepatutnya menjana keseluruhan hasil nilai komoditi daripada 2 juta ekar tanah dan wang itulah sepatutnya menjadi "durian runtuh" untuk peneroka, bukannya dengan bermain saham.

"Tapi RM6 bilion wang tunai yang pernah dimiliki Felda dulu mana pergi?" soalnya.

Beliau menarik perhatian, kalau kerajaan berniaga yang terjadi ialah luputnya aset awam Bank Bumiputera dan MISC Perkapalan.

"Sebab itu, pada saya kalau Felda tidak dipertahankan daripada penyenaraian, boleh tergadai. Akhirnya jadilah seperti dalam filem Ali Baba Bujang lapok. Ibrahim Pendek lempar dadu sambil berkata mari kita tengok siapa yang kena...

"Akhirnya orang akan kata, lagi-lagi peneroka yang kena..." sambil disambut gelak ketawa.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6970-orang-akan-kata-lagi-lagi-peneroka-yang-kena

Tiada ulasan:

Nuffnang