Ahad, 12 Februari 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


CERAMAH BOB LOKMAN DAN CHEGU BARD DI TELUK INTAN

Posted: 12 Feb 2012 06:47 AM PST


TELUK INTAN, 11 Februari - Gandingan penceramah hebat iaitu Sdr. Bob Lokman dan Chegu Bard telah menarik orang ramai datang ke Markaz PAS Kawasan Teluk di Kg. Padang Tembak dekat sini. Turut menyampaikan ceramah ialah ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar bin Sudin serta Ketua Dewan Pemuda PAS Teluk Intan, Ustaz Abdul Fatah bin Awang.
Ceramah menarik daripada Bob Lokman.

YB Anuar turut menyampaikan ceramah.

Ustaz Abdul Fatah menyampaikan ceramah mewakili Pemuda Perak.

Begitu banyak maklumat yang telah disampaikan oleh para penceramah pada malam tersebut. Apa yang menarik ialah ceramah oleh Sdr. Badrul Hisham Shahrin@Chegu Bard, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Beliau banyak mengupas dari sudut sejarah yang mengaitkan gerakan salib dan Yahudi dengan perjuangan UMNO. Beliau juga banyak mendedahkan bagaimana hubungan yang cukup intim antara Malaysia dengan negara Israel seperti bekalan minyak sawit ke negara haram tersebut.


Ikan keli dan ayam panggang dari Pemuda PAS Teluk Intan.

Pada malam tersebut, para hadirin turut dijamukan barbeku ikan keli dan ayam bakar yang ditaja oleh Dewan Pemuda PAS Teluk Intan.

Sebelum itu, Bob Lokman telah melawat kawasan Gerbang Malam Teluk Intan dan menyampaikan tazkirah kepada para pengunjung.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang