Khamis, 2 Februari 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


MAJLIS MINUM PETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG DI KG. SUNGAI KERAWAI

Posted: 02 Feb 2012 06:54 AM PST


TELUK INTAN, 2 Februari - Unit Peti Undi (UPU) Sg. Kerawai telah berjaya mengadakan majlis Minum Petang Bersama ADUN Changkat Jong. Majlis telah diadakan di Bilik Gerakan UPU Sg. Kerawai. Ia merupakan kerjasama dua buah cawangan PAS di bawah UPU yang sama iaitu PAS Cawangan Kg. Sungai Kerawai dan PAS Cawangan Taman Melor.

Menurut Ketua UPU Sg. Kerawai, Tn. Hj. Jumali Sadeli, kehadiran orang ramai telah menepati sasaran penganjur di mana majlis tersebut telah menarik penduduk di sekitar kampung tersebut dalam kalangan kaum lelaki dan wanita untuk hadir.
YB Anuar menyampaikan mesej dakwah dan politik.
Isteri YB. , Hjh. Faridah bersama muslimat.
Para hadirin memberi perhatian terhadap ucapan YB.

Majlis bermula seusai YB Hj. Anuar Sudin serta isteri Pn. Hjh. Faridah solat fardhu Asar di Masjid Sg. Kerawai. YB Anuar telah diberi peluang menyampaikan ucapan kepada para hadirin. Antara inti ucapan beliau ialah betapa pentingnya umat Islam mendalami ilmu agama serta ilmu duniawi demi memandu mereka ke jalan yang betul.

Menurut ADUN Changkat Jong itu lagi, dengan tanpa mengambil kira fahaman politik, rakyat negara ini sepatutnya menyedari bahawa segala kezaliman dan ketidakadilan oleh BN pada masa kini tidak boleh dibiarkan lagi. Ini adalah kerana, apabila berlakunya kezaliman dan ketidakadilan ia akan menimpa ke atas semua rakyat tanpa mengira fahaman politik, kaum dan agama.
YB Anuar sedang menjawab soalan di dalam sesi dialog bersama penduduk kampung.

Seorang penduduk mengemukakan pertanyaan kepada YB Anuar.

"Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab setiap warga negara ini melakukan perubahan di dalam PRU13 akan datang demi mengelakkan berlakunya kezaliman, ketidakadilan dan penyelewengan berterusan oleh kerajaan BN," tegas beliau. Di dalam majlis tersebut, YB Anuar sempat menjawab beberapa soalan di dalam sesi dialog yang dijalankan.
Menikmati minum petang.

Dua orang penduduk sedang menikmati hidangan istimewa.

Kehadiran kaum muslimat begitu menggalakkan.

Kemudian, orang ramai berpeluang menikmati juadah petang yang istimewa bersama wakil rakyat mereka. Selepas itu, YB Anuar dan isteri telah dibawa menziarahi rumah sepasang warga emas di kampung tersebut, Hj. Mokhtar bin Hj. Abdul Jalil yang berusia 94 tahun dan isterinya Hjh. Sribanun bt. Sis, 84.
YB Anuar menyantuni seorang warga emas, Hj. Mokhtar, 94.

Hjh. Faridah beramah mesra dengan seorang warga emas muslimat.

Suasana penuh dengan kemesraan di antara YB dan rakyat.

Hj. Mokhtar, yang merupakan seorang penduduk tertua di kampung itu masih baik daya penglihatan walaupun menghadapi masalah pendengaran. Kesihatan tubuh badannya yang baik mengkagumkan ADUN Changkat Jong. Pasangan warga emas tersebut begitu berbesar hati menerima kunjungan wakil rakyat bagi kawasan Changkat Jong.

intanhijau.blogspot.com

(video klip) PAS PILIHANKU...

Posted: 02 Feb 2012 05:36 AM PST

Tiada ulasan:

Nuffnang