Jumaat, 20 Januari 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


ZIARAH JUMAAT ADUN CHANGKAT JONG DI SG. KERAWAI

Posted: 20 Jan 2012 07:38 AM PST


TELUK INTAN, 20 Januari - Pada minggu ini, ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah melakukan ziarah Jumaat di Kg. Sungai Kerawai. Turut serta ialah pembantu khas beliau Hj. Mohammad Akram Ayub dan Timbalan YDP PAS Teluk Intan Sdr. Rahmat Maliki. Ia bermula dengan solat Jumaat di Masjid Kg. Sungai Kerawai. Kehadiran YB Anuar telah disambut mesra oleh para jemaah masjid dan tuan imam.
YB Anuar dan Hj. Akram beramah mesra dengan Ketua Kampung Sg. Kerawai.


Usai solat Jumaat, beliau telah dibawa oleh Ketua Cawangan PAS Sg. Kerawai, Hj. Jumali Sadeli bertemu penduduk di Kg. Selat Manggis. Pertemuan tersebut adalah berbentuk santai di mana ADUN Changkat Jong itu berbual-bual mesra dengan penduduk kampung di halaman rumah sambil menyampaikan penerangan tentang Islam dam perjuangannya. YB Anuar juga mendengar masalah penduduk di situ.
YB Anuar berbual santai dengan penduduk kampung.

Penduduk kampung mendengar penerangan dari Hj. Akram.

Penduduk kampung mula memenuhi halaman rumah.

Menurut Hj. Jumali, kampung tersebut mempunyai 16 buah rumah dan kebanyakan penduduknya bekerja sendiri seperti menangkap ikan, berkebun sawit dan lain-lain lagi.

Suasana yang tidak formal tetapi mesra itu berjalan selama lebih sejam dan diakhiri dengan YB Anuar menyampaikan agihan duit zakat kepada para penduduk.


YB Anuar menyampaikan sumbangan kepada seorang penduduk kampung.

Bergambar bersama sebahagian penduduk kampung.

Kemudian, YB Anuar telah dibawa menziarahi seorang penduduk kampung di Sg. Kerawai yang baru terkena angin ahmar. Sambil bertanya khabar, wakil rakyat itu turut menyampaikan sumbangan sebagai tanda simpati.


intanhijau.blogspot.com

UJIAN ADALAH UNTUK MENGUJI IMAN DAN TAPISAN DALAM JEMAAH

Posted: 20 Jan 2012 04:40 AM PST


TELUK INTAN, 18 Januari - Ujian dari Allah SWT dalam perjuangan adalah untuk menguji keimanan dan mengukuhkan perjuangan seorang anggota jemaah atau parti. Demikian dinyatakan oleh  Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Ustaz Sallehen Muhyi di dalam majlis Liqa Fikri PAS Kawasan Teluk Intan baru-baru ini. Program bulanan tersebut telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini.
"Cairkan keegoan anda apabila dalam jemaah," seru Ustaz Sallehen.

Antara ahli dan penyokong yang hadir.

Menurut Ustaz Sallehen lagi, ujian juga bertindak sebagai mekanisme penapis dalam jemaah atau parti. Dengan adanya ujian dalam perjuangan, sesebuah parti itu akan mengalami mengalami proses penapisan ahli yang akan menyelamatkan parti dari unsur-unsur yang tidak sihat. Beliau telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk " Peranan Tarbiyyah Kepada Petugas-petugas Pilihanraya".

Menurut beliau lagi, seseorang yang telah mengintima'kan diri ke dalam jemaah perlu mencairkan keegoannya demi kesatuan dalam jemaah. Mungkin ahli mempunyai pendapat tersendiri namun apabila berada di dalam jemaah dan telah diputuskan di dalam mesyuwarah maka pendapatnya yang berbeza itu akan terhenti dengan memberikan sepenuhnya wala dan thiqah kepada pimpinan dan jemaah.
Ustaz Sallehen bersalaman dengan ahli yang hadir seusai program.

Kehadiran Ustaz Sallehen Muhyi sebagai naqib jemputan telah menarik kehadiran begitu ramai pimpinan dan ahli ke program liqa kali ini. Turut hadir ialah Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan Ustaz Ismail Che Nik. ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin serta pimpinan kawasan dan cawangan di seluruh Teluk Intan.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang