Khamis, 12 Januari 2012

Direct Free Kick

Direct Free Kick


YB Iskandar berjaya dapatkan pampasan RM29,349 untuk mangsa banjir Pangsapuri Inai, Pandan Indah.

Posted: 11 Jan 2012 04:54 PM PST

Pejabat Ahli Dewan Negeri Chempaka, YB Iskandar A. Samad telah berjaya mendapatkan pampasan bagi mangsa-mangsa banjir di Pangsapuri Inai, Pandan Indah dari kontraktor kerja-kerja menaiktaraf Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Kontraktor tersebut, Panji Bersatu Sdn. Bhd., telah bersetuju membayar sejumlah RM29,349 kepada 22 orang penduduk yang mengalami kerugian akibat banjir yang berlaku tahun lepas.

Banjir itu telah dikenalpasti berlaku akibat kerja-kerja menaiktaraf itu.

YB Iskandar telah menyampaikan cek-cek pampasan itu dalam satu majlis ringkas pada 7 Januari lepas.

Beliau telah mengalu-alukan pihak kontraktor yang telah bersetuju membayar pampasan tersebut.

YB Iskandar juga telah mengucapkan terima kasih kepada Perbadanan Pengurusan dan Persatuan Penduduk yang telah membantu menyiapkan tuntutan penduduk.

Turut hadir pada majlis hari itu adalah Ahli-Ahli Majlis MPAJ, Cik Lee Shok Jing, Haji Meor Rithuan Mohd. Said dan Abdul Jalil Haji Hasan. Pegawai Khas YB Iskandar, Rodzi Man telah juga hadir.

Tiada ulasan:

Nuffnang