Khamis, 12 Januari 2012

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Complaints for DBKL by Yaacob

Posted: 12 Jan 2012 01:45 AM PST

Norziela Mahmud

Terima kasih atas aduan dan maklumat Sdri.

Untuk maklumat Sdri kawasan perumahan Flat Taman Desa Cheras bukan terletak di dalam Parlimen Wangsa Maju jadinya agak sukar untuk pihak kami membantu.

Walaubagaimana pun atas aduan Sdri pihak kami akan cuba membantu setakat yang mampu.

Pihak kami telah menulis surat rasmi kepada pihak DBKL kawasan Cheras dan melapurkan berkenaan aduan Sdri. Pihak kami berharap tindakan segera akan diambil terutamanya mengenai jalan rosak dan berlubang serta kawasan permainan berkenaan.

Kami akan memaklumkan kepada Sdri dan penduduk-penduduk sekiranya menerima jawapan daripada pihak DBKL. Untuk maklumat lanjut Sdri boleh menghubungi saya di no 012 2186929.

Terima kasih.

Yaacob Abd Hamid
Pembantu kepada
YB Wee Choo Keong

Comment on Complaints for DBKL by Yaacob

Posted: 12 Jan 2012 01:18 AM PST

AZIZ BIN BUYONG

Terima kasih atas aduan dan maklumat Sdr.

Merujuk kepada aduan Sdr, pihak kami telah menghubungi DBKL Wangsa Maju bagi melapurkan aduan Sdr dan dimaklumkan aduan Sdr sedang diambil tindakan oleh pihak DBKL.

Pihak kami juga telah menulis surat rasmi kepada DBKL supaya tindakan segera boleh diambil.

Sdr boleh menghubungi saya di no 0122186929 untuk maklumat lanjut.

Yaacon bin Hamid
Pembantu Khas YB Wee

Tiada ulasan:

Nuffnang