Khamis, 22 Disember 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


PAS PANGGIL DR. HASAN ALI, USTAZ NASHA & SAARI SUNGIP BERI PENJELASAN

Posted: 21 Dec 2011 07:29 PM PST


PAS akan memanggil Datuk Dr Hasan Ali, Nasharuddin Mat Isa dan Saari Sungip bagi mendapat penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit mutakhir ini, kata ketua peneranganya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Penjelasan ini mesti dilakukan, supaya parti tidak lagi perlu membazir masa melayan pertikaian yang timbul akibat kecil hati terhadap sesuatu kesilapan yang kecil, ego berlebihan dan keengganan sesetengah pihak menerima keputusan parti dan jamaah," katanya.

Melihat situasi pilihan raya umum yang semakin hampir, katanya, PAS ingin menegaskan parti tidak akan bertolak ansur dalam sebarang sabotaj sama ada dari dalam mahupun luar yang mengganggu persiapan akhir parti.

"Semua ahli mesti memainkan peranan sebagai 'team player' untuk memastikan jamaah bergerak dalam keadaan baik dan harmoni," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, seluruh tumpuan kerja mesti difokus kepada persiapan akhir ini daripada melayan karenah segelintir pemimpin yang ada berbeza pandangan terhadap dasar parti yang dijamin arahnya oleh Majlis Syura.

"PAS ialah sebuah parti dan jamaah yang berdemokrasi, segala keputusan bukanlah keputusan individu tapi keputusan jamaah.

"Apabila keputusan telah dibuat, dan Majlis Syura telah mengesahkan bahawa keputusan tersebut selari dengan dasar Islam, setiap ahli PAS perlu bergerak pada arah yang sama untuk membawa parti mencapai matlamat yang disasarkan dan memenangkan Islam," tegasnya.

"Kepada ahli-ahli PAS, ingatlah 'apa yang ada ialah hari ini, yang lepas tidak akan datang kembali, yang depan tidak menentu lagi'.

"Oleh itu, pendamkan dendam, buangkan kekecilan hati, ketepikan kepentingan individu dan kembalikan fokus dan bergerak ke depan untuk memenangkan parti," tegasnya.(harakahdaily)

Tiada ulasan:

Nuffnang