Sabtu, 5 November 2011

DUN PENGKALAN KUNDOR

DUN PENGKALAN KUNDOR


172 mangsa ribut terima bantuan segera

Posted: 04 Nov 2011 07:49 AM PDT


Kuala Kedah - Susulan musibah ribut yang melanda beberapa kawasan di kuala kedah petang semalam. Bantuan segera dari Kerajaan Negeri terus disalur kepada 172 keluarga mangsa ribut dari beberapa kawasan terlibat.

 Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak hadir ke kawasan bagi meninjau keadaan mangsa  disamping menyampaikan bantuan kecemasan kepada mangsa.

Katanya, Kerajaan bersiap sedia bagi menghadapi  musibah banjir namun bencana alam tidak dapat diduga. Oleh itu kita masih bersyukur  musibah yang menimpa masih lagi dapat kita hadapi.

Kawasan yang tersenarai antaranya  Kg. Selarong Batak, Kg. Sematang Air Masin,Kg. Hutan Putus dan Taman Bersatu antara kawasan terjejas teruk . Dianggarkan 172 buah rumah mengalami kerosakan termasuk sebuah sekolah.

Majlis penyampaian bantuan segera telah disempurnakan di Dewan Sekolah Taman Bersatu oleh MB Kedah dengan kehadiran MP Kuala Kedah ,Exco serta Wakil Rakyat kawasan.

Jentera PAS Unit Amal dan MKK kawasan  turut dikerah bagi membantu mangsa ribut .

 Bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyusul selepas bancian kerosakan dibuat dengan kadar segera.












Tiada ulasan:

Nuffnang