Selasa, 11 Oktober 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


(video) ZIARAH ADUN CHANGKAT JONG KE KG. BAHAGIA

Posted: 11 Oct 2011 08:52 AM PDT

ADUN CHANGKAT JONG SAMPAI SUMBANGAN DI KG. BAHAGIA

Posted: 11 Oct 2011 07:02 AM PDT


TELUK INTAN, 11 Oktober - PAS Cawangan Kg. Bahagia melalui Lujnah Ekonomi telah melakukan usaha prihatin rakyat dengan menyediakan sumbangan kepada golongan yang kurang mampu di kampung tersebut. Ini bersesuaian dengan gagasan Negara Berkebajikan yang menjadi tema setiap gerak kerja PAS kali ini.

Menurut ketua lujnahnya, Sdr. Abdul Latif Abdullah, seramai lima orang yang terdiri daripada warga emas, uzur, ibu tunggal dan miskin di cawangan tersebut telah menerima sumbangan dalam bentuk hamper barangan keperluan harian. Sumbangan disampaikan sendiri oleh ADUN Kawasan Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar bin Sudin.
Meninjau rumah rakyat di tepi sungai untuk menyampaikan sumbangan.

YB Anuar membonceng motosikal untuk memudahkan pergerakan sambil bertemu rakyat di Pasar Selasa.

YB Anuar Sudin bersama rombongan telah datang sendiri ke rumah untuk menyampaikan sumbangan. Rombongan adalah terdiri daripada ahli jawatankuasa Lujnah Ekonomi serta muslimat cawangan. Turut hadir ialah Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan dan isteri ADUN Changkat Jong, Pn. Hajjah Faridah Rajiah yang juga merupakan Timbalan Ketua Dewan Muslimat Kawasan Teluk Intan.

Semoga dengan sedikit sumbangan yang disampaikan akan memberikan manfaat besar kepada mereka yang amat memerlukan terutama dalam situasi kehidupan yang semakin mencabar ini.
Pn. Hjh. Faridah melawat seorang anak yang terlantar sakit saraf selama 9 tahun di Lorong Tawakal.

Sampaikan sumbangan kepada seorang anak kematian bapa di Lorong Aman.

Pn. Hjh. Faridah dan muslimat cawangan beramah mesra dengan seorang ibu tunggal (kiri berbaju merah)

Meninjau kediaman orang kampung.

Bertemu warga emas di Lorong Tawakal.

Bertemua seorang warga emas di Lorong Mohd. Ali.

intanhijau.blogspot.com

TAK PERLU NAIK ELAUN, BERI MP DANA TAK KIRA PARTI...!

Posted: 11 Oct 2011 12:28 AM PDT


KUALA LUMPUR, 11 Okt — Kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) perlu memastikan kesemua ahli Parlimen tidak kira parti menerima peruntukan bagi kawasan masing-masing dengan adil, bukannya menaikkan elaun wakil rakyat sebagaimana diumumkan Datuk Seri Najib Razak, kata Ketua Penerangan PAS.

"Apa yang perlu difokuskan sekarang bukannya menaikkan elaun ahli-ahli Parlimen, tetapi cara untuk menyalurkan semua peruntukan ahli-ahli Parlimen kepada rakyat tanpa mengira parti politik yang mereka wakili secara adil," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru tambah beliau, "ini adalah lebih adil dan saksama dan berkesan kepada semua rakyat."
Tuan Ibrahim menamb
ah, sekiranya benar kerajaan BN ingin dilihat rakyat sebagai menjalankan negara kebajikan, maka peruntukan mesti diberi secara adil kepada semua kawasan kerana setiap wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat dalam sistem yang telah diiktiraf oleh kerajaan.

"Bila mana selama ini, peruntukan hanya diberi kepada (Yang Berhormat) YB daripada parti pemerintah sahaja (sama ada di negeri BN atau PR yang menguasainya), maka ketidakadilan ini akan berterusan.

"Diharap dua-dua pembahagi politik boleh bertindak adil dari segi memberikan peruntukan kerana yang akhir menanggung bala ialah rakyat bawahan yang memerlukan peruntukan ini untuk memudahkan urusan kehidupan mereka," katanya lagi.(malaysianinsider)

Tiada ulasan:

Nuffnang