Selasa, 11 Oktober 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Malaysia Upah Perunding Sokong Israel, Hina Nabi Muhammad

Posted: 11 Oct 2011 12:10 AM PDT

Keadilan Daily

Kerajaan Malaysia mengupah perunding asing, FBC media yang terlibat dalam kempen menyokong serangan tentera Israel terhadap konvoi misi bantuan Mavi Marmara ke Gaza Mei lalu, kata Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution.

Menurut Saifuddin, FBC yang menerima bayaran daripada kerajaan Malaysia sebanyak 19.6 juta Euro, memuji tindakan Israel menghentikan misi bantuan kemanusian kapal Mavi Marmara ke Gaza, yang menyaksikan beberapa orang terkorban.

"Peranan FBC Media untuk mengukuhkan imej Malaysia sebagai negara Islam yang berjaya, terang-terang bercanggah. Dia dapat duit kita, dia puji Israel. Kalau baca kempen online mereka, Nabi Muhammad diserang dengan begitu hina dan jijik sekali,"

"Kerajaan mesti menjelaskan kedudukan perkara ini," kata Saifuddin Nasution dalam perbahasannya di Dewan Rakyat semalam.

Pada 31 Mei lalu, komando Israel menyerang kapal bantuan Mavi Marmara menyaksikan lebih 10 aktivis terbunuh, manakala 12 sukarelawan Malaysia yang berada di atas kapal itu ditahan.

Menurut Saifuddin, tindakan itu disokong FBC Media, sebuah firma penerbitan TV dan komunikasi strategik Britain yang dilantik kerajaan Malaysia dan kerajaan Sarawak.

FBC Media menerbitkan program TV berkaitan Malaysia yang kemudian ditayangkan syarikat penyiaran antarabangsa seperti CNBC, CNN dan BBC.

Kerajaan Persekutuan pula membayar RM57.68 juta kepada FBC Media antara tahun 2008 dan 2009, manakala kerajaan Sarawak membelanjakan RM15 juta setahun untuk tujuan itu.

Saifuddin menambah, kontrak FBC media yang bermula pada 2007 dan berakhir pada 2010 itu berperanan menasihat, mengurus kempen komunikasi kerajaan, meningkatkan profil kerajaan dan Perdana Menteri serta menangani persepsi negatif negara di peringkat antarabangsa.

Tindakan FBC mendapatkan bayaran dari kerajaan Malaysia bagi menghasilkan program TV berkenaan, bercanggah dengan etika kewartawanan.

"Selepas siasatan badan regulasi media di Britain iaitu Ofcom, semua program FBC Media digantung,"

"Begitu juga di CNN dan CNBC yang menghasilkan program-program mengenai Malaysia," kata Saifuddin.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Putrajaya Paid RM94m To FBC Media For Global Airtime

Posted: 10 Oct 2011 11:55 PM PDT

The Malaysian Insider

The Barisan Nasional (BN) government paid RM94 million to raise its international profile over three years to FBC Media, which is under probe by British regulators for producing content on Malaysia without revealing that Putrajaya was its client.

But the Prime Minister's Office (PMO) denied any involvement in how FBC Media secured coverage in the international press.

In a written reply to a question in Parliament, Datuk Seri Najib Razak's office said that the 12-month contract that was signed in 2007 was renewed twice for a total cost of €19.6 million.

"It is the responsibility of FBC Media to obtain airtime in international media and the government has no control over this matter.

"This is a matter of discussions between FBC Media and the BBC," the PMO replied to Batu MP Chua Tian Chang's question posed last Thursday.

Malaysia ended its contract with the public relations firm last month after it was revealed that government leaders routinely appeared in paid-for interviews on global television programmes on CNBC.

FBC is now being investigated by British media regulator Office of Communications (Ofcom) as well as the BBC and CNBC for producing content on Malaysia without revealing it received money from Putrajaya.

Both broadcasters have dropped FBC programmes from their lineup.

The PMO terminated FBC Media's contract last month, the second PR deal it has ended in recent months after US-based APCO Worldwide was dropped for alleged links to Israel.

Whistleblower website Sarawak Report had claimed that interviews and other programmes produced by FBC had cost the ruling BN coalition millions of ringgit as part of its bid to boost its international image.

The deal came to light after supplementary supply Bills showed that the PMO paid RM57.7 million between 2008 and 2009 to FBC for a "Global Strategic Communications Campaign".

FBC is also said to have approached top US current affairs magazine The Atlantic to host an event featuring Najib.

The Malaysian Insider also reported that Najib has engaged a new team that includes those behind former British Prime Minister Tony Blair's "New Labour" to reinvent himself as a "cool" leader as he prepares to lead BN into elections for the first time.

Chua, who is a PKR vice-president, told a press conference today that this proves "the Najib administration relies solely on consultants to spread Barisan Nasional propaganda on the global stage."

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Inkuiri BERSIH: Wanita Dikasari, Dakwa Saksi

Posted: 10 Oct 2011 10:48 PM PDT

Malaysiakini

Inkuiri awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung dakwaan tindakan kekerasan yang digunakan oleh polis ketika perhimpunan BERSIH  2.0, bermula hari ini dengan seorang saksi mendakwa beliau terlihat seorang wanita ditolak secara kasar sehingga tersungkur di jalan.

NONEKenneth Steven Chan Wen Chin memberitahu siasatan bahawa beliau menaiki LRT dari stesen Kelana Jaya untuk ke stesen Dang Wangi pada kira-kira jam 3 petang 9 Julai lalu.

“Saya mahu turun di stesen LRT Pasar Seni tetapi ia telah ditutup. Saya mengiringi teman wanita saya yang bekerja dengan media dan kami berjalan di Jalan Pudu menghala ke arah Maybank. Ini adalah pengalaman pertama saya terbabit dengan perhimpunan.

“Saya berpakaian kuning dan melihat sekumpulan orang yang memberi amaran bahawa gas pemedih mata sedang dilepaskan. Kami kemudiannya berlari menuju ke Jalan Tun Sambanthan di mana kami mendengar polis menjerit “Tangkap, tangkap!

"Kemudian saya lihat mereka menangkap seorang wanita Melayu dengan kasar. Kepalanya ditolak ke atas jalan raya,” dakwanya.

Wanita itu kemudiannya dilepaskan setelah mengenalkan dirinya sebagai kakitangan TV Selangor, katanya.

bersih rally 090711 police kick protestor story imageMenurut saksi itu lagi, teman wanitanya sempat merakamkan gambar-gambar kejadian itu tetapi  pihak polis dengan kasar dalam menolak kamera ke mukanya.

Chan juga mendakwa melihat beberapa anggota polis yang lain menendang seorang budak Cina di Jalan Pudu dan sempat merakamkan kejadian itu.

“Polis juga memberi amaran kepada kami supaya tidak mengambil gambar atau tidak kamera kami akan dipecahkan.

“Budak yang dibelasah itu membalas kata-kata anggota polis dan mereka menyerbunya," kata saksi itu lagi.

Chan adalah saksi pertama memberi keterangan dalam siasatan Suhakam untuk menentukan sejauh mana kekerasan digunakan pada perhimpunan BERSIH itu.

NONEPanel tersebut diketuai oleh naib presiden Suhakam sendiri, Professor Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu pesuruhjayanya Professor Dr Mahmood Zuhdi dan Detta Samen.

Majlis Peguam diwakili oleh Roger Chan, dan Richard Wee manakala pihak polis pula diwakili oleh ASP N Rajagopal dan ASP Lim Chee Wah.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Pakatan Mahu Bawa Isu Kg Baru Kepada Agong

Posted: 10 Oct 2011 05:16 PM PDT

Malaysiakini

Walaupun Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat, ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar isu berkaitan akta berkenaan diketengahkan untuk perhatian Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor.

Katanya, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melengahkan perkenan baginda kerana perkara itu “menyentuh isu kepentingan penduduk Melayu”.

“Dia (kerajaan) lulus, dia boleh lulus. Sekarang ia masih di peringkat Dewan Negara (sebelum digazetkan). Kemudian (perlu) perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya berbincang dengan Salahudin Ayub, boleh jadi perkara ini akan diketengahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor untuk melengahkan (supaya) tidak mengeluarkan kelulusan.

“Ini kerana (ia) menyentuh isu (kepentingan dan masa depan orang) Melayu dan penduduk Melayu (di situ),” katanya dalam majlis penerangan “Selamatkan Kampung Baru” malam tadi.

Bagaimanapun Anwar dalam ucapan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru itu, tidak menyatakan bila Pakatan Rakyat yang diterajuinya akan berbuat demikian.

Menyifatkan cadangan itu sebagai “saluran sementara”, Anwar berkata apa yang lebih penting tindakan itu dibuat bagi memastikan akta tersebut “tidak sempat dilaksanakan dengan sepenuhnya”.

“Kita nak beritahu bahawa rakyat ada pilihan,” tegasnya sambil menerima tepukan gemuruh kira-kira 500 penduduk Kampung Baru yang hadir pada majlis tersebut.

Turut bersama adalah tiga ahli parlimen Pakatan iaitu Salahudin Ayub (Kubang Kerian), Tian Chua (Batu) dan Tan Sri Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak).

Gagal sekat

Rabu lalu, ahli Parlimen Pakatan Rakyat gagal menyekat Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 apabila ia diluluskan menerusi undi belah bahagian.

Undian itu yang diminta sendiri oleh pihak pembangkang menyaksikan 72 ahli parlimen menyokong manakala hanya 28 yang tidak bersetuju rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua.

Dalam ucapannya lagi, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh mempersoalkan tindakan kerajaan menarik balik draf undang-undang tersebut yang dibentangkan sebelum ini.

“(Kerajaan) kena dengar pendapat rakyat (terlebih dahulu). Kena tengok dari segi undang-undang dan apa implikasinya (kepada rakyat)

“(Kehendak rakyat) mesti difahami, sebelum buat sesuatu,” katanya sambil menambah tidak perlu “kuasa mutlak” diberikan menteri untuk membangunkan di kawasan itu

Sehubungan itu, Anwar yang juga ketua pembangkang berjanji sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya akan datang, pihaknya akan “membatalkan” undang-undang baru tersebut.

Mengimbau sejarah pembangunan di Kampung Baru, bekas timbalan perdana menteri itu menceritakan jasa bekas menteri besar Selangor Allahyarham Datuk Harun Idris membantu membangunkan ekonomi orang Melayu.

Anwar menegaskan sepatutnya pemimpin Umno mencontohi Harun yang berusaha menolong orang Melayu, seperti memberi bantuan dalam bentuk pinjaman kewangan kepada penduduk di situ, yang mana ketika itu Kuala Lumpur berada di bawah Selangor.

MB diminta bantu

Beliau yang juga penasihat ekonomi negeri itu turut mencadangkan kepada Khalid supaya segera membantu penduduk Kampung Baru melalui anak-anak syarikat, berdasarkan bidang kuasanya sebagai menteri besar.

Anwar berharap perbincangan antara anak-anak syarikat kerajaan negeri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Yayasan Selangor dapat diadakan demi kepentingan penduduk selewat-lewatnya sebelum solat Jumaat.

Beliau mengulas syor Khalid yang berucap sebelum itu, berhubung komitmen kerajaan Selangor untuk memberi “sokongan profesional” kepada penduduk Kampung Baru.

Sementara itu, Salahudin pula menempelak Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahtaraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang disifatkan sebagai ‘sombong’.

Ini kerana dakwanya, menteri itu tidak memberi peluang kepada pemimpin pembangkang untuk mencelah membahaskan rang undang-undang itu di Dewan Rakyat baru-baru ini.

“Memanglah mengikut peraturan mesyuarat, nak bagi jalan atau tidak itu hak menteri kepada kita (untuk) membahaskan rang undang-undang itu.

“Memang hak dia, kita tidak menafikan hak dia. Tetapi rang undang-undang yang menentukan masa depan orang Kampung Baru, yang dia adalah menteri wilayah persekutuan,” katanya.

Pada sidang media selepas majlis tersebut, Khalid berkata beliau bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa bertindak di bawah pejabat menteri besar dengan kerjasama antaranya PKNS dan Perbadanan Negeri Selangor Berhad untuk membantu membangunkan Kampung Baru.

Beliau turut mengumumkan seorang wakil kerajaan negeri yang kini sebagai adalah lembaga penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan diarahkan memantau sebarang keputusan dewan tersebut berhubung pembangunan di situ.

“Beberapa rakan profesional dari kumpulan peguam menolong jawatankuasa ini untuk memahami dan merancang. Kumpulan perancang yang akan memberi idea perancangan (pembangunan) dan projek analisis,” katanya.

Khalid berkata jawatankuasa itu akan bertindang bermula hari ini (Selasa) atau lusa.

Mengulas lanjut, beliau berkata Kampung Baru mempunyai hubungan sejarah dengan negeri itu melalui Malay Agriculture Settlement Act yang dibuat semasa kampung itu berada dalam Selangor.

“(Oleh itu) akta tersebut sebagai asas untuk menggembleng pemilik tanah (mengenai) apa yang mereka perlu lakukan dalam usaha pembangunan di Kampung Baru dan masyarakat di situ.

“Daripada pemahaman saya, undang-undang yang dikemukakan sekarang mesti dibaca dengan undang-undang yang sudah ada. Antara undang-undang itu adalah Malay Agriculture Settlement (MAS) Act… Itu asasnya.

“Sebab itu saya rasa ada peluang untuk kita menggunakan akta MAS sebagai asas untuk kita mencari jalan pembangunan yang boleh diterima oleh masyarakat di Kampung Baru,” katanya.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Peruntukan Ad Hoc Tanpa Dasar Adil Cacatkan Belanjawan Najib-BN 2012

Posted: 10 Oct 2011 05:09 PM PDT

Merdeka Review

Oleh KPRU

DEFISIT BERLARUTAN SELAMA 15 TAHUN

Peruntukan Belanjawan Najib 2012 sebanyak RM232.8 bilion memperlihatkan peningkatan sebanyak 9% berbanding dengan peruntukan pada tahun 2011.  Daripada jumlah tersebut, 78% atau RM181.6 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus dan 22% atau RM51.2 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan.

Sementara itu, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2012 dianggarkan meningkat 1.9% kepada RM186.9 bilion dan defisit Kerajaan Persekutuan dijangka berkurangan kepada 4.7% daripada KDNK atau RM45.9 bilion.  Hal ini juga bermaksud, tahun 2012 merupakan tahun ke-15 Kerajaan Persekutuan mengalami defisit secara berterusan semenjak tahun 1998.

Sumber: Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan dan Laporan Bank Negara Malaysia

Jelas, tumpuan Belanjawan Najib 2012 ialah PRU Ke-13, bukan masalah ekonomi khususnya bagaimana negara berdepan dengan ekonomi dunia yang tidak menentu dan risiko defisit 15 tahun berturut-turut.  Pakej Rangsangan Khas dengan jumlah projek bernilai RM6 bilion bukan sahaja tidak dibekalkan butiran, malah impaknya untuk merangsangkan ekonomi negara juga tidak meyakinkan.

Ekonomi dunia memberi impak langsung ke atas ekonomi Malaysia.  Dalam keadaan pertumbuhan ekonomi dunia lemah dan disemak semula kepada 4 peratus pada tahun 2012, unjuran pertumbuhan ekonomi negara sekitar 5 hingga 6% bukan sahaja terlalu optimistik dan tidak meyakinkan, malah tidak bertanggungjawab. Pertimbangan PRU Ke-13 dan sifat short-sighted Belanjawan 2012 dilihat hanya mampu menjana pertumbuhan kurang daripada 4% pada tahun 2012.

Sesungguhnya, ramai penganalisa ekonomi berpendapat angka Kerajaan Persekutuan berhubung KDNK dan defisit adalah terlalu optimistik dan tidak meyakinkan.

Apabila diimbas kembali rekod displin fiskal khususnya bagi tiga tahun yang lepas Kerajaan Najib cenderung membentangkan sebuah Belanjawan Tahunan dengan kadar defisit yang lebih rendah, kemudian mengemukakan belanjawan tambahan pada masa depan yang bakal menyaksikan peningkatan perbelanjaan.

Jadual-jadual di bawah membuktikan kecenderungan yang dimaksudkan:


Kekurangan Dana dan Isu Pembiayaan

Menurut Malaysian Rating Corp Bhd (MARC), Kerajaan BN dijangka mengumpul sebanyak RM88 bilion (berbanding RM58 bilion tahun lalu) melalui Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) bagi tujuan membiayai defisit belanjawan dan bon yang matang <1>.

MARC menjangkakan defisit belanjawan tahun 2011 berada pada paras RM45.5 bilion manakala MGS/GII yang matang pada tahun ini adalah bernilai RM45 bilion. Ini bermakna kerajaan mempunyai keperluan pembiayaan berjumlah RM90.5 bilion.

Terbitan MGS telah mencecah RM66.5 bilion ataupun 74% daripada sasaran terbitan bagi tahun 2011. Menurut HSBC Global Research, dana asing berjumlah RM62 bilion telah dilabur di dalam pasaran MGS pada enam bulan pertama tahun 2011.<2>

Kini dengan pengumuman defisit sebanyak RM43.021 bilion bagi tahun 2012, isu pembiayaan sebenar yang bakal dihadapi Kerajaan Persekutuan menjadi persoalan penting.  Sejauh mana perangkaan sebuah Belanjawan Negara yang tidak berhemat bakal meninggalkan tanggungan berat kepada generasi muda pada masa depan?

GOLONGAN BERPENDAPATAN MENENGAH JUGA BERDEPAN DENGAN BEBAN HIDUP YANG BERAT

Golongan berpendapatan menengah yang bukan pelabur atau peniaga besar tidak layak mendapat “handout” RM500 kerana jumlah pendapatan isi rumah melebihi RM3,000 dan fakta bahawa biasanya lebih daripada seorang ahli keluarga perlu bekerja. Namun mereka juga berdepan dengan beban hidup yang berat.

Golongan berpendapatan menengah yang juga merupakan pembayar cukai tidak mendapat sebarang bantuan bermakna untuk meringankan beban hidup.  Kadar caruman KWSP sebanyak 11% tidak diturunkan daripada 11% kepada 8%. Kadar cukai pendapatan individu juga tidak diturunkan. (sila lihat jadual di bawah) <3> Ekoran itu, golongan ketua isi rumah berpendapatan menengah berdepan dengan tekanan inflasi dan kos sara hidup yang semakin meningkat sedangkan pendapatan boleh guna tidak bertambah.

MASALAH PERUNTUKAN AD HOC TANPA DASAR ADIL

Dasar Transformasi Nasional (DTN) lebih merupakan kumpulan siri projek yang memperlihatkan peruntukan secara rampang dan ad hoc melalui Belanjawan Najib meskipun DTN mula berlangsung pada tahun 2011 sehinggalah 2020.  Sesungguhnya, perancangan dasar negara bukan sahaja memerlukan pemahaman masalah, desakan dan tuntutan rakyat tetapi juga pendekatan dan penyelesaian masalah secara dasar.

Dalam peruntukan RM1 bilion melalui Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik-pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan, meskipun demi tujuan meraih undi untuk PRU Ke-13, Najib terpaksa memberikan peruntukan kepada semua jenis sekolah tanpa mengira jenis aliran, tetapi peruntukan secara mendatar (egalitarian) tanpa mengira nisbah peruntukan terhadap bilangan sekolah bakal menimbulkan lebih banyak masalah daripada menyelesaikannya.

Pengiraan peruntukan RM1 bilion tersebut berdasarkan nisbah apabila dibandingkan dengan peruntukan Belanjawan Najib tanpa mengira nisbah memberikan scenario keadilan social yang berbeza dan memperlihatkan perbezaan antara peruntukan secara dasar dengan peruntukan secara ad hoc.

STATISTIK KPRU: PURATA PERUNTUKAN KEPADA SEKOLAH RENDAH TANPA MENGIRA NISBAH BILANGAN SEKOLAH (SECARA AD HOC)

STATISTIK KPRU: PURATA PERUNTUKAN KEPADA SEKOLAH RENDAH BERDASARKAN NISBAH BILANGAN SEKOLAH (SECARA DASAR)

Pengagihan semula pendapatan negara apabila dilakukan secara dasar dapat menjamin pembangunan masyarakat secara menyeluruh. Contoh pengiraan di atas menunjukkan bahawa, sekolah kebangsaan sewajarnya diberikan peruntukan sebanyak RM758.54 juta dan bukannya RM500 juta. Peruntukan ad hoc dan dasar tidak adil BN selama ini telah mengakibatkan peruntukan yang cacat dilaksanakan demi meraih undi menjelang PRU Ke-13.

Menyentuh pendidikan manusiawi, tidak cukup sekadar memansuhkan bayaran bayaran RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah. Isu yang lebih penting ialah bagaimana beban bag murid sekolah yang berat dapat diberikan perhatian khusus dan isu penerbitan buku teks membabitkan kemelut antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Dawama Sdn. Bhd. Harus diberikan penjelasan secara menyeluruh oleh kementerian dan agensi berkaitan kerana kemelut ini melibatkan persoalan dasar.

SUBSIDI KORPORAT KEKAL

Subsidi korporat kekal. Kerajaan Persekutuan nampaknya tidak berniat hendak menstruktur semula dasar subsidi supaya subsidi korporat dijuruskan ke arah pengukuhan jaringan keselamatan social berlandaskan ekonomi manusiawi dan bukannya ke arah pengukuhan politik naungan berlandaskan ekonomi kronisme.

Berdasarkan laporan The Edge Financial Daily bertarikh 25 April 2011, keuntungan bersih Tenaga Nasional Berhad (TNB) susut 37% (RM630.3 million)  pada  2QFY011, berbanding tahun lepas sebanyak RM1 bilion.

Selepas pengumuman peningkatan kos tenaga, terdapat pendedahan bahawa Petronas terpaksa menanggung subsidi gas sehingga mencecah RM131 bilion akibat daripada perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) antara Tenaga Nasional Berhad dan IPP, dipaksa menjual gas dengan harga yang lebih rendah kepada IPP tetapi Kerajaan BN sebelum ini telah memotongkan subsidi kepada rakyat dalam barangan keperluan.

1.http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/3/23/business/8324459&sec=business#13165856481881&if_height=619

2.http://www.thesundaily.my/news/131225

3. http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/10/7/business/9647201&sec=business

4. http://emisportal.moe.gov.my/emis/emis2/emisportal2/doc/fckeditor/File/BukuPerangkaan10/BAB_2.pdf

5. Laman Web Kementerian Pelajaran, < Perangkaan Pendidikan Malaysia 2010 >  membekalkan statistic pelbagai jenis sekolah rendah tetapi tidak merangkumi Sekolah Mubaligh dan Maktab Rendah Sains MARA. KPRU Andaikan Pendidikan Khas merangkumi kedua-dua Sekolah Mubaligh dan Maktab Rendah Sains MARA sekadar untuk tujuan pengiraan. Seperkara lagi ialah Sekolah Independen Cina telah diabaikan dalam peruntukan Kerajaan BN.

Baca: Bahagian kedua

*Tulisan ini ditulis khas untuk MerdekaReview atas permintaan.

**Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) merupakan sebuah pusat kajian yang baru dan kritikal. KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada warga Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.

KPRU memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada masyarakat. Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan datang.

MAKSUD TERSIRAT KONSEP KEBAJIKAN NAJIB: “YOU HELP ME, I HELP YOU!”

Sesungguhnya, perangkaan Belanjawan Najib-BN membawa kepada suatu konsep penting apabila kita membicarakan penggubalan dan pelaksanaan dasar yang adil – konsep kebajikan.

Belanjawan Najib-BN 2012 boleh dikatakan sebagai belanjawan satu kali (one-off), berdasarkan 'goodies' kepada pelbagai lapisan masyarakat, daripada sekolah swasta, sekolah awam, pelbagai jenis sekolah rendah, keluarga yang mempunyai anak, wanita, sehingga  pesara dan kakitangan awam.  Najib berkata ini adalah konsep negara kebajikan. Nampaknya, beliau tidak tahu maksud sebenar negara kebajikan. Ia juga boleh dikatakan sebagai hiprokasi konsep negara kebajikan yang cuba dimanipulasikan oleh Kerajaan Najib-UMNO apabila berdepan konsep negara berkebajikan PAS.

Hakikatnya ialah, Malaysia masih jauh daripada memperlihatkan sebuah negara kebajikan/berkebajikan tetapi lebih mirip negara di bawah pemerintahan yang short-sighted dan hanya mementingkan kepentingan diri. Apakah dengan pembinaan prasarana, pemberian subsidi tertentu dan penyediaan projek oleh kerajaan, Najib cuba mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara berkebajikan? Jika dilihat dari kaca mata PAS, pemahaman seumpama menzahirkan kecetekkan minda Kerajaan Najib-UMNO. Sedangkan maksud tersirat masih adalah konsep “you help me, i help you“, yang dipopularkan oleh Najib semasa Pilihan Raya Kecil Sibu, Sarawak.

Apa itu negara berkebajikan? Negara Berkebajikan<1> didefinisikan sebagai; “Sebuah Negara yang mengutamakan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai agenda utama pembangunan negara”. Negara Berkebajikan mementingkan pembangunan, tetapi matlamatnya ialah kesejahteraan rakyat terbanyak.

Konsep negara berkebajikan menjangkaui pemahaman biasa terhadap konsep kebajikan yang sekadar melihat kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk memberi bantuan material kepada rakyatnya tanpa mempersoalkan ketidakadilan dan ketidaksaksamaan dari segi dasar serta aspek kerohaniannya.

Negara Berkebajikan <2> dikatakan sebagai lebih berteraskan sistem pemerintahan kerajaan Islam sewaktu zaman pemerintahan Nabi Yusuf sehingga ke pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Negara Bekerbajikan bermakna kerajaan mambantu rakyat mencapai pembangunan insaniah yang sekata supaya semua golongan rakyat boleh mencapai pembangunan mengikut keperluan masing-masing.

Negara berkebajikan mengambil peranan kerajaan adalah “guardian” atau Penjaga (ibu-bapa) kepada rakyat dan juga penting dalam melindungi dan memajukan ekonomi dan kesejahteraan sosial rakyat.”<3> Ia adalah berdasarkan prinsip-prinsip kesamarataan peluang, pengagihan kekayaan yang saksama,dan tanggungjawab awam bagi orang-orang yang tidak dapat memanfaatkan peruntukan minimum untuk kehidupan yang baik. istilah umum boleh meliputi pelbagai bentuk organisasi ekonomi dan sosial.

Dalam konsep Negara Kebajikan yang dirangsangkan oleh PAS, adalah melalui sprite agama Islam, merangsangkan moral dan nilai keinsanan kepada masyarakat, dan juga kekayaan negara dikembalikan kepada rakyat dan bukan dikaut untuk memperkayakan pemimpin, ahli keluarga dan kroni mereka.<4>

PERBEZAAN BELANJAWAN PAKATAN RAKYAT 2012 DENGAN BAJET NAJIB 2012

Pebezaan signifikan antara Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat 2012 dan Belanjawan Kerajaan Najib-BN 2012 ialah perbezaan dari segi pendekatan yakni titik permulaan merangka belanjawan masing-masing.

Titik permulaan bagi Pakatan Rakyat ialah reformasi dan pembaharuan pada peringkat dasar dan undang-undang sejajar dengan tuntutan zaman kini dan hukum negara, manakala titik permulaan bagi Barisan Nasional (BN) ialah peruntukan ad hoc tanpa perubahan dasar.

Political Reform Secara Dasar Pakatan Rakyat dan Pengumuman Najib

Perdana Menteri Najib Razak ketika menyampaikan perutusan khas sempena Hari Malaysia pada 15 Sept 2011 hanya mengumumkan pemansuhan permohonan permit penerbitan setiap tahun tetapi dikekalkan permohonan permit penerbitan dan kuasa mutlak Menteri menggantung atau memberhentikan permit sesebuah penerbitan. Pakatan Rakyat dalam Belanjawan Alternatif Pakatan 2012 menyatakan secara jelas pendirian untuk membubarkan sama sekali keperluan memohon lesen penerbitan dan digantikan dengan pendaftaran secara administratif.

Begitu juga, Kerajaan BN telah mendominasi penubuhan Majlis Media dan cuba mengetepikan portal berita atas talian seperti Malaysiakini daripada penyertaan mereka dalam Majlis Media lantas berdepan dengan bantahan wartawan. Pakatan Rakyat dalam Belanjawan Alternatif Pakatan 2012 juga menyatakan secara jelas pendirian untuk membiarkan dunia kewartawanan yang mengendalikan penubuhan Majlis Media tanpa didominasi dengan kuasa Kerajaan Persekutuan.

Maka bermulalah perbezaan secara dasar antara pentadbiran dan mentaliti Kerajaan BN berbanding dengan pimpinan ke depan dan harapan baharu yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

Perbezaan seumpaman terserlah dalam pelbagai aspek hukum negara khususnya yang berkait rapat dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang darurat. Najib yang terdesak untuk membuat pengumuman pemansuhan ISA terus menyatakan pendirian jelas Kerajaan BN bahawa dua akta baharu akan digubal berlandaskan semangat Artikel 14 Perlembagaan Persekutuan.  Pakatan Rakyat secara jelas menyatakan bahawa pembaharuan institusi yang dibawa oleh Kerajaan Pakatan Rakyat kelak tidak akan meneruskan aspek perundangan yang bercanggah dengan hukum negara (rule of law) seperti tahanan tanpa bicara sama ada 60 hari atau 30 hari. Sejarah Malaysia menunjukkan secara jelas peruntukan seumpama sering disalah guna oleh sesetengah pemimpin negara atas bubi cara dan ketamakan kuasa individu (rule by law).

Pelaksanaan Dasar Kebajikan Sistemik Jangka Panjang Berbanding Preskripsi Penawar Sakit Jangka Pendek

Belanjawan 2012 Barisan Nasional (BN) dibintangi pemberian insentif berbentuk 'handout' seperti pemberian wang tunai, baucar, diskaun dan sebagainya, serta penyuntikan wang ke dalam macam-macam dana atau program yang canggih namanya. Contoh-contoh 'handout' yang dikatakan bersifat kebajikan dalam belanjawan BN 2012 termasuk pemberian RM500 kepada isirumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah secara 'one-off', bantuan kepada kanak-kanak miskin sebanyak RM100 sebulan dalam program KAR1SMA, dan diskaun 50% tambang LRT dan monorel bagi warga emas.

Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat pula dicirikan oleh pelaksanaan dan hala tuju dasar yang mengutamakan keperluan (needs). Sebagai contoh, pelaksanaan dasar gaji minima RM1,100 merentas semua sektor adalah antara inisiatif yang paling menonjol dalam Belanjawan Pakatan Rakyat. Pemindaan Akta Persaingan dan penghapusan subsidi korporat juga merupakan tindakan-tindakan di peringkat dasar yang bertujuan menurunkan harga barangan dan perkhidmatan asas.

Selain itu, pemberian RM1,000 secara 'one-off' kepada suri rumah yang layak, bayaran tambahan kepada isi rumah miskin tegar untuk memastikan pendapatan bulanan mencecah sekurang-kurangnya RM550, dan bayaran bonus warga emas sebanyak RM1,000 setahun kepada warga emas berpendapatan rendah merupakan beberapa langkah 'handout' yang dicadang.

Pemberian wang tunai dan pinjaman wang sering dilihat sebagai penawar sakit jangka pendek yang tidak dapat menjamin kesejahteraan masa depan rakyat jikalau dasar dan undang-undang yang sedia ada tidak dapat membela nasib golongan pekerja dan golongan yang memerlukan.

Inisiatif-inisiatif kebajikan yang terdapat di dalam Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat lebih menekankan penghasilan kesan jangka panjang dan penciptaan suasana kebajikan yang berkekalan berlandaskan kesinambungan dasar yang dicadangkan dalam Agenda Ekonomi Malaysia dan Buku Jingga manakala tawaran-tawaran yang diberi dalam Belanjawan 2012 BN adalah umpama preskripsi penawar sakit yang memberi kelegaan jangka pendek.

Isi rumah Berpendapatan Rendah

Pakatan Rakyat Barisan Nasional
  • Gaji minima sebanyak RM1,100 dikuatkuasa serta merta.
  • Elaun penjagaan anak sebanyak RM1,000 setahun kepada ibu-ibu yang layak.
  • Pemberian RM1,000 secara one-off kepada suri rumah yang layak.
  • Bayaran tambahan (top up payment) kepada isi rumah di dalam kategori miskin tegar untuk memastikan pendapatan bulanan mencecah sekurang-kurangnya RM550.
  • Bayaran kepada penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat akan diselaraskan kepada RM550 sebulan, dari kadar sedia ada sebanyak RM300 sebulan.
  • Pemberian RM500 kepada isirumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah secara one-off.
  • Bantuan kepada warga emas miskin sebanyak RM300 sebulan bagi 2012.
  • Bantuan kepada kanak-kanak miskin sebanyak RM100 sebulan bagi 2012.

Warga Emas

Pakatan Rakyat
Barisan Nasional
  • Bayaran bonus warga emas sebanyak RM1,000 setahun kepada warga emas yang layak.
  • Warga emas dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kerajaan mulai 2012.
  • Warga emas diberi diskaun 50% tambang LRT dan monorel.

Penjawat Awam

Pakatan Rakyat
Barisan Nasional
  • Kenaikkan gaji ekoran dasar gaji minima
  • Inisiatif Kecemerlangan Perkhidmatan Awam (CSEI) yang bertujuan menambah baik kepuasan kerja dan melaksanakan skim saraan, ganjaran dan kenaikan pangkat bagi pekerja yang cemerlang.
  • Tambahan bonus setengah bulan gaji diberi pada Disember 2011 dengan bayaran minimum RM500 dan bayaran bantuan RM500 kepada pesara.
  • Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.
  • 600,000 pesara kerajaan akan dapat kenaikan pencen pesara sebanyak 2% setahun.
  • Umur persaraan wajib sektor awam dilanjutkan kepada 60 tahun daripada 58 tahun.

Subsidi Barangan Asas

Pakatan Rakyat Barisan Nasional
  • Peruntukan subsidi bagi barangan aras sebanyak RM22 bilion.
  • Peruntukan subsidi bagi barangan aras sebanyak RM33.2 bilion.

Lain-Lain

Pakatan Rakyat Barisan Nasional
  • Subsidi pertanian yang disalurkan terus kepada pengusaha kecil.
  • Elaun kepada orang kurang upaya (OKU) dari RM150 hingga RM300 sebulan bagi 2012.

Transformasi Projek Mega: Projek Mega Berwajah Boros

Walaupun Kerajaan BN dalam pengumuman Belanjawan 2012 cuba mengelakkan diri daripada tuduhan bahawa ia sering mengutamakan projek mega, anggapan bahawa Belanjawan 2012 BN adalah bebas daripada projek mega adalah salah sama sekali. Dua perkembangan dapat dikesan dalam Belanjawan 2012 BN, iaitu:

i. Menurut Laporan Ekonomi 2011/2012 Kementerian Kewangan Malaysia, Permodalan Nasional Berhad (PNB) sedang menyiapkan reka bentuk projek Warisan Merdeka. Projek bernilai RM5 bilion ini akan bermula tahun depan meskipun terdapat bantahan kuat.

ii. Projek KLIFD bernilai RM26 bilion, projek pembangunan lima wilayah koridor bernilai hampir RM1 bilion (RM978 juta), dan projek Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Ke-10 bernilai RM98.4 bilion. Projek-projek yang terlibat termasuk, pembinaan lebuh raya persisiran pantai Johor Bahru-Nusa Jaya, projek pelancongan warisan Taiping, projek landasan kereta api berkembar Gemas – Johor Bahru, projek Lebuhraya Pantai Timur Jabor – Kuala Terengganu, Lebuh Raya Pantai Barat Banting – Taiping, Lebuhraya Segamat – Tangkak, Lebuhraya Central Spine, pembinaan jalan Kota Marudu – Ranau, dan pembangunan semula Pangkalan Udara Sungai Besi.

iii. Projek mega telah “ditransformasikan” daripada projek infrastruktur di kawasan bandar yang amat menarik perhatian kepada projek infrastruktur di kawasan luar bandar yang tidak begitu menonjol. Antaranya, satu Pakej Rangsangan Khas RM6 bilion yang dibiayai melalui Privat Financing Initiative (PFI) diwujud bagi pembaikan dan penyelenggaraan sekolah, menaik taraf hospital, rancangan tebatan banjir, menaik taraf infrastruktur khas luar bandar, dan pembinaan perumahan rakyat. Peruntukan RM5 bilion juga disediakan bagi pembangunan infrastruktur asas luar bandar. Satu Program Lonjakan Mega Luar Bandar juga akan dilaksanakan dengan peruntukan RM110 juta.

Selain itu, pembangunan semula Pulau Langkawi yang melibatkan peruntukan RM 420 juta ringgit juga boleh dikatakan sebagai projek mega.

Projek Mega yang Diteruskan Projek Mega Baru Berwajah Boros
  • Warisan Merdeka
  • Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD)
  • Pembangunan lima wilayah koridor
  • Projek infrastruktur dalam Rancangan Malaysia Ke-10
  • Pembangunan infrastruktur luar bandar
  • Pakej Rangsangan Khas bagi menaik taraf infrastruktur khas luar bandar
  • Program Lonjakan Mega Luar Bandar

Yang Miskin Diberi Gula-Gula, Yang Maha Kaya Diberi Mesin Gula-Gula

Seperti mana yang disebut sebelum ini, Belanjawan 2012 BN adalah penuh dengan pemberian 'handout', terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah, tetapi seperti apa yang telah dibangkitkan, inisiatif sebegini hanya memberi kesan jangka pendek. Selain penawar sakit, satu lagi analogi bagi inisiatif sebegini adalah gula-gula yang berperisa manis dan menyenorokkan tetapi dihabiskan dengan cepat.

Pemberian gula-gula memang akan dialu-alukan, tetapi persoalannya, bukan haruskah mereka menerima lebih banyak daripada setakat gula-gula sahaja, sedangkan syarikat-syarikat besar dan pelabur-pelabur yang kaya modal diberi mesin gula-gula?

Para pelabur diberi insentif dari segi pengecualian cukai dan duti setem selama sekurang-kurangnya beberapa tahun. Sebagai contoh, pemaju hartanah di KLIFD akan menikmati pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus selama lima tahun, pengusaha francais akan menikmati potongan cukai ke atas fi francais, dan pengusaha hotel baru empat dan lima bintang (hotel mewah) akan diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus serta elaun cukai pelaburan sebanyak 60 peratus bagi tempoh lima tahun.

Selain itu, syarikat-syarikat besar seperti pengeluar tenaga bebas (IPP) diberi subsidi bernilai berjuta-juta sehingga berbilion-bilion ringgit <5>.

Perbezaan antara insentif yang diberi kepada golongan berpendapatan rendah dan insentif yang diberi kepada golongan pelabur dan pengusaha adalah, insentif bagi pelabur dan pengusaha adalah lebih sistemik kerana ia melibatkan sistem cukai yang memang akan wujud selalu.

Syarikat-syarikat besar, para pelabur dan pengusaha kaya modal ini umpamanya diberi mesin gula-gula yang membolehkan mereka menghasilkan gula-gula sendiri berkali-kali, manakala golongan miskin diberi beberapa biji gula-gula untuk sekali sahaja. Golongan yang kaya modal diperkasakan tetapi golongan miskin hanya setakat ditenangkan. Justeru, Belanjawan 2012 BN kayakan lagi orang yang kaya raya dan sebenarnya melemahkan orang yang miskin. (Bahagian kedua, tamat)

1. http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=37:negara-berkebajikan–tawaran-pas-kepada-rakyat-malaysia-&catid=14:kenyataan-rasmi&Itemid=56

2. http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/negara-berkebajikan-different-from-welfare-state-says-hadi/

3. http://www.britannica.com/EBchecked/topic/639266/welfare-state

4. http://www.malaysiakini.com/news/166316

5. http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/ipp-subsidies-under-review/

Baca: Bahagian pertama

*Tulisan ini ditulis khas untuk MerdekaReview atas permintaan.

**Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) merupakan sebuah pusat kajian yang baru dan kritikal. KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada warga Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.

KPRU memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada masyarakat. Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan datang.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Tiada ulasan:

Nuffnang