Khamis, 15 September 2011

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


Response to DS Najib’s announcement

Posted: 15 Sep 2011 09:52 AM PDT

Alhamdulillah, I welcome the announcement by the Prime Minister regarding his plans to repeal of the Internal Security Act, to review the Printing Presses and Publications Act, and to move a motion in Parliament to revoke the declarations of Emergency that still exist to this day, despite Malaysia celebrating its 48th year as a nation.

Even so, as all plans to change the laws of this country must first be brought to and passed in both Houses of Parliament, I urge all Malaysians to exercise a good deal of caution until these proposed changes actually come to pass.

Furthermore, we must work to ensure that whatever laws replace the function of the ISA, for instance, does not turn out to be as deviously draconian, if not more.

While this is a victory for all Malaysians, it is important we acknowledge that the victory is not complete. Reforms to our electoral system, our judiciary, in the police force, in basic governance and many other aspects of Malaysian life must continue. In fact, the Najib administration cannot but speed up these reforms. Take note of the following, among others:

  1. Dato’ Seri Najib must swiftly embrace the eight demands of Bersih 2.0 in ensuring that the upcoming 13th General Election will be a truly free and fair affair;
  2. he must commit to the setting up of the Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) that has until today been swept under the carpet;
  3. the findings of the Royal Commission of Inquiry into the VK Lingam case must be realized and effected;
  4. to dismantle the Umnoputra-centric “piracy” of the Malaysian economy; and others.

Therefore there are no laurels for us tonight, really.

There is much work that needs to be done, and all sides must stay true to the cause of reforming and correcting all the mismanagements and misrule of this country.

All sides must work together, regardless of political leanings or ideologies, to ensure that this country we call our home will remain the home of our children, their children, and their children’s children.

All sides must work together for a better Malaysia.

Undilah

Posted: 15 Sep 2011 09:10 AM PDT

16 September, Lai Ming dan Celoteh Arwah Nendaku

Posted: 15 Sep 2011 04:26 AM PDT

Kita seringkali dipersembahkan ucapan-ucapan rasmi menjelang sambutan Hari Malaysia; hari bersejarah yang menyaksikan penyatuan Tanah Melayu dengan saudara-saudaranya yang kekal sehingga ke hari ini, iaitu Sabah dan Sarawak.

Tetapi saya berasa terpanggil berkongsi kisah peribadi tatkala mencoretkan tulisan ringkas bak memperingati Hari Malaysia yang ke-48 tahun ini. Kedengaran suara hati kecil saya bersuara apabila saya ditemukan dengan pelakon veteran tersohor Malaysia, Ibu Lai Ming – yang juga merupakan salah seorang pelakon yang digemari arwah nenda saya, Hajah Che' Yan. Saya diberikan peluang keemasan untuk merakamkan adegan bersama Ibu Lai Ming ketika penggambaran klip video lagu "Undilah," yang akan dilancarkan pada Hari Malaysia tahun ini.

Rakaman yang melibatkan kami berdua sudah tentu memperlihatkan bakat Ibu Lai Ming yang bersinar seperti drama-drama nya sebelum ini, yang sentiasa berjaya mengukir senyuman dan ketawa Arwah Tok Yan dalam kesempatan Arwah bersama saya menonton televisyen di lewat petang. Saya sehingga agak runsing memikirkan bagaimana dong, mahu menyinar selaku politisi bilamasa yang digandingkan itu artis yang begitu dikenali ramai lagi berbakat! Namun, bukan itu sebabnya saya bersetuju bersama di dalam rakaman videoklip lagu "Undilah."
Alasannya, adalah untuk kita menyatukan kesemua suara di dalam arena politik, hiburan, mahupun sesiapa sahaja, demi mengajak semua pengundi yang layak untuk mengundi – supaya memenuhi hak yang dituntut oleh negara Malaysia daripada mereka.

Dan fikir saya, bila ada sahaja usaha yang dibawa oleh individu-individu di luar lingkungan dunia politik yang maha mencabar lagi berliku dan berduri, demi kemahuan membina Malaysia yang lebih baik – kita semua wajib memberi dokongan ikhlas! Makanya, nama-nama seperti Afdlin Shauki, Pete Teo, Namewee, Sassi the Don, Benji Lim termasuk diri saya sendiri berganding bahu – dan usaha yang lahir menerusi projek Undilah ini telah memahat satu lagi memori buat Hari Malaysia tahun ini.

Sambutan Hari Malaysia yang mengingatkan saya bagaimana seorang wanita Melayu boleh sahaja meminati pelakon Cina sezaman dengannya, sehingga memberi kesan besar ke atas cucunya.

Sambutan Hari Malaysia yang menemukan Afdlin dan Namewee – dua personaliti yang berlainan latar belakangnya tetapi tidak kurang kontroversinya, yang bekerjasama dalam inisiatif serba percuma demi mengajak anak-anak muda untuk bersama mendaftar sebagai pengundi dan melaksanakan tanggungjawab mereka.

Sambutan Hari Malaysia yang memperlihatkan lirik lagu yang serba serbi dilengkapi Bahasa kebangsaan, bahasa Inggeris, Tamil dan juga Mandarin. Sesuatu yang bukannya lahir dari dhamir politikus, tetapi warga di luar lingkungan yang membara juga kasihnya terhadap tanah air kelahiran kita semua!

Keterbukaan sebegini membuktikan berdirinya kita di bumi bertuah ini di atas kepelbagaian serta keberanian dan kesediaan kita menerima kelainan sesama kita – kerana kita anak Malaysia; dan di atas bumi bertuah ini, tidak ada ruang untuk kebencian dipupuk, mahupun prejudis bercambah!

Justeru, sempena Hari Malaysia tahun ini saya ingin ucapkan: Selamat Menyambut Hari Malaysia di mana kita disatukan, dan pastikan kita laksana segala tugasan yang diberi selaku warga tanah air ini – iaitu mendaftar untuk mengundi dan membuang undi tersebut bila tiba masanya nanti!

Dengan undi di dalam pilihanraya adil lagi bersih, kita rakyat Malaysia akhirnya bakal mengisi janji kemerdekaan dengan mengukir sejarah baru tatkala kita masih membahas penafsiran sempit sejarah silam yang sepatutnya membebaskan kita untuk maju kehadapan dan bukan merantai kita ke arah kemusnahan.

Tiada ulasan:

Nuffnang