Ahad, 28 Ogos 2011

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri


PERUTUSAN SELAMAT HARI RAYA ADUN JENERI

Posted: 28 Aug 2011 12:26 AM PDT


Assalamualaikum..wrhth
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang,
Selawat dan Salam Keatas Junjungan Nabi Muhammad dan juga Sahabat dan Keluarganya.

Alhamdulillah...kita semua dapat bernafas dan bertemu dengan ramadhan 1432H ini, kita dapat menghabiskan puasa ramadhan dengan sempurna dan menunaikan ibadat dengan baik sekali.
1 Syawal kini menjelma lagi dengan memberikan seluruh kehidupan ini bermula dengan "fitrah" (bersih) seolah-olah seperti bayi yang baru dilahirkan berkat kerahmatan, keampunan dan kelepasan dari api neraka seperti yang dijanjikan oleh ALLAH swt.

Hari raya adalah hari kemenangan kita dalam perjuangan, hari raya adalah hari menyatukan ukhwah dan menyuburkan semangat ikram sesama kita khususnya dalam erti kata kawan-kawan seperjuangan. Renunglah sejenak dikesempatan kita hidup ini adakah kita sudah cukup berbuat amalan dan ibadat kita kepada Allah yang memberi rezeki melimpah ruah ini, rasanya sikit sangat kita bersyukur kepadaNya, marilah kita meneruskan ibadat dan amalan yang kita buat di bulan ramadhan, semoga Allah memberi kekuatan kepada kita...Amin.

Di kesempatan ini saya dan isteri mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN dan selamat pulang kepada semua anak-anak perantauan, berhati-hati dijalan raya ingat kepada yang menanti dan disayangi.

Tiada ulasan:

Nuffnang