Ahad, 28 Ogos 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


ADUN CHANGKAT JONG DI KG. CHANGKAT JONG

Posted: 28 Aug 2011 09:53 AM PDT


TELUK INTAN, 28 Ogos - Tinggal dua hari lagi Aidil Fitri menjelma, dalam saat orang lain sibuk membuat persiapan terakhir, ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin masih lagi sibuk memenuhi jemputan berbuka puasa sama ada di masjid, surau ataupun markaz. Diberitakan sehingga malam raya itupun, beliau masih lagi diundang menghadiri majlis di sebuah kampung di kawasan pesisiran.

Petang tadi, beliau telah menghadiri ke majlis penyampaian sumbangan kepada fakir miskin di Batu 9, Kg. Changkat Jong. Majlis telah diadakan di Surau Islahiah, Kg. Changkat Jong. Turut hadir ialah Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Sdr. Rahmat Maliki, Naib YDP Sdr. Ahmad Kabir dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Sdr. Mohamad Hamzah. Turut hadir ialah Sdr. Salleh Ibrahim Ketua PAS Cawangan Kg. Changkat Jong.

Seramai 20 orang fakir miskin telah menerima sumbangan dalam bentuk barangan keperluan harian seperti beras, gula, minyak masak dan sebagainya.
Sdr. Salleh Ibrahim, Ketua PAS Cawangan Kg. Changkat Jong menyampaikan ucapan.
Ucapan YB yang penuh dengan nasihat agama.
Selepas itu, YB Anuar telah mengepalai majlis tahlil sebelum berbuka puasa bersama penduduk kampung. Setelah mengerjakan solat Maghrib beliau mengambil kesempatan beramah mesra dengan para jemaah surau sebelum tiba waktu Isya'.
YB Anuar memimpin majlis tahlil


Kemudian, beliau telah menjadi imam bagi solat Isya' dan solat sunat tarawih. Majlis diakhiri dengan penyampaian tazkirah oleh Ustaz Amin, AJK Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan.

intanhijau.blogspot.com

RAMADHAN DAN KITA : ANGKARA SIAPA INI ?

Posted: 27 Aug 2011 06:54 PM PDT


Situasi 1 :

Di simpang Kg. Bahagia. Terdapat sebuah kain rentang ucapan Hari Raya Aidil Fitri oleh Ahli Parlimen Teluk Intan dan ADUN Changkat Jong. Namun, Ramadhan gagal dihayati oleh kita. Gambar wajah kedua-dua wakil rakyat tersebut telah dicacatkan. Tidak mungkin dilakukan sendiri oleh penyokong Pakatan Rakyat.


Sedangkan kain rentang ucapan Aidil Fitri pihak UMNO/BN begitu banyak di sekitar Teluk Intan. Boleh dikatakan hampir di setiap simpang di sekitar Teluk Intan ada wajah pemimpin mereka namun gambar wajah pemimpin UMNO/BN itu tidak dicacatkan.


Situasi 2 :

Di tempat pembuangan sampah Kg. Bahagia. Bekas sampah besar masih kosong. Namun, Ramadhan gagal dihayati oleh kita. Natijahnya, ada orang yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di luar bekas yang disediakan sehingga menyebabkan timbunan sampah itu melimpah ke tepi jalan dan menimbulkan yang bau kurang menyenangkan.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang