Khamis, 11 Ogos 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Sendayan akan dijadikan tapak pelupusan sampah terbesar

Posted: 11 Aug 2011 01:08 AM PDT



Perhatian kepada orang Sendayan, Negeri Sembilan. Satu Tapak Pelupusan Berpusat yang terbesar akan didirikan di sana seluas 120 hektar sekiranya ianya diluluskan. Laporan Kajian Kesan Alam Sekitar telah pun siap dan boleh dimuat turun di laman web Jabatan Alam Sekitar. Lokasi cadangan tapak pelupusan sampah ini terletak di Ladang Tanah Merah berhampiran Kg Jimah dan Kg Gadong Jaya.

Sekiranya projek ini siap, seluruh sampah di Negeri Sembilan akan dilupuskan di Sendayan.

Sila muat turun laporan Laporan Kajian Kesan Alam Sekitar Tapak Pelupusan Sampah Ladang Tanah Merah di http://www.doe.gov.my/portal/wp-content/uploads/Executive-Summary_DEIA-for-Proposed-Development-of-Sanitary-Landfill-Negeri-Sembilan-1.pdf

TAPAK PELUPUSAN DI TANAH MERAH DALAM PERINGKAT KAJIAN KESAN ALAM SEKITAR

SEREMBAN, 31 Mei 2011 (Bernama) -- Menyedari betapa meruncingnya masalah tapak pelupusan sampah di Negeri Sembilan, kerajaan negeri mencadangkan pembinaan tapak pelupusan sanitari di Tanah Merah, Port Dickson.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Siow Chen Pin berkata tapak pelupusan ini akan dapat memenuhi keperluan pelupusan sampah bagi kawasan kritikal iaitu kawasan Majlis Perbandaran Seremban, Majlis Perbandaran Nilai, Majlis Perbandaran Port Dickson, Majlis Daerah Rembau dan Majlis Daerah Tampin.

"Tapak pelupusan sanitari di Tanah Merah itu kini dalam peringkat kajian kesan alam sekitar," katanya pada program penempatan tong komunal Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) 1,100 liter oleh SWM Environment Sdn Bhd di sini, Selasa. Turut hadir Pengurus Besar SWM Environment Dr Uzir Abdul Malik.

Katanya bagi kawasan di daerah lain seperti Majlis Daerah Jempol, Majlis Daerah Jelebu dan Majlis Daerah Kuala Pilah, masih boleh menggunakan tapak pelupusan Koh Foh.

Begitu pun, katanya tapak pelupusan Bukit Palong, Sua Betong, Kuala Sawah, Ulu Maasop dan Pajam telah pun dilaksanakan penutupan selamat.

Siow berkata pemberian tong komunal JPSPN secara percuma adalah salah satu usaha kerajaan persekutuan untuk memberikan kemudahan pelupusan sampah dengan lebih baik dan teratur.

Oleh itu, katanya semua pihak perlu bersama-sama memainkan peranan positif untuk menjaga kebersihan persekitaran dengan memastikan sampah dimasukkan ke dalam beg plastik sampah sebelum dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.

Uzir berkata pihaknya telah menempatkan sebanyak 79 buah tong sampah komunal berkapasiti 1,100 liter di kawasan strategik khususnya di kawasan penduduknya mempunyai kepadatan tinggi seperti rumah pangsa dan kawasan pinggiran bandar sejak Mac lepas.

Tong komunal untuk pembuangan sampah domestik diberikan oleh JPSPN bagi ditempatkan di lokasi terpilih di negeri ini bagi memastikan persekitaran bersih ke arah pelaksanaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) nanti.

Tong komunal yang diperbuat dengan cara 'injection moulding' daripada plastik HDPE yang tahan lama, mempunyai roda dan mudah digerakkan. Ia direka dengan sistem canggih untuk mengangkat tong secara mekanikal.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=590399&cat=tn


TAPAK PELUPUSAN SANITARI BERPUSAT BARU GUNA TEKNOLOGI TERKINI

SEREMBAN, 4 Okt (Bernama) -- Tapak pelupusan sanitari berpusat di Ladang Perhentian Tinggi, Rembau yang dibangunkan oleh Southern Waste Management Sdn Bhd (SWM), syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal, akan menggunakan kepakaran dan teknologi terkini bagi menyediakan sistem pelupusan sampah moden dan mesra alam.

Pengurus Besar SWM Negeri Sembilan Dr Al Ashari Othman berkata tapak pelupusan di kawasan seluas 57.105 hektar itu masih dalam proses mendapatkan kelulusan kesan alam sekitar terperinci daripada pihak berkuasa.

"Kajian kesan alam sekitar bagi projek ini dibuat mengikut kehendak dan keperluan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Ini perlu bagi memastikan reka bentuk dan sistem yang akan digunakan dapat melindungi alam sekitar daripada kesan negatif serta pencemaran," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa SWM bersama media, di sini, Selasa.

Katanya pembinaan dan pengurusan pusat pelupusan sanitari itu akan melaksanakan amalan terbaik mengikut piawaian yang diamalkan di negara maju.

"Ia akan dilengkapi teknologi kejuruteraan bagi mencegah pencemaran air bawah tanah, pemasangan sistem paip untuk mengawal bahan pencemaran serta penghasilan gas hasil daripada proses pereputan sampah.

"Loji rawatan air larut resap disediakan, dengan air larut resap dirawat secara fizikal dan kimia sehingga selamat untuk dilepaskan mengikut piawaian yang ditetapkan," katanya.

Dr Al Ashari berkata pusat pelupusan sanitari itu yang dapat menampung 6.5 juta tan sampah, mampu mengurus antara 700 dan 1,120 tan sampah sehari.

Katanya berikutan pembinaan pusat pelupusan sanitari ini, kemudahan seperti stesen pemindahan, turut disediakan selain kemudahan rawatan sampah atau kitar semula serta ditukar menjadi tenaga atau bahan bakar berasaskan bahan buangan.

Beliau berkata pembinaan tapak pelupusan sanitari berpusat itu adalah antara usaha jangka panjang kerajaan negeri untuk menjadikan Negeri Sembilan sebuah bandar bersih dengan alam sekitar yang terpelihara.

Katanya tapak pelupusan sanitari berpusat ini akan dibangunkan secara berperingkat-peringkat, dengan pembinaan fasa pertama dijangka dimulakan akhir tahun ini.

Pusat itu akan menampung sampah Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Majlis Perbandaran Nilai (MPN), Majlis Daerah Tampin (MDT) dan Majlis Daerah Rembau (MDR), katanya.

Sementara itu, beliau berkata memandangkan jangka hayat tapak pelupusan Chembong, Rembau hampir tamat dan tidak lagi dapat menampung kapasiti sampah dari MPS dan Nilai Selatan, tapak pelupusan berkenaan hanya dibuka untuk menerima sampah MDR sahaja.

Dr Al Ashari berkata Kerajaan Negeri pada 12 Jun lepas memutuskan supaya sampah MPS dan Nilai Selatan dihantar ke tapak pelupusan Bukit Palong, Lukut sehingga pusat pelupusan sanitari berpusat baru siap selewat-lewatnya awal tahun depan.

-- BERNAMA

http://web6.bernama.com/client/iwk/berita.php?id=223059

PAS Rembau pergiat edar risalah 10 JANJI

Posted: 10 Aug 2011 06:36 PM PDT



PAS Negeri Sembilan kini sedang giat mengedarkan risalah "10 Janji Pakatan Rakyat Dalam 100 Hari Jika Diberikan Kuasa Memerintah" kepada orang ramai di negeri ini.

Sila ke pautan berikut untuk muat turun risalah tersebut di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/08/pas-rembau-pergiat-edar-risalah-10.html

‎10 Janji Pakatan Rakyat Dalam 100 Hari Jika Diberikan Kuasa Memerintah tersebut ialah :

1. Mereformasikan institusi SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

5. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

6. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.

7. Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.

10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

Tiada ulasan:

Nuffnang