Khamis, 11 Ogos 2011

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Lelaki 78 isteri dipenjara seumur hidup

Posted: 11 Aug 2011 02:00 AM PDT

11 Ramadhan 1432H. [MOD] -

SAN ANGELO, Texas - Seorang pemimpin mazhab poligami, yang menjadi tajuk utama akhbar pada tahun 2008 yang ditahan polis dalam satu serbuan, dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup selepas dia didapati melakukan serangan seks ke atas dua gadis muda.

Pemimpin itu, Warren Jeffs berusia 55 tahun tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika hukuman itu dibacakan oleh pihak juri yang mengambil masa kurang sejam untuk membuat keputusan di sebuah mahkamah kelmarin.

Mazhab yang dibawa Jeffs menjadi tumpuan umum apabila polis Texas menyerbu rumahnya yang berhampiran bandar kecil Eldorado pada 2008 dan membawa keluar lebih 468 budak lelaki dan perempuan ekoran terdapat dakwaan berlaku penderaan seksual dan fizikal yang sistematik.

Namun pihak mahkamah kemudian mengarahkan budak lelaki dan perempuan itu dipulangkan kepada ibu bapa mereka.

Menurut pihak pendakwa raya, Jeffs mempunyai 78 isteri. - Agensi

‘Tiada lagi sentuhan kasih sayang’

Posted: 11 Aug 2011 01:30 AM PDT

11 Ramadhan 1432H. [MOD] -

MASALAH...kegagalan guru untuk mendidik boleh mengakibatkan pelajar menjadi lebih bermasalah kerana kurang perhatian dan kasih sayang.
GURU dulu tegas dan komited sewaktu menjalankan tugas, namun di sebalik ketegasan itu ada hati yang bersih dan ikhlas mendidik pelajar menjadi anak bangsa berjaya.

Disebabkan sikap bertanggungjawab itu, mereka bukan saja dihormati malah mulia kedudukannya dalam kalangan masyarakat.

SALAH SIAPA...jika pelajar jadi begini, siapakah yang harus dipersalahkan.

PENDEKATAN SEBENAR...guru perlu bijak menggunakan pendekatan betul bagi memastikan proses pembelajaran berjalan lancar dan cemerlang.

Kini, ketegasan, integriti, profesionalisme, hak bersuara serta taraf guru semakin suram dan merudum di mata masyarakat malah menyedihkan kerana golongan itu mudah diperkotak-katikkan pelajar sendiri.

Ini menjadikan hubungan antara guru-pelajar semakin jauh, dingin dan bergolak. Kesannya, semangat guru kian pudar melaksanakan tanggungjawab lebih dedikasi.

Disebabkan tidak mendapat sokongan selain bebanan tugasan semakin bertambah, motivasi sebahagian guru mulai luntur dan culas melaksanakan tanggungjawab. Mereka tidak lagi memegang falsafah ingin bertanggungjawab memberi pendidikan, tetapi lebih kepada mengajar semata-mata.

Mengajar lebih menjurus kepada kaedah 2M iaitu membabitkan proses penyampaian ilmu pengetahuan dari guru kepada pelajar dan lebih menumpukan kepada pembangunan intelektual atau akademik.

Manakala mendidik membentuk sahsiah atau akhlak dan memerlukan tempoh masa panjang untuk membentuk akhlak pelajar yang baik.

Persoalannya apakah beza mendidik dan mengajar?

Pensyarah Kanan Program Pendidikan Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Isya Awang, berkata ada perbezaan antara konsep mendidik dan mengajar dalam ilmu pendidikan.

Beliau berkata, mengajar lebih ketara berbentuk fizikal manakala mendidik sebagai 'sentuhan' emosi dan kasih sayang guru kepada pelajar.

"Boleh dikatakan sebahagian guru hari ini hanya menumpukan pada konsep mengajar berbanding mendidik. Mereka datang ke sekolah hanya untuk mengajar, menghabiskan silibus dan menerima gaji hujung bulan.

"Tiada lagi 'sentuhan' atau perasaan kasih sayang telus seperti ditunjukkan golongan guru dulu. Guru dan pelajar kurang berinteraksi, sentiasa mencipta konflik.

"Bagaimanapun, menuding jari pada guru semata-mata adalah tidak adil kerana kita terpaksa menerima keadaan itu kerana senario hari ini tidak semuanya memihak kepada mereka," katanya.

Katanya, kadangkala guru dibebani kerenah pelajar yang pelbagai menyebabkan ada yang sukar menumpukan perhatian. Akibatnya, akan ada pelajar yang terabai terutama mereka yang bermasalah.

"Tambah memburukkan keadaan, ibu bapa pula datang menyerang dan mempersoalkan kredibiliti guru. Apabila semua pihak menghentam, tidak mustahil ada yang mengambil langkah drastik bersikap sambil lewa dan enggan mengambil tahu," katanya.

Menurutnya, kebanyakan ibu bapa hanya tahu mengambil pendekatan 'lepas tangan' atau bertindak secara melulu tanpa usul periksa. Secara tidak langsung memberi tekanan kepada guru untuk mencorakkan gaya pembelajaran mereka.

"Jalan mudah, mereka hanya mengajar dan tidak mahu mendidik. Ironinya, guru berpendapat, tidak perlu menjalin atau mengambil berat mengenai pelajar kerana ibu bapa sendiri kurang memberi sokongan.

" Mengapa mesti menanggung beban sedangkan ibu bapa hanya relaks. Ia seperti barah hingga akhirnya menghakis sikap profesionalisme guru yang sepatutnya bertanggungjawab penuh terhadap tugas dan tanggungjawabnya," katanya.

Ditanya mengapakah guru zaman dulu mempunyai nilai 'sentuhan' ajaib hingga menerbitkan hubungan rapat dengan pelajar, beliau berkata tugas guru dulu jarang 'diganggu' atau digugat pelbagai tugas sampingan lain.

Menurutnya, guru dulu boleh menumpukan perhatian pada tanggungjawab hakiki kerana semua pihak faham makna pendidikan dan menuntut ilmu.

"Masalahnya hari ini guru atau pihak berkenaan kurang memahami makna itu tapi lebih mementingkan keputusan akademik . Malangnya itu bukan jaminan cemerlang sahsiah diri.

" Secara tidak langsung, menggambarkan bagaimana proses mendidik gagal dilaksanakan sedangkan untuk berjaya, gabungan keduanya perlu seimbang supaya dapat menampung kekurangan yang ada," katanya.

Guru pula sebaliknya ada yang tidak mampu mempunyai komitmen tinggi terhadap tugas kerana segelintirnya menjadi guru semata - mata mahu mempunyai gaji dan pendapatan samping yang lebih berbentuk material.

" Dibandingkan guru dulu, mereka ikhlas dan tidak berkira mengenai bayaran, guru sekarang sebaliknya malah ada yang terus melanjutkan tugas di luar dengan harapan memperoleh pendapatan sampingan, misalnya tuisyen.

" Itu tidak salah namun sejauh manakah guru mampu membina hubungan baik dan mesra dengan pelajar. Adakah mereka mengambil berat dengan bertanya khabar atau masuk kelas, mengajar, beri kerja rumah kemudian keluar?

" Suasana seperti ini tidak sihat kerana perhubungan guru - pelajar hanya termaktub dalam kelas semata - mata. Guru tidak mengenali pelajar, begitu sebaliknya, justeru bagaimanakah sentuhan kasih sayang itu boleh menerbitkan hubungan yang erat," soalnya.

Guru, katanya, perlu berusaha mengembalikan semula martabat sebagai golongan dihormati manakala masyarakat termasuk ibu bapa perlu memberi peluang golongan itu mencorakkan proses pendidikan mengikut acuan tersendiri asalkan tidak menyalahi peraturan.

" Guru jadilah golongan bertanggungjawab, kembalikan semula maruah yang sudah lama tercalar. Proses melahirkan masyarakat dan bangsa berguna tidak boleh dizahirkan melalui satu mekanisme semata-mata.

"Boleh mengajar tapi tekankan juga kepentingan mendidik. Barulah lengkap pakej untuk melahirkan pelajar cemerlang akademik, budi dan peribadi seperti termaktub dalam falsafah Pendidikan Kebangsaan," katanya.

Tokoh Guru Kedah 2009, Sayed Mahadzir Sayed Omar pula berpendapat teknik mendidik dan mengajar guru berbeza dibandingkan guru zaman dulu.

Menurutnya, guru dulu mengajar berasaskan kasih sayang dan semangat patriotisme juga menerima kepercayaan tinggi daripada ibu bapa yang rela 'menyerahkan' anak untuk dididik.

" Mereka tidak kisah anak 'dipukul' kerana tahu itu tanggungjawab guru menjadikan mereka berjaya. Malangnya hari ini tidak boleh kerana banyak akta atau peraturan perlu dipatuhi.

" Bayangkan, kalau pelajar bermasalah, tapi tangan guru 'terikat', apakah boleh pelajar itu diasuh menjadi manusia yang baik? Justeru tidak hairanlah, ramai guru hari ini lebih senang mengajar daripada mendidik kerana tidak mahu masalah berbangkit," katanya.

metro/-

Maut dirempuh kereta api

Posted: 11 Aug 2011 01:20 AM PDT

11 Ramadhan 1432H. [MOD] -

BAGAN SERAI: Tindakan seorang ahli perniagaan cuba menyeberangi landasan kereta api menggunakan lintasan haram berakhir tragedi apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu dirempuh sebuah kereta api penumpang, petang semalam.

Kejadian jam 3.40 petang semalam menyebabkan kenderaan mangsa diseret sebelum terhumban hampir 20 meter berhampiran kilometer 59.5 landasan kereta api, Alor Pongsu, di sini.

Difahamkan kereta api penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu yang datang dari arah utara menuju selatan tidak sempat berhenti lalu merempuh MPV dipandu mangsa yang berada di tengah landasan.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan yang dihubungi berkata, mangsa yang memandu MPV model Toyota Unser dipercayai datang dari arah pekan Alor Pongsu menuju ke kawasan pedalaman.

Menurutnya, mangsa didapati cuba menaiki tebing landasan berkenaan tanpa menyedari kehadiran kereta api penumpang itu.

"Kenderaan mangsa yang berada di tengah landasan dirempuh tepat kepala gerabak kereta api terbabit sebelum terpelanting dan terbalik sejauh 15 meter.

"Mangsa dikenali sebagai Choo Cheang Phang, 46, mengalami kecederaan parah di tubuh dan kepala. Mangsa berjaya ditarik keluar oleh orang ramai yang menyedari nahas itu," katanya.

Menurutnya, rempuhan kuat itu menyebabkan kenderaan mangsa remuk pada bahagian sisi kanan bersebelahan dengan tempat duduk mangsa.

"Mangsa yang kritikal dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk menjalani rawatan kecemasan. Bagaimanapun mangsa dilaporkan menghembus nafas terakhir jam 9.10 malam tadi.

"Dalam kejadian itu, pemandu kereta api itu hanya berhenti seketika memberi bantuan sebelum menyambung semula perjalanan. Pihak polis masih menyiasat punca kejadian, dan tujuan mangsa menggunakan laluan landasan berkenaan" katanya.

my metro/-

PAS letak 100 hari menjelang PRU 13

Posted: 11 Aug 2011 01:15 AM PDT

11 Ramadhan 1432H. [MOD] -
Safarizal Saleh

10 Ogos 2011 (IPOH) - PAS telah mengarahkan semua jentera pilihanrayanya agar bersedia bermula daripada sekarang dengan kiraan 100 hari menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke - 13 tegas Naib Presiden PAS Haji Salahuddin Ayub ketika program bersama PAS Kawasan Ipoh Timur di sini.

Salahuddin dalam ucapannya selepas menunaikan Solat Sunat Tarawikh bersama PAS Ipoh Timur menjelaskan bahawa keputusan Mesyuarat PAS Pusat baru-baru ini menjangkakan bahawa PRU 13 akan berlaku dalam masa yang terdekat.

'Saya ingin maklum bahawa peringkat PAS Pusat telah memutuskan bahawa semua jentera parti sudah dipersiapkan dalam tempoh 100 hari daripada sekarang dan kita menjangkakan PRU 13 sudah hampir dengan kita' jelas Salahuddin di dalam ucapannya di Markaz Unit Peti Undi (UPU) Taman Pengkalan Barat, Ipoh.

Beliau juga meminta semua peringkat parti mesti bekerja keras bagi memenangkan Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU 13 ini untuk sama-sama sampai ke Putrajaya jelas Salahuddin. Beliau yakin semua Ahli PAS akan membantu jentera PR samaada PKR atau DAP untuk sama-sama bekerja keras kali ini.

Salahuddin yang hadir ke majlis berbuka puasa dengan Ahli PAS yang telah dianjurkan oleh PAS Ipoh Timur

Gejala murtad : UMNO tidak serius

Posted: 11 Aug 2011 01:10 AM PDT

11 Ramadhan 1432H. [MOD] -
Safarizal Saleh

Dewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia) menegaskan pendirian bahawa peruntukan yang telah termaktud di dalam Perlembagaan Negara yang menegaskan Islam sebagai Agama rasmi Persekutuan dan ruang lingkup yang memastikan agama Islam terpelihara di dalam negara kita adalah agenda berterusan tanpa korompomi daripada mana-mana pihak yang secara sengaja mencabar kedaulatan Islam di dalam negara kita. Jesteru kami ulangi bahawa usaha mengganggu-gugat institusi Islam akan berdepan dengan suasana yang sengaja mengeruhkan perpaduan yang selama ini kita capai yang tidak sepatutnya berlaku sama sekali.

Akan tetapi, bagi kami kepada sebuah parti yang kini memerintah negara atas nama Umno sepatutnya lebih prihatin terhadap suasana yang dibentuk secara tidak langsung atas pendekatan-pendekatan kerajaan ketika ini. Sebagai teguran serius kepada Umno, perkara paling kecil berkaitan menutup aurat pun langsung tidak diambil kira oleh Umno sehingga sekarang. Suasana inilah yang dilihat oleh pihak luar sebenarnya keringanan Umno meninggikan martabad Islam di mata bukan Islam. Walaupun menutup aurat perkara yang kecil tidak mampu dipertegaskan oleh Umno, bagaimana dengan agenda besar Islam yang lain akan dipastikan ianya berjaya kepada seluruh umat Islam tercapai.

Kami amat kesal usaha Umno meninggikan syiar Islam di dalam negara kita. Bagi kami apa yang berlaku, Umno perlu bertanggungjawab sepenuhnya kerana kekuasaan institusi Islam yang memakin hari, semakin dicabar oleh pihak luar yang langsung tidak diendahkan oleh Umno sebagai parti tulang belakang Barisan Nasional (BN) yang kini masih memerintah Malaysia. Banyak perkara yang berkaitan isu Islam yang dibiarkan oleh Umno tanpa membela atau menegaskan sepertimana yang jelas di dalam Perlembagaan Negara. Jesteru, kami merasakan kemelut yang berlaku kini semuanya akan diletakkan 'dibawah karpet' sahaja tanpa berlaku apa-apa penyelesaian selepas ini.

Pendedahan rasmi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini bahawa jumlah permohonan keluar Agama di Mahkamah Syariah sebanyak 863 kes sudah cukup membuktikan ketidak seriusan kerajaan menangani isu murtad dan kegagalan Umno untuk menjaga kedaulatan dan ketuanan agama Islam itu sendiri. Kami akan mempertahankan Perlembagaan Negara terutamanya Artikel 114 dan juga berharap dapat mempertahankan isu murtad ini, Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) amnya perlulah juga mengikut peraturan dan prosedur dalam penguatkuasaanya berdasarkan Undang-Undang Negara.

RAJA AHMAD AL-HISS
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Liwat II: Dua lagi saksi potensi ditemubual

Posted: 11 Aug 2011 01:00 AM PDT

11 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Dua saksi potensi bagi perbicaraan liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemubual oleh peguam ketua pembangkang itu hari ini.

Mereka adalah pengawal peribadinya Mokhtar Mustafa dan pemandunya Abdullah Sani Said.

Mereka ditemubual selama hampir sejam oleh peguam Karpal Singh dan Sankara Nair.

Anwar turut hadir pada sesi temubual itu.

Menurut Karpal Singh, dua lagi saksi akan ditemubual esok. Mereka adalah pemilik kondominium di mana kejadian meliwat itu didakwa berlaku, iaitu Hasanuddin Abd Hamid dan Noor Sham Abdul Hamid.

"Tiada petunjuk bilakita boleh dapat temubual Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

"Mahkamah telah memberikan pihak pendakwaan tempoh seminggu untuk membekalkan saksi untuk ditemubual oleh pihak pembelaan sebelum perbicaraan membela Anwar bermula. Jadi kita tunggu dan lihat," katanya.

malaysiakini/-

Pemimpin BN tidak prihatin kepada rakyat .

Posted: 11 Aug 2011 12:48 AM PDT

11 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Najib Razak terus berbohong kepada rakyat dengan memperkenalkan NKRA ketujuh iaitu kononnya berusaha keras bagi menangani kos sara hidup rakyat yang kian meningkat.

Ini suatu yang amat bercanggah dengan keperluan rakyat yang sebenarnya, rakyat mahukan supaya sistem yang ada di Negara kini diperbaiki secara menyeluruh, selain menuntut pengagihan ekonomi secara adil dan tidak membazir, rakyat juga menuntut supaya pengurusan pilihanraya direformasikan secepat mungkin.

Beliau terus perbodoh rakyat dengan mengatakan kerajaan BN lah yang membela rakyat sejak merdeka, saya ingin menegaskan bahawa janji tersebut layak diketegorikan sebagai hikayat dongeng.

Sebenarnya Umno-BN telah gagal menguruskan khazanah Negara melalui pembaziran projek-projek mega yang menelan belanja berbilion ringgit .

Isteri PM telah memecah satu tradisi yang diamalkan oleh isteri PM sebelumnya dengan memamirkan kehidupan mewah yang melampau dalam keadaan rakyat sedang mengikat perut dan terus dihimpit kemiskinan.

Maka wajarkah Najib bercakap tentang kos hidup rakyat sedangkan batang tubuhnya tidak mengambarkan kehidupan rakyat yang sebenarnya.

Tatkala berlaku kepincangan terhadap ekonomi Negara, Umno-BN sering persalahkan ekonomi global pula walhal Negara yang kukuh ekonominya tidak bergantung sangat kepada gaya turun naik ekonomi di peringkat antarabangsa . Apalagi Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak, di sinilah hujah kuat bahawa Najib telah gagal mentadbir negara, wajarkah beliau dan BN terus dipertahankan?

Rakyat lagi ditipu bulat-bulat apabila Najib Razak berkata bahawa Malaysia merupakan pemberi subsisi rakyat yang tertinggi, perkara ini tidak benar kerana subsidi rakyat yang dimaksudkan cuma berjumlah sekitar 3 bilion, itu pun tidak semua wang tersebut sampai kepada rakyat.

Cuba bayangkan jika subsidi kepada rakyat setahun berjumlah RM3 bilion itupun dalam perancangan ditarik, walhal rakyat Malaysia berada dalam lingkungan berjumlah 27 juta orang, ini bermakna subsidi yang sampai kepada setiap rakyat cuma lebih kurang RM111 untuk setahun, jelas sekali pemimpin BN tidak prihatin kepada rakyat?

Pakatan Rakyat telah menunjukkan komitmen yang jitu dalam membela hak rakyat, di Pulau Pinang misalnya, setelah kerajaan persekutuan mengumumkan bonus separuh gaji dan minima RM500 bakal diberi menjelang musim perayaan. Ketua Menteri mengumumkan lebih dari itu.

Kerajaan Pulau Pinang yang ditadbir PR memandang jumlah ini tidak memadai jika mahu bela kos rakyat, maka dengan serta merta Ketua Menteri Pulau Pinang mengumumkan bonus minima untuk kakitangan kerajaan negeri berjumlah minima RM600 iaitu lebih seratus dari pemberian kerajaan persekutuan .

Di sini jelas kepada kita bahawa BN bukanlah kerajaan yang membela rakyat, kerana itu rakyat mestilah memberi jawapan yang paling tepat dengan sungkurkan BN pada PRU 13 nanti .

Drs. Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 11 Ogos 2011

Khutbah Jumaat : Bersatulah mempertahankan aqidah

Posted: 11 Aug 2011 12:43 AM PDT

11 Ramadhan 1432H. [MOD] -

BERSATULAH MEMPERTAHANKAN AQIDAH

(12 Ramadhan 1432 / 12 Ogos 2011)

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،

شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًۭى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍۢ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِ

Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjadi pembeda antara kebenaran dan kebatilanl" - Surah al Baqarah : 185.

أَشْهَدُ أَنْ لَّآإِلهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ, وَرَسُوْلُهُ

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ

أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ ! اتَّقُواْ اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَاتَمُوْتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah !

Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Hadirin yang dirahmati Allah,

Dr. Zakir Naik, seorang pakar perbandingan agama dalam salah satu dialog bersama penganut agama lain telah diajukan soalan; mengapa di Mekah dan Madinah tidak dibenarkan didirikan rumah ibadat agama lain sedangkan di negara bukan Islam lain termasuk England dan Amerika Syarikat membenarkan pembinaan masjid dan surau. Beliau menjawab adakah pihak sekolah akan membenarkan guru matematik yang mengajar muridnya 2 kali 2 bersamaan dengan 6 sedangkan pihak sekolah berkeyakinan bahawa 2 kali 2 bersamaan dengan 4. Maka bodohlah pihak sekolah yang masih membenarkan guru yang mengajar ajaran salah dari terus mengajar murid-murid mereka.

Oleh kerana orang Islam meyakini bahawa hanya Islam sahaja yang diterima Allah dan hanya Islam sahaja satu-satunya agama yang benar, maka umat Islam wajiblah menjaga kebenaran tersebut daripada dicemarkan jika mereka mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Allah berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 19 :

إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلْإِسْلَـٰمُ ۗ …..

Sesungguhnya agama yang diterima olleh Allah hanyalah Islam.

Sidang Jumaat sekelian,

Sesebuah negara Islam wajib mempertahankan Islam dan menjaga aqidah umat Islam dari dirosakkan oleh penganut agama lain. Mempertahankan aqidah umat Islam tidak boleh disamakan dengan menyekat kebebasan penganut agama lain dari melaksanakan amalan agama mereka. Apakah maknanya kita dipimpin oleh orang Islam jika Islam disamatarafkan dengan agama lain di negara ini. Apakah apabila kita boleh berdakwah mengenai Islam kepada penganut agama lain, maka mereka juga perlu diberi kebebasan bagi memesongkan aqidah dan memurtadkan umat Islam. Apakah apabila mereka boleh membaca terjemahan al-Quran dan buku-buku berkaitan Islam maka mereka juga bebas menyebarkan risalah agama mereka di kalangan penganut Islam. Jika itu yang kita maksudkan, tak perlulah kita berjuang mempertahankan kepimpinan kita mesti di kalangan orang-orang Islam.

Sidang Jumaat sekelian,

Serbuan dan Pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist, Damansara Utama baru-baru ini telah menjadi bukti bahawa umat Islam tidak mahu bersatu walaupun melibatkan usaha mempertahankan aqidah umat Islam di negara kita sendiri. Berbagai pihak lebih ghairah menghentam JAIS seolah-olah tindakan tersebut adalah satu kesalahan yang amat besar dan bercanggah dengan undang-undang. Apakah mereka yang banyak bercakap ini benar-benar memahami undang-undang yang dikuatkuasakan. Apakah mereka menganggap bahawa pihak-pihak berkuasa agama akan melakukan tindakan tersebut sewenang-wenangnya tanpa melihat kepada keharusannya dari segi Syarak. Salahkah pihak berkuasa agama melaksanakan usaha pencegahan awal ( سَدُّ الذَّرَائِع ) bagi mengelakkan umat Islam dimurtadkan di negara yang Islam adalah agama persekutuannya.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Umat Islam perlu lebih bijak bercakap sebelum mengetahui fakta sebenar. Kita mesti mengkaji atas alasan apa mereka yang terlibat tidak mendapat bantuan daripada pihak Baitulmal. Yakinkah kita bahawa mereka benar-benar layak untuk menjadi salah satu dari asnaf-asnaf zakat mengikut hukum Syarak. Apabila timbulnya isu kemiskinan dalam masyarakat, apakah kita hanya melihat kepada peruntukan zakat semata-mata sedangkan begitu banyak agensi dan yayasan lain yang ditubuhkan untuk membasmi kemiskinan dan mempunyai peruntukan yang lebih banyak berbanding zakat. Di mana pula peranan berbagai pihak wakil rakyat, pemimpin tempatan dan para hartawan yang beragama Islam sehingga menyebabkan mereka terpaksa mengharapkan belas ihsan daripada rumah ibadat orang-orang bukan Islam. Ini sebenarnya hanyalah membuktikan kepincangan sistem kemasyarakatan umat Islam yang sudah tidak lagi menghayati Islam yang sebenarnya. Kebanyakan dari kita hanya pandai bercakap berbanding berusaha, lebih banyak menuding jari berbanding menyumbang bakti dan tidak benar-benar prihatin terhadap sesama sendiri.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Kita boleh menyalahkan berbagai pihak yang membiarkan kita terdedah kepada hasutan pihak luar. Namun hakikatnya bagi yang mempunyai maruah dan jati diri, kita sepatutnya tidak akan menggadaikan aqidah mereka dengan harga yang murah. Wajarkah masih ada lagi rakyat kita yang hidup merempat sedangkan pendatang asing yang datang sehelai sepinggang mampu hidup mewah di negara tercinta ini. Jika para sahabat sangup mati dan menanggung berbagai penyiksaan bagi mempertahankan aqidah, apakah wajar kita menggadaikan aqidah kita dengan hanya mengharapkan bantuan kewangan yang tidak seberapa daripada musuh-musuh Allah.

وَلاَ تَشْتَرُوا بِعَهْدِ اللَّهِ ثَمَنًا قَلِيلاً ۚ إِنَّمَا عِندَ اللَّهِ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿ الأنفال : ٩٥﴾ مَا عِندَكُمْ يَنفَدُ ۖ وَمَا عِندَ اللَّهِ بَاقٍ ۗ وَلَنَجْزِيَنَّ الَّذِينَ صَبَرُوا أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿الأنفال : ٩٦﴾

Dan janganlah kamu jual belikan agama Allah dengan keuntungan dunia yang sedikit, sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahuinya. Apa yang ada pada kamu akan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan ganjaran yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.

Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah,

Sewajarnya kita bersatu padu dalam memenangkan Islam dalam Negara tercinta ini. Usaha mempertahankan aqidah umat terlalu besar tuntutannya berbanding menjaga hati orang kafir walaupun ianya merugikan sokongan mereka terhadap kita. Semua umat Islam mesti mengenepikan kepentingan masing-masing dan wajib saling membantu pihak berkuasa agama dalam mengangkat martabat umat Islam dan mempertahankan aqidah ummat. Kelemahan dan kecacatan dalam sesetengah tindakan dalam usaha jihad ini hendaklah sama-sama diperbaiki. Kalau tidak ada suatu sumbanganpun yang boleh kita salurkan maka cukuplah sekadar mendokong dan menyokong dari belakang tidak hanya pandai mencerca dan mengeji.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


Cukup-cukuplah buat dosa, banyakkan pahala

Posted: 11 Aug 2011 12:40 AM PDT

11 Ramadhan 1432H. [MOD] -
Ust. Ahmad Baei Jaafar

Berapa banyak lagi umat Islam hendak buat dosa, meskipun berada dalam bulan puasa yang ditawarkan dengan banyak pahala. Apakah mereka tidak berpuasa atau tidak sedar apa yang mereka lakukan sekarang itu satu dosa atau setidak-tidaknya boleh mengurangkan pahala puasa. Atau adakah mereka sengaja mahu menghina Islam?
Sepatutnya bermula bulan puasa kita kunci mulut yang suka buat dosa, kunci kaki yang suka buat dosa dan kunci tangan yang suka buat dosa. Kalau selama ini bertimbun dosa, hendaknya bulan ini bertimbun pahala dan dosa yang lama boleh terampun dengan taubat setiap hari dalam bulan Ramadan. Yalah, Rasulullah sendiri menegaskan; Ramadan awalnya Rahmat, pertengahannya Maghfirah dan akhirnya itqunminannar.

Apakah mereka tidak mahu Rahmat Allah, apakah mereka tidak mahu Pengampunan Allah, dan adakah mereka tidak mahu pembebasan daripada api neraka Allah. Kalau mahu mengapa masih mahu buat dosa? Tidak takutkah dosa itu berganda seperti bergandanya pahala. Inilah yang sangat menghairankan saya.

Minggu pertama puasa lagi ada orang Islam yang secara sengaja menyakitkan hati orang bukan Islam. Mereka timbulkan isu orang bukan Islam hendak murtadkan orang Islam. Apakah orang Islam yang masuk gereja sudah jadi murtad? Pada masa yang sama kita sudah menyakitkan hati orang Islam dan organisasi Islam. Mereka tuduh orang Islam tidak mahu bertindak menyelesaikan masalah dengan bijak. Apakah masalah besar boleh diselesaikan dalam sehari dua?

Mengapa orang Islam sanggup jadi ejen musuh Islam bagi merosakkan perpaduan ummah? Apakah mereka tidak sedar bahawa mereka sedang diperalatkan oleh pihak lain untuk menghancurkan Islam? Ya, mungkin dia tidak kena musuh Islam. Kalau begitu siapa musuh Islam itu? Untuk pengetahuan semua, ada dua musuh Islam yang sangat hampir dengan kita iaitu Nafsu yang sangat mengajak ke arah kerosakan dan kedua Syaitan yang niatnya untuk menyesatkan umat Islam.

Kini syaitan dirantai dan kurang berperanan untuk menggoda manusia, maka tinggallah nafsu sebagai penggoda tunggal. Kenapa kita tewas dengan nafsu? Janganlah kerana bencikan seseorang kita tidak nampak kebaikannya lagi. Janganlah tutup kebaikan orang hanya kerana hendak menaikkan kebaikan kita, nanti kesannya kita tidak beroleh apa-apa.

Bertaubatlah wahai umat Islam. Insafilah diri kerana dosa yang bertimbun itu kalau dipohon ampun dengan cara ikhlas akan diampun sepenuhnya. Lakukan ibadah dengan sempurna tanpa dosa lagi. Kemudian bayarlah zakat fitrah kepada AMIL yang dilantik kerajaan. Biarlah nanti orang yang berhak mendapat zakat boleh menyambut raya sama seperti orang lain.

Zakat penting dibayar oleh umat Islam kerana zakat harta adalah untuk membersihkan harta kita yang bercampur dengan hak orang lain di dalamnya. Kalau zakat tidak dikeluarkan bermakna kita akan terus makan hak orang lain.

Manakala zakat fitrah adalah untuk membersihkan diri kita daripada dosa sekali gus menyempurnakan ibadah puasa yang mungkin ada kekurangan. Kalau tidak bayar, maka selain berdosa, puasa kita tidak sempurna. Jadi, bayarlah zakat fitrah kepada amil.

Tetapi di sini juga ada timbul persoalan, mereka tidak mahu membayar zakat kerana fobia dengan penyelewengan pihak pengurus zakat. Dengan ini mereka secara tidak langsung menuduh badan tersebut tidak amanah. Bayangkan dengan sekejab sahaja mereka beroleh dua dosa, dosa tak bayar zakat dan dosa membuat fitnah.

Sebenarnya soal siapa pengendali zakat itu tidak timbul kerana zakat yang kita bayar itu sudah sah dan Allah sudah terima. Kalau pengendali itu tidak amanah lalu menyelewengkan harta tersebut, maka dosanya kepada Allah dan pastinya mereka akan dihukum. Kita tidak perlu risau urusan Allah, tetapi risaulah dengan urusan kita yang belum selesai ada ada dengan Allah dan manusia.

Belum Ada Petunjuk Bila Boleh Temubual Najib, Rosmah-Karpal

Posted: 11 Aug 2011 12:30 AM PDT

11 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 11 OGOS : Tiga hari telah berlalu, namun belum ada petunjuk bila pasukan peguam bela, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menembual Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, kata peguam Karpal Singh.

Mahkamah sebelum ini membenarkan permohonan Anwar menemubual 15 saksi sebelum beliau memberikan keterangan membela diri dalam kes fitnah liwat ke atasnya pada 15 Ogos ini.

"Mahkamah telah memberikan pihak pendakwaan tempoh seminggu untuk membekalkan saksi untuk ditemubual oleh pihak pembelaan sebelum perbicaraan membela Anwar bermula. Jadi kita tunggu dan lihat," kata Karpal.

Hari ini, dua lagi saksi dalam kes fitnah liwat Anwar ditemubual oleh peguam Karpal dan Sankara Nair.

Mereka ialah pengawal peribadinya Mokhtar Mustafa dan pemandunya Abdullah Sani Said.

Temubual itu berlangsung selama sejam lamanya,

Dalam pada itu Karpal memberitahu, dua lagi saksi akan dipanggil esok.

Mereka adalah pemilik kondominium, lokasi kejadian di mana Anwar didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Hasanuddin Abd Hamid dan Noor Sham Abdul Hamid.

tv selangor/-

PM ada 11 pegawai media mengejutkan

Posted: 11 Aug 2011 12:15 AM PDT

11 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Pendedahan bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk Kadir A Jasin (gambar) bahawa Perdana Menteri mempunyai 11 pegawai media mengejutkan banyak pihak walaupun ia sebelum ini bukan menjadi rahsia di kalangan pengamal media.

Bilangan pegawai media ini amat mengejutkan kerana semasa Tun Dr Mahathir, beliau hanya mempunyai tiga pegawai media sahaja.

"Seorang pegawai media Perdana Menteri berkata, PM ada 11 pegawai media yang terdiri daripada bekas pengarang, wartawan kanan dan eksekutif TV. Paling ramai Dr Mahathir ada sepanjang jadi PM adalah tiga," tulis Kadir dalam blognya.

Menurut sumber antara nama besar di kalangan pegawai media Najib adalah Datuk Seri Farid Redzuan (bekas CEO TV3), Datuk Khalid Mohamad (bekas Ketua Pengarang kumpulan Utusan) dan Jalil Abdul Hamid (bekas Timbalan Ketua Biro Reuters Malaysia).

Di samping mereka bertiga ada Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad (Setiausaha Akhbar PM), Datuk Seri Jalaludin Bahaudin (Penasihat Media PM), Datuk Hardev Kaur (bekas Timbalan Ketua Editor Kumpulan NST yang kini menjadi Pegawai Khas PM).

Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, Jalil bersama dengan Datuk Khalid kini menyertai Pasukan Komunikasi Kebangsaan (National Communication Team) yang berpejabat di Boulavard, Mid Valley.

Datuk Seri Farid Ridzuan pula dikatakan dipinjamkan ke Pejabat PM untuk tugasan khas berkaitan dengan belia termasuk menguruskan media baru.

Datuk Hardev Kaur adalah penasihat khas Najib selaku Menteri Kewangan.

Menurut sumber, pasukan penasihat yang bertugas bersama APCO sebelum ini masih bertugas dengan pejabat Perdana Menteri.

"Kesemua mereka masih bertugas cuma bukan atas nama APCO lagi sekarang," kata satu sumber kepada Harakahdaily.

(Tiga tokoh media yang kini menjadi pegawai media PM. Dari kiri Datuk Khalid Mohd, Datuk Hardev Kaur dan Datuk Seri Farid Ridzuan)

Ada juga yang memaklumkan, gaji mereka semuanya amat besar iaitu kira-kira sama dengan gaji yang mereka dapat ketika bertugas dengan jabatan mereka sebelum ini.

Di samping bimbang dengan bilangan pegawai media yang ramai ini, Kadir Jasin dalam tulisannya juga secara sinis membandingkan bilangan menteri dalam kebinet Najib ekoran perlantikan G Palanivel sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang terbaru.

Kalau menambahkan bilangan, menaikkan KPI, maka KPI Perdana Menteri naik se takuk lagi. Beliau baru sajamenambah bilangan anggota kabinetnya kepada 30 dengan melantik seorang ahli politik kecundang, tulis Kadir.

"Sebenarnya saya pun tak tahu kedudukan KPI menteri, pegawai dan jabatan. Yang saya baca, Idris Jala kata, kadar jenayah menurun dan matlamat NKRA sedang dicapai.

"Tapi yang saya baca setiap hari orang kena bunuh, mayat reput ditemui, orang kena ragut sampai mati dan macam-macam lagi jenayah ngeri. Yang saya tengok, tak ada kawasan perumahan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang tak dikepung dan dikawal siang malam," tulisnya.

Perdana Menteri melantik presiden MIC, Palanivel a/l Govindasamy aka G. Palanivel menjadi seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menaikkan bilangan mereka kepada lima.

Seperti Koh Tsu Koon dan Shahrizat Abdul Jalil, Palanivel juga kalah pilihan raya umum. Dia kalah kepada calon PKR di Hulu Selangor dan tidak dicalonkan untuk bertanding pilihan raya kecil kawasan yang sama tahun lalu.

Dalam PRU akan datang, dia dikatakan akan bertanding di Sungai Siput, Perak, kawasan bekas bosnya S Samy Vellu yang kalah kepada DAP, tulis Kadir.

"Memang kabinet kita besar. UK dengan 62 juta penduduk ada 23 menteri, Perancis 66 juta ada 23 menteri, Amerika 312 juta ada 12 ahli kabinet dan Switzerland lapan juta ada tujuh menteri. Kita ada 28 juta penduduk dan 30 menteri. Tidak hairanlah susah nak jumpa menteri sebab tak tahu yang mana satu," tulis Kadir Jasin lagi.

harakahdaily/-

Anwar: Hanya menteri kewangan boleh arah GLC

Posted: 11 Aug 2011 12:00 AM PDT

11 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Aziz kerana didakwa mengeluarkan surat kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menarik balik saman yang difailkan ke atas bekas pengerusi MAS Tan Sri Tajudin Ramli.

Menurut Anwar, jika sesuatu perkara membabitkan GLC, arahan mesti datang daripada menteri kewangan atau Kementerian Kewangan dan bukannya Nazri.

"Arahan seumpama ini sepatutnya datang dari Menteri Kewangan (dan bukannya Nazri) kerana ini membabitkan GLC.

"Kerajaan sebelum ini berkata mereka mempunyai kes yang kukuh terhadap Tajudin yang membabitkan berbilion ringgit (dalam mengemukakan saman). Ini amat menganggu," kata Anwar yang juga seorang bekas menteri kewangan.

Menurut sebuah portal berita, Nazri dalam sepucuk surat yang dihantar bulan ini kepada GLC berkenaan dan Danaharta memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan semua saman sivil ke atas Tajudin yang tertangguh.

"Dimaklumkan bahawa kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan kesemua tuntutan awam ke atas Tan Sri Dato Tajuddin Ramli dan beberapa yang lain dengan menarik balik dengan segera atas pandangan bahawa kerajaan dan Kementerian Kewangan telah bersetuju agar kes-kes yang ada akan diselesaikan di luar mahkmah.

"Untuk makluman anda, kerajaan telah memberikan saya mandat untuk bertindak bagi pihak kerajaan dalam hal ini," kata Nazri dalam surat itu.

Antara GLC yang menyaman Tajudin itu adalah Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holdings Bhd, Pengurusan Danaharta Bhd, Malaysia Airlines and Duta Skyline Bhd.

Dalam perkembangan berkaitan, adalah difahamkan semua kes membabitkan Tajudin, kerajaan dan GLC berkenaan sedang dirundingkan bagi mencari penyelesaian pada semua peringkat proses mahkamah tersebut.

Menurut sumber, sesetengah perkara itu telah dibawa kepada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Md Raus Shariff, yang juga adalah hakim pengurusan bagi mahkamah perdagangan hari ini.

Kes-kes berkenaan telah ditetapkan pada 29 September bagi pengurusan kes sementara menunggu penyelesaian.
Terdapat lebih 10 kes yang dipercayai masih aktif termasuk berkaitan dengan kes saman Pengurusan Danaharta Nasional Bhd, MAS, Telekom Malaysia Bhd dan Naluri Corporation Bhd.

malaysiakini/-

Pengundi 'klon' dikeluarkan tetapi masih ada persoalan

Posted: 10 Aug 2011 11:30 PM PDT

11 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Sehari selepas Malaysiakini mendedahkan kemungkinan terdapat 'pengundi klon' - pengundi yang didaftarkan lebih dari satu kali dalam daftar pemilih - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan semua 'klon' itu daripada daftarnya.

Namun, tinjauan mendapati masih ada 'klon' yang tertinggal dalam daftar itu dan beberapa persoalan yang belum dijawab oleh kedua-dua SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Semalam, sekurang-kurangnya tujuh pengundi yang mempunyai 'klon' dalam daftar pemilih - iaitu didaftarkan di bawah nama dan kad pengenalan lama yang sama tetapi nombor MyKad berlainan untuk klon mereka - berjaya didedahkan.

Ketika itu, sistem pengesahan dalam talian SPR menunjukkan bahawa nama-nama berkenaan muncul dua kali dalam daftar pemilih dan menimbulkan tanda tanya sama ada mereka boleh mengundi dua kali pada pilihan raya nanti.

Namun, semakan pada laman web SPR pagi ini, mendapati beberpa 'klon' itu telah dikeluarkan dari sistem mereka.

Status terakhir tujuh pengundi itu adalah:

1. Shodah binti Abdul Rahman

IC lama: 4802777

Entri pertama: MyKad 550620055800 sah di laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa, dan masih dalam daftar pemilih.

Entri kedua: MyKad 560620055412 tiada lagi dalam rekod laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih.

2. Mohamad bin Ismail

IC lama: 8370614

Entri pertama: MyKad 540405025757 sah di laman web JPN, berdaftar di Setiawangsa, dan masih dalam daftar pemilih.

Entri kedua: MyKad 540405025095 tiada lagi dalam rekod laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih.

3. Anderson a/l P Arputhanathan

IC lama: A0831847

Entri pertama: MyKad 671117106499 sah di laman web JPN, berdaftar di Setiawangsa, dan masih dalam daftar pemilih.

Entri kedua: MyKad 671117105963 tiada lagi dalam rekod laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih.

4. Chellamah a/p Murugesu

IC lama: 7877951

Entri pertama: MyKad 491006045672 sah di laman web JPN, berdaftar di Setiawangsa, dan masih dalam daftar pemilih.

Entri kedua: MyKad 491006015094 tiada lagi dalam rekod laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih.

5. Sa'ad bin Samsudin

IC lama: 1479323

Entri pertama: MyKad 380913105681 sah di laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa, dan masih dalam daftar pemilih.

Entri kedua: MyKad 510913105553 tiada lagi dalam rekod laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih.

6. Mohd Rashid bin Ismail

IC lama: 6397062

Entri pertama: MyKad 620108086991 sah di laman web JPN, berdaftar di Taiping, dan masih dalam daftar pemilih.

Entri kedua: MyKad 620108086713 sah di laman web JPN, berdaftar di Bukit Gantang dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih.

7. Sulong bin Jalil

IC lama: 6290844

Entri pertama: MyKad 611110115371 sah di laman web JPN, berdaftar di Hulu Terengganu, dan masih dalam daftar pemilih.

Entri kedua: MyKad 611110015143 sah di laman web JPN, berdaftar di Hulu Terengganu, dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih.

Namun bagi Mohd Rashid dan Sulong, meskipun 'klon' mereka telah dikeluarkan dari daftra pemilih, namun kedua-dua mereka masih memiliki dua nombor MyKad yang berlainan seperti yang dipaparkan di laman web JPN.

harakahdaily/-

Kekacauan kian merebak

Posted: 10 Aug 2011 10:26 PM PDT

11 Ramadhan 1432H. [MOD] -



DIMAKAN API...butik Miss Selfridge yang terletak di Jalan Pasar musnah terbakar. 
DIMAKAN API...butik Miss Selfridge yang terletak di Jalan Pasar musnah terbakar.
LONDON: Rusuhan terburuk dalam sejarah Britain sejak beberapa generasi, kini merebak ke bandar lain semalam, sementara tiga lagi terbunuh ketika mempertahankan komuniti mereka.
Walaupun London kini tenang ekoran penempatan lebih ramai polis di jalan bandar raya itu, perusuh menyerbu tengah Manchester dengan membakar serta merompak kedai di situ.

Polis menganggap insiden terbaru ini sebagai "keganasan paling ekstrem melanda Britain dalam tempoh 30 tahun." Penjarah turut menyebabkan kekacauan di beberapa bandar di sekitar Midlands, termasuk Birmingham yang menjadi lokasi tiga pemuda Islam Asia terbunuh selepas dirempuh sebuah kereta.
Laporan mendakwa, mangsa baru saja meninggalkan masjid dan melindungi komuniti mereka ketika kejadian berlaku.

Kira-kira 200 orang keturunan Asia dari Birmingham berkumpul di luar hospital yang menempatkan mayat berkenaan.

Namun, di London, tiada keganasan terbaru dilaporkan selepas bandar raya itu kacau-bilau pada malam Isnin lalu.
Polis menahan lebih 1,100 orang di seluruh negara kerana terbabit dalam keganasan, kekacauan dan mencuri sejak rusuhan tercetus pada Sabtu di Tottenham, utara London.

Perdana Menteri, David Cameron, berikrar untuk "melakukan apa saja yang perlu bagi memulihkan keadaan di jalanan" tetapi kebanyakan kedai di London masih ditutup awal atas nasihat polis.


Datuk Bandar London, Boris Johnson, menggesa kerajaan mempertimbangkan semula cadangan mengurangkan jumlah polis sebagai sebahagian daripada langkah berjimat-cermat dan mengurangkan defisit bajet negara.

Ketika Kerajaan menyalahkan penjenayah mengambil kesempatan atas kekacauan itu, pembangkang berkata, pemotongan belanjawan untuk perkhidmatan sosial dan kegagalan pihak berkuasa menangani masalah sosial menyumbang kepada rusuhan berkenaan.

Sesetengah daripada kawasan paling mundur di Britain menjadi lokasi rusuhan dengan kira-kira 200 orang menyerang polis dengan pelbagai objek di Toxteth, barat laut Liverpool.

Daerah itu pernah berlaku rusuhan besar-besaran pada 1981.

Di lokasi lain, perusuh membakar bangunan di West Bromwich dan Wolverhampton, manakala sebuah balai polis berhampiran Nottingham dilontar bom api. Kekacauan turut dilaporkan berlaku di bandar Gloucester. - AFP



Lima anggota polis terbunuh apabila bas terkena bom di Pakistan

Posted: 10 Aug 2011 10:12 PM PDT

11 Ramadhan 1432H. [MOD] -

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya lima anggota polis terbunuh dan ramai yang lain mengalami kecederaan letupan bom terkena bas polis awal pagi tadi di barat laut Pakistan, Peshawar, lapor agensi berita Xinhua.

Media tempatan melaporkan, letupan itu berlaku pada kira-kira 7.00 pagi waktu tempatan apabila bom kawalan jauh yang diletakkan di bawah longgokan buah-buahan di sepanjang jalan di Lohari Gate terkena bas polis yang melalui kawasan berkenaan.

Dianggarkan terdapat 20 anggota polis di dalam bas itu ketika letupan berlaku manakala kira-kira sepuluh kedai berdekatan turut musnah dalam kejadian berkenaan. - BERNAMA

'Pelakon' Baharudin mahu saman penulis blog

Posted: 10 Aug 2011 10:00 PM PDT

11 Ramadhan1432H. [MOD] -

Shuhardi Mat Isa - yang didakwa berlakon sebagai Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan BERSIH - bercadang menyaman beberapa penulis blog yang didakwa memfitnahnya.

Enggan mendedahkan nama mereka pada masa ini, Shuhardi berkata beliau tidak berpuas hati dengan tindakan beberapa penulis blog yang didakwa menyunting videonya ketika sakit dengan cara yang tidak betul.

"Mereka terbalikkan (babak) yang awal kepada mula, yang mula kepada awal... Ia gambarkan saya seolah-oleh mati hidup semula (berlakon)," katanya.

Sebelum ini, Shuhardi - peserta perhimpunan BERSIH - dikatakan dimanipulasi sesetengah pihak dengan mendakwa dia allahyarham Baharudin yang dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

Polis dilaporkan menyiasat perkara itu bawah seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melibatkan kenyataan mendatangkan khianat awam; dan Seksyen 233 Akta Multimedia bagi kesalahan melibatkan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Pihak berkuasa juga pada 2 Ogos lalu dilapor merakam kenyataan Shuhardi dan aktivis usahawan Islam itu mengaku memberikan kerjasama penuh dalam sesi kira-kira 3 jam di rumahnya di Bandar Baru Salak Tinggi.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Shuhardi berkata, peguamnya masih mengumpulkan beberapa bukti berkaitan sebelum dijangka memfailkan saman mereka minggu depan.

"Kita masih tunggu masa yang sesuai (untuk tujuan itu)," katanya yang juga setiausaha agung Persatuan Usahawan, Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop)

Tambahnya, saman itu akan dihadapkan kepada tiga atau empat orang penulis blog "yang berniat jahat" dan "prokerajaan".

Jenis dan nilai tuntutan masih dibincangkan dengan pihak peguam, jelas Shuhardi lagi.

malaysiakini/-

PAS desak siasat kamera dalam tandas wanita

Posted: 10 Aug 2011 09:31 PM PDT

11 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KEMAMAN, 11 Ogos: Polis digesa melakukan siasatan secara telus dan terperinci bagi mengesan dan menangkap suspek yang memasang kamera tersembunyi dalam tandas perempuan di sebuah sekolah menengah terkemuka di bandar Chukai dekat sini.

Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat berkata ia adalah penting bagi memberi kesedaran kepada mereka yang terlibat sekaligus bagi memastikan kes sedemikian tidak berulang lagi.



[Gambar kanan - Haji Hanafiah menunjukkan berita 'kamera dalam tandas sekolah' yang telah disiarkan oleh akhbar-akhbar Cina beberapa hari lalu. Paling kiri adalah pelajar yang telah menjumpai kamera tersebut]

"Kita harap polis dapat siasat secara 'detail' dan telus, tidak kira siapa yang terlibat, tak kira bangsa, tak kira agama,

"polis perlu siasat dan tahan sesiapa yang terlibat, bagi memastikan ia tidak berulang,"ujarnya ketika di temui.

Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai menyifatkan, ia adalah satu bala yang memalukan menimpa sistem pendidikan, kerajaan Terengganu dan kerajaan Pusat khususnya Umno dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, Menteri Besar selalu berbangga diri dengan keputusan-keputusan yang cemerlang kononnya setiap tahun, namun jelas akhlak dan moral pelajar semakin meleset.

"Ia jelas satu malapetaka kepada sistem pendidikan dan kerajaan Umno/BN yang gagal membentuk akhlak serta moral pelajar, cukup mengaibkan,

"Menteri Besar Ahmad Said selalu berbangga-bangga kononnya pencapaian hebat pendidikan Terengganu, tapi inilah dia natijahnya,"jelas Haji Hanafiah.

Menurutnya, nilai moral pelajar ketika ini semakin rapuh disebabkan pelajar dan remaja hari ini banyak disogokkan dengan hiburan yang melalaikan yang hanya mendidik golongan muda dengan keseronokan semata-mata.

[Gambar kiri - kamera berbentuk penyangkut baju, sebagaimana yang digambarkan]

Beliau menyarankan dasar dan falsafah pendidikan sekarang dikaji dan dirombak memandangkan kes-kes yang melanda sekolah dan sistem pendidikanmasa kini.

"sudah tiba masanya, dasar dan falsafah pendidikan negara sekarang ini perlu diubah agar ia lebih menitik beratkan kerohanian agar pelajar yang dilahirkan juga cemerlang dalam aspek ketuhanan.

"saya juga cadangkan pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi perlua mendapat A bagi subjek Pendidikan Islam sebagaimana mereka perlu mendapat cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan subjek lain,"kata Hanafiah.

Menurutnya, bila diberi penekanan soal agama, akhlak dan moral, barulah dapat dilahirkan pelajar yang bertakwa yang gerun untuk melakukan perbuatan mungkar.

"Sekarang hukuman rotan atau penjara orang sudah tidak takut sebab itulah sekarang dalam penjara penuh dengan pesalah,"tambahnya

Pada 31 Julai lalu, sebuah kamera tersembunyi telah dijumpai terpasang dalam tandas pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail 2.

Seorang pelajar, Hee Sin Yee, 17, merasa pelik melihat 'penyangkut baju' dilekatkan di kedudukan rendah di pintu tandas lalu mencabutnya.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat Salat berkata, polis percaya suspek yang memasang kamera berbentuk 'penyangkut baju' itu adalah terdiri dalam kalangan pelajar sekolah itu sendiri.

Menurutnya, kad memori kamera itu telah pun dihantar untuk dianalisis di makmal forensik polis di Cheras, Kuala Lumpur pada minggu lalu dan keputusan dijangka diketahui dalam tempoh sebulan.

"Siasatan awal yang kita jalankan turut dapati di dalam kad memori itu terdapat gambar pelajar perempuan, justeru kita percaya kamera berbentuk penyangkut baju itu telah merakam beberapa gambar sebelah ia dijumpai," katanya..Buletinonline.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini sebarang tangkapan masih belum dibuat dan polis masih lagi menjalankan siasatan terperinci.

harakahdaily/

Apple jadi syarikat terbesar dunia

Posted: 10 Aug 2011 09:09 PM PDT

11 Ramadhan 1432H. [MOD] -



SEORANG pelanggan melihat komputer iPad 2 keluaran Apple di syarikat telekomunikasi KT di Seoul semalam.



NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Gergasi komputer dan telefon bimbit AS, Apple memintas pengeluar minyak global, Exxon Mobil sebagai syarikat terbesar di dunia untuk seketika kelmarin.
Nilai syarikat Apple yang diasaskan oleh Steve Jobs pada 1976 yang mengeluarkan telefon pintar iPhone dan komputer tablet iPad itu ialah AS$341.5 bilion (RM1.027 trilion) kelmarin sekali gus berjaya mengatasi Exxon yang bernilai AS$340 bilion (RM1.023 trilion).
Namun, Exxon kemudian merampas kembali gelaran syarikat terbesar dunia apabila sahamnya mengukuh kepada AS$352.9 bilion (RM1.06 trilion) manakala Apple di tempat kedua dengan nilai saham AS$346.7 bilion (RM1.04 trilion).
"Kreativiti kini mengambil alih kekuatan dan kudrat manusia," kata pengasas laman web Lastminute.com, Brent Hoberman.
Exxon juga dikenali dengan jenama Esso, mendapat pujian aktivis mesra alam manakala Apple dipuji kerana berjaya mengubah kehidupan harian dengan pengenalan gajet seperti iPod, iPad dan iPhone.
Pakar-pakar bagaimanapun, percaya Apple akan menjadi perniagaan pertama melepasi nilai AS$1 trilion (RM3 trilion) pada masa akan datang susulan pertumbuhan pesat syarikat tersebut. - Agensi

A Kadir Jasin: Menteri Palanivel dan macam-macam cerita

Posted: 10 Aug 2011 09:05 PM PDT

11 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KALAU menambahkan bilangan, menaikkan KPI, maka KPI Perdana Menteri naik se takuk lagi. Beliau baru sajamenambah bilangan anggota kabinetnya kepada 30 dengan melantik seorang ahli politik kecundang.

Sebenarnya saya pun tak tahu kedudukan KPI menteri, pegawai dan jabatan. Yang saya baca, Idris Jala kata, kadar jenayah menurun dan matlamat NKRA sedang dicapai.

Tapi yang saya baca setiap hari orang kena bunuh, mayat reput ditemui, orang kena ragut sampai mati dan macam-macam lagi jenayah ngeri. Yang saya tengok, tak ada kawasan perumahan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang tak dikepung dan dikawal siang malam.

Perdana Menteri melantik presiden MIC, Palanivel a/l Govindasamy aka G. Palanivel menjadi seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menaikkan bilangan mereka kepada lima.

Seperti Koh Tsu Koon dan Shahrizat Abdul Jalil, Palanivel juga kalah pilihan raya umum. Dia kalah kepada calon PKR di Hulu Selangor dan tidak dicalonkan untuk bertanding pilihan raya kecil kawasan yang sama tahun lalu. Dalam PRU akan datang, dia dikatakan akan bertanding di Sungai Siput, Perak, kawasan bekas bosnya S Samy Vellu yang kalah kepada DAP.

Memang kabinet kita besar. UK dengan 62 juta penduduk ada 23 menteri, Perancis 66 juta ada 23 menteri, Amerika 312 juta ada 12 ahli kabinet dan Switzerland lapan juta ada tujuh menteri. Kita ada 28 juta penduduk dan 30 menteri. Tidak hairanlah susah nak jumpa menteri sebab tak tahu yang mana satu.

Seorang pegawai media Perdana Menteri berkata, PM ada 11 pegawai media yang terdiri daripada bekas pengarang, wartawan kanan dan eksekutif TV. Paling ramai Dr Mahathir ada sepanjang jadi PM adalah tiga.

Malaysia Boleh Di Mana-Mana

Dilaporkan yang pasangan lesbian Menteri Kewangan Australia peranakan Malaysia, Penny Wong, yang dikenali sebagai Sophie Allouache mengandung. Perempuan dengan perempuan bersekedudukan boleh mengandung?

Sehebat mana pun orang Malaysia atau kelahiran Malaysia, perempuan dengan perempuan dan jantan dengan jantan tak menjadi. Hukum Allah macam itu. Pasangan lesbian Penny Wong mengandung secara in vitro dengan ihsan seorang penderma sperma – air mani lah tu.

Kerana pasangan lesbian Penny Wong bunting, Perdana Menteri Australia, Julia Gillard berkata dia gembira. Gillard bukan lesbian, tapi tak kahwin. Dia ada pasangan tetap bernama Tim Mathieson.

Tukar-Menukar Harap Berjaya

MAS dan AirAsia bertukar-tukar saham. Sebab saham AirAsia mahal dan saham MAS murah, Tune Air, iaitu syarikat induk AirAsia, mendapat 20.5 peratus saham MAS dan Khazanah, induk MAS, dapat 10 peratus saja saham AirAsia.

Pertukaran saham itu bernilai hampir RM2 bilion berdasarkan harga AirAsia RM3.95 seunit Jumaat lalu dan saham MAS RM1.60 seunit. Khazanah masih pegang 49 peratus saham MAS.

Pengarah Urusan MAS, Tengku Azmil Zahruddin letak jawatan. Tony Fernandez dan rakan kongsinya Kamaruddin Meranun sertai Lembaga Pengarah MAS.

Yang menarik ialah majoriti eksekutif kanan Tune Air/AirAsia adalah Melayu. Jelas syarikat-syarikat milik usahawan India Malaysia yang disenaraikan di Bursa Malaysia cenderung memberi jawatan bermakna kepada eksekutif Melayu yang berkemampuan, tidak seperti syarikat milik kaum-kaum bukan Bumiputera lain yang ambil Melayu jadi pengarah hiasan, kerani, pemandu, penghantar surat, pengawal keselamatan dan pengawal peribadi. GRO Melayu pun ramai mereka ambil.

Salah seorang ahli lembaga pengarah baru MAS adalah Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings, Rohana Rozhan. Astro adalah sebahagian daripada empayar korporat Ananda Krishnan.

Kalau ikut Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Khazanah akan jual banyak lagi saham GLC. Khazanah akan kurangkan pegangan saham dalam lebih 30 GLC atau menjualnya terus. Harap-harap janganlah hanyut pengurus dan eksekutif Bumiputera dalam GLC.

Tak Sangka Bawa Angkara

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nor Mohamed Yakcop, memberitahu wartawan Jumaat lalu yang krisis kewangan Eropah dan kemerosotan ekonomi Amerika tidak akan memberi kesan kepada ekonomi Malaysia.

Alhamdulillah kalau betul, Isyak-Allah akan terbukti.

Tak tahulah saya kalau menteri itu anggap kejatuhan harga saham di Bursa Malaysia, kemerosotan import oleh Amerika, kejatuhan pengeluaran perindustrian dan kenaikan harga barang pengguna tidak jejas ekonomi negara.

Yang kita tahu, bila ekonomi negara menguncup pada tahun 2009, Nor Mohamed Yakcop kata dia tak sangka. Tak tahulah saya kalau pengurusan ekonomi dan persediaan menghadapi krisis ekonomi global boleh diasaskan kepada sangka dan tak sangka. Wallahualam.

Source: http://kadirjasin.blogspot.com/2011/08/menteri-palanivel-dan-macam-macam.html

Rusuhan merebak di luar London

Posted: 10 Aug 2011 08:50 PM PDT

11 Ramadhan 1432H. [MOD] -



SEORANG perusuh berjalan meredah api di Liverpool kelmarin.


LONDON - Ribuan anggota polis tambahan yang berkawal di jalan-jalan raya berjaya menyebabkan London tenteram semalam selepas tiga hari berlaku rusuhan dan rompakan oleh sekumpulan golongan muda.
Bandar Manchester dan Liverpool di timur laut dan Birmingham di tengah England berdepan dengan rusuhan selepas London tenteram semalam.
Di Birmingham, polis melancarkan siasatan selepas tiga penganut Islam terbunuh kerana dilanggar sebuah kereta.
KEROSAKAN berlaku di sebuah kedai akibat rusuhan di Manchester semalam.


Seorang rakan tiga lelaki itu memberitahu stesen Perbadanan Penyiaran British (BBC) bahawa ketiga-tiga penganut Muslim itu merupakan sebahagian daripada kumpulan keturunan Asia yang melindungi kawasan kediaman mereka daripada menjadi sasaran golongan muda yang merompak.
Menurutnya, ketiga-tiga lelaki itu dilanggar selepas bersolat di sebuah masjid.
"Kereta itu melencong ke arah mereka dengan tiba-tiba," katanya.
Keadaan di London tenteram semalam selepas rusuhan bermula di Tottenham pada malam Sabtu lalu.
Kira-kira 16,000 anggota polis mengawal jalan-jalan raya di London semalam.
KESAN kerosakan akibat kebakaran dilihat pada sebuah bangunan di Manchester semalam.


Rusuhan itu berlaku akibat perasaan tidak puas hati golongan muda terhadap kematian seorang lelaki berusia 29 tahun yang ditembak polis pada minggu lalu.
Protes golongan muda itu bertukar menjadi ganas apabila mereka membakar beberapa bangunan, kereta polis dan merompak di Tottenham, utara London.
Perdana Menteri Britain, David Cameron terpaksa menyingkatkan percutiannya di Itali untuk pulang ke London bagi berdepan dengan krisis tersebut.
Cameron akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Krisis dan memanggil parlimen bersidang untuk membincangkan isu berkenaan.
Rusuhan itu merupakan situasi yang paling buruk pernah berlaku di London kurang setahun sebelum bandar raya ini menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2012. - Agensi

Tidak mustahil 'SPR' didaftar sebagai pengundi

Posted: 10 Aug 2011 08:00 PM PDT

11 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Setelah 'Kg Baru' didaftarkan sebagai pengundi, suatu hari nanti tidak mustahil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut dicatatkan sebagai seorang pengundi di tanah air.

Kejadian yang mengaibkan itu tidak mustahil berlaku berdasarkan perkembangan terkini yang jelas menunjukkan SPR semakin hilang kewibawaannya sehingga menjadi pertikaian pelbagai pihak.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kelucuan yang dicetuskan oleh SPR dengan mencatatkan Kg Baru sebagai salah seorang pengundi di kawasan Besut berlaku awal minggu ini, susulan dari beberapa kesilapan lain yang dilakukan oleh badan itu.

Menurut beliau, sebelum ini, kewibawaan SPR sering menjadi pertikaian orang ramai apabila beberapa nama dikesan sebagai pengundian bertindih dengan jumlah yang amat besar di seluruh negara.

harakahdaily/-

Lelaki maut dilibas gergaji ais

Posted: 10 Aug 2011 07:30 PM PDT

11 Ramadhan 1432H. [MOD] -

PASIR PUTEH - Niat seorang pemborong ikan untuk menuntut hutang lapuk bukan saja tidak kesampaian malah dia dibunuh kejam apabila diserang menggunakan gergaji pemotong ais oleh jirannya itu di Tok Bali di sini kelmarin.

Che Hassan Che Omar, 51, yang berasal dari Kampung Kuala Besut, Terengganu mati selepas cedera di kiri tepi kepala selepas terkena libasan gergaji oleh jiran sendiri yang juga bekerja sebagai pemborong ikan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kejadian ngeri pada pukul 4 petang itu berlaku di sebuah pangkalan pendaratan ikan ketika mangsa dan suspek berada di jeti itu.

"Ketika mangsa meminta hutang, suspek langsung tidak mengendahkan permintaan mangsa.

"Namun selepas mangsa mendesak ia menimbulkan kemarahan suspek sehingga mencetuskan pergaduhan," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Selepas dua hingga tiga minit berperang mulut, suspek yang gagal mengawal kemarahan dikatakan pergi ke kereta miliknya dan mengambil sebilah gergaji besi dari dalam but kereta.

Melihat tindakan suspek berusia 49 tahun itu, mangsa didakwa terus mengeluarkan kata-kata provokasi kepada suspek menyebabkan suspek kemudian melibas gergaji itu ke arah kepala mangsa.

"Libasan itu menyebabkan mangsa yang cedera rebah. Suspek yang melihat mangsa rebah cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap penduduk kampung yang kemudian menyerahkan kepada polis," cerita beliau.

Jalaluddin memberitahu, mangsa kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Cherang Ruku, Pasir Puteh tetapi disahkan meninggal dunia pada pukul 4.30 petang selepas usaha menyelamatkannya gagal.

kosmo/-

Kes Asyraf: Warga London buat laman web bantu kutip dana

Posted: 10 Aug 2011 07:00 PM PDT

11 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Walaupun berbeza latar belakang kaum, agama mahu pun warna kulit, warga London menunjukkan keprihatinan terhadap nasib malang yang menimpa penuntut Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rosli, 20, yang disamun sehingga mengakibatkan rahangnya terpaksa dibedah Isnin lepas.

Seorang rakyat Malaysia yang bermastautin di London, Shahrul Muzammir Mohd Sahir berkata, satu laman web diwujudkan warga London.

Laman web yang beralamat http://somethingniceforashraf.tumblr.com/ itu direka oleh The Minimalist dan ia antara lain menggunakan tagline: 'Let's Do Something Nice For Ashraf Haziq'.

Beliau berkata, turut dipapar di laman web itu ialah video dari YouTube yang merakam detik-detik cemas ketika Asyraf disamun oleh beberapa remaja berkulit putih dan hitam yang berpakaian ala remaja hip-hop.

Di laman web itu juga, The Minimalist mencadangkan agar satu kutipan dana dibuat bagi membantu Ashraf dan satu ruangan undian kepada pelawat memilih cadangan terbaik bagi membantu penuntut malang itu.

Antara cadangannya ialah: 'Pay His student fees' (bayar yuran pengajiannya), 'Pay for his family to come and visit him in hospital' (bayar perbelanjaan keluarganya untuk datang dan melawat beliau di hospital) dan 'Buy back the stuff that got nicked, PSP, bike, phone' (membelikan semula barangan yang dicuri, PSP, basikal, telefon bimbit). – Bernama

Malaysia Tersenarai Negara Sekat Kebebasan Beragama

Posted: 10 Aug 2011 06:30 PM PDT

11 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 11 OGOS : Malaysia buat kali pertamanya tersenarai antara 10 negara teratas dalam ranking dunia yang menyekat kebebasan agama yang berbeza.

Satu kajian yang dibuat oleh Pew's Forum on Religion and Public Life yang berpangkalan di Washington DC, Malaysia kini berada dalam kumpulan yang sama dengan Mesir, Iran, Arab Saudi, Uzbekistan, China, Maldives, Burma, Eritrea dan Indonesia.

Malah hasil kajian itu menunjukkan Malaysia antara negara kelima yang mempamerkan peningkatan ketara dalam tempoh tiga tahun dari tahun 2006.

Kajian yang dilakukan ke atas 198 negara itu mendapati, sekatan terhadap kepercayaan dan amalan agama telah meningkat pada pertengahan tahun 2006 hingga 2009 di 23 negara, termasuk Malaysia dan Mesir.

Kaji selidik itu dijalankan oleh felo kanannya Brian Grim dan para penyelidiknya yang meninjau data-data dan maklumat termasuk laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Majlis Kesatuan Eropah, dan beberapa kumpulan hak asasi.

Tujuan mereka adalah untuk melihat sejauh mana tolak ansur setiap negara berhubung agama yang berlainan.

Di Malaysia, beberapa kejadian, dikatakan faktor penyumbang kepada kedudukan yang tidak diingini itu.

Ini termasuk rampasan buku dan CD berkaitan agama Kristian seperti kes Jill Ireland di mahkamah dan pengharaman penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian termasuk akhbar Herald.

Tindakan pihak berkuasa ke atas pengikut mazhab Wahabi dan Syiah serta penangkapan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga dipercayai mempengaruhi kajian itu.

Begitu juga dengan laporan dan aduan mengenai perobohan kuil-kuil Hindu, sehingga menyaksikan pembentukan Hindraf dan demonstrasi besar-besaran pada 2007 yang sebelum ini belum pernah terjadi di Malaysia.

tv selangor/-

'Momokan Kristianisasi'- Imbas Kembali Sabah

Posted: 10 Aug 2011 05:30 PM PDT

11 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 11 OGOS : Berdasarkan pengalaman kerajaan Sabah pimpinan PBS yang ditumbangkan oleh BN, maka tidak hairanlah jika seseorang mengandaikan serbuan gereja di Petaling Jaya, Selangor minggu lalu adalah sesuatu yang mungkin dirancang, kata beberapa ahli politik veteran Sabah.

Menurut presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee, "momokan Kristianisasi" adalah taktik lama yang digunakan semula itu menunjukkan terdapat "persamaan antara Selangor hari ini dan Sabah era PBS dulu".

Yong yang bersama bekas naib presiden PKR Dr Jeffrey Kitingan pada sekitar tahun 1980-an berjaya membongkar terdapat kira-kira 33,000 kes yang didakwa sebagai 'pengundi hantu', tetapi malangnya pendedahan itu ditenggelamkan oleh isu momokan Kristianisasi ke atas PBS.

"Momokan Kristianisasi digunakan... untuk menarik orang Islam kembali kepada Umno, (manakala) penyalahgunaan pengundi hantu dengan menggunakan warga asing dilakukan secara terselindung," kata bekas ketua menteri Sabah itu kepada portal Malaysiakini.

Jeffrey, yang merupakan sebahagian daripada pemimpin kerajaan PBS pada tahun 1994, juga mengakui bahawa apa yang berlaku di Selangor hari ini adalah tepat mengambarkan apa yang berlaku di Sabah ketika itu.

Jeffrey, yang mengetuai Institut Kajian Pembangunan (IDS) pada tahun 1980-an, bersama-sama dengan Yong berjaya membongkar bahawa terdapat pertindihan berlipat ganda kad-kad pengenalan yang sama dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Namun ini ditolak terus oleh pemimpin BN.

"NGO Islam yang mempunyai hubungan dengan (ketua BERJAYA) Datuk Harris Salleh kemudiannya memutarkan perkara itu dan menjadikannya isu kaum dan agama dengan mendakwa (kami) menjadikan pertumbuhan penduduk Melayu-Islam sasaran," katanya.

Walau bagaimanapun, kedua-dua pemimpin berpengalaman Sabah ini percaya bahawa taktik lapuk BN tidak mungkin mendapat sokongan meluas pada hari ini kerana sebahagian besar pengundi kini lebih matang dan dapat melihat bahawa momokan Kristianisasi cuma "helah politik".

Bagi ahli parlimem Shah Alam Khalid Samad beliau lebih berhati-hati dengan kenyataannya.

Jika sebelum ini pendedahan bahawa terdapat penduduk tetap (PR) yang didaftar sebagai pengundi menyaksikan partinya, PAS mempunyai isu menjelang pilihan raya umum akan datang tetapi serbuan gereja berkenaan menjadikan pembangkang lebih defensif.

Khalid yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Selangor percaya tindakan ke atas masyarakat Kristian itu sesuatu yang bermotifkan politik.

"Bagaimana serbuan seperti itu boleh berlaku tanpa pengetahuan anggota exco Selangor mengenai hal ehwal Islam dan Pengarah JAIS - mereka hanya dimaklumkan selepas kejadian itu? Ini menunjukkan kemungkinan ada campur tangan luar," katanya.

tv selangor/-

Tiada ulasan:

Nuffnang