Rabu, 10 Ogos 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


JADIKAN TAZKIYAH AN NAFS RUTIN HIDUP PEJUANG ISLAM - USTAZ IBRAHIM ZAKARIA

Posted: 10 Aug 2011 07:43 AM PDT


TELUK INTAN, 9 Ogos - Para ahli gerakan Islam khususnya ahli PAS mesti menjadikan penyucian jiwa atau tazkiyah an nafs sebagai rutin hidup tanpa rasa jemu dan penat. Demikian dinyatakan oleh Naib Ketua Dewan Ulama PAS Perak, Ustaz Ibrahim Zakaria semasa menyampaikan tazkirah Ramadhan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan. Beliau telah menyampaikan tazkirah di dalam program Ihya Ramadhan PAS Kawasan Teluk Intan.

Menurut beliau, penyucian jiwa itu sangat penting kerana tugas dan tanggungjawab dakwah dan jihad adalah sangat berat yang memerlukan jiwa yang kental untuk menghadapinya. Selain itu, tazkiyah an nafs diperlukan kerana medan dakwah itu penuh dengan mehnah dan tribulasi serta banyaknya penghalang dan perosak yang mencabar para pejuang agama kebenaran.

Dalam konteks itu, Ustaz Ibrahim telah membacakan sebuah hadis yang bermaksud "Mukmin itu berada di antara lima musuh iaitu mukmin yang mendengkinya, munafiq yang membencinya, kafir yang memeranginya, syaitan yang menyesatkannya dan nafsu yang menggelincirkannya."

Tazkiyah an nafs juga akan dapat melancarkan cita-cita pejuang Islam merebut maqam syuhada dan mardhatillah. Oleh itu, cara menyucikan diri ialah melalui bertaubat, isti'anah dan isti'azah (mohon bantuan dan pertolongan Allah), ibadah khususi, zikrullah dan aurad yaumi (wirid harian).

Turut hadir hadir di majlis tersebut ialah YDP PAS Kawasan Teluk Intan Ustaz Ismail Che Nik, ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin, pimpinan PAS kawasan, pimpinan cawangan serta para ahli dan penyokong PAS.

intanhijau.blogspot.com

DHPP TELUK INTAN SERTAI MAJLIS BERBUKA PUASA

Posted: 10 Aug 2011 12:39 AM PDT


TELUK INTAN, 9 Ogos - Sesuai dengan status sebagai sayap PAS, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Teluk Intan telah menghadiri majlis berbuka puasa PAS Kawasan Teluk Intan. Majlis telah diadakan di Markaz PAS Kawasan, Kg. Padang Tembak dekat sini.
Sdr. Hacharan bersama AJKnya menikmati juadah berbuka puasa.
YDP PAS kawasan Ustaz Ismail meraikan kehadiran AJK DHPP.
Seramai sembilan orang AJK DHPP telah hadir  ke majlis tersebut dengan diketuai oleh Sdr. Hacharan Singh selaku Ketua DHPP Teluk Intan. Turut hadir sama ialah Sdr. Sarguna, Timbalan Ketua DHPP. Mereka duduk bersila menikmati juadah bersama-sama pimpinan PAS kawasan.

Menurut Sdr. Hacharan Singh, antara tujuan kehadiran mereka ke majlis tersebut adalah untuk mengukuhkan tali persaudaraan antara pimpinan PAS kawasan dan DHPP. Selain itu, beliau berharap AJK DHPP yang lain dapat membiasakan diri mereka dengan markaz PAS serta mengenali PAS dengan lebih mendalam.
Mesyuarat DHPP kawasan di pejabat PAS Kawasan.
Selepas itu, pihak DHPP Teluk Intan telah mengadakan mesyuarat jawatankuasa mereka di markaz. Turut dijemput hadir ke mesyuarat tersebut ialah Yang DiPertua PAS Kawasan, Ustaz Hj. Ismail Che Nik, Timbalan YDP Sdr. Rahmat Maliki, Setiausaha PAS kawasan dan Setiausaha Kerja kawasan.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang