Rabu, 10 Ogos 2011

DUN BUKIT PAYONG

DUN BUKIT PAYONG


Isu JAIS: Umno kecewa lagi

Posted: 09 Aug 2011 09:25 PM PDT


Kesungguhan Umno memainkan isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) keatas sebuah gereja baru-baru ini akhirnya menjadi kekecewaan setelah jawatankuasa kerja PAS Pusat memutuskan untuk tidak mengambil tindakan keatas Datuk Dr Hasan Ali.

Walaupun kelihatan desakan tindakan disiplin keatas Dr Hasan datangnya dari dalam, tetapi apabila diamati isu ini telah dimainkan secara halus oleh Umno dan kumpulannya.

Ianya ternyata benar kerana saban hari media milik Umno memainkan isu ini dan secara tersirat dan tersurat telah cuba meletakkan beban tindakan JAIS itu keatas kerajaan Selangor secara amnya dan PAS secara khususnya.

Pada 3hb Ogos lalu, sekumpulan pegawai penguatkuasa JAIS beserta polis telah menyerbu sebuah gereja di Selangor berikutan adanya laporan cubaan memurtadkan orang Islam.

Serbuan JAIS itu disokong oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan kemudahan Awam Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang mengatakan bahawa JAIS mempunyai bukti tentang cubaan memurtadkan orang Islam itu.

Akan tetapi tuduhan itu dinafikan oleh pihak pengurusan gereja dan sekaligus menimbulkan perdebatan besar di dalam media milik Umno mengenai kehormatan rumah ibadat telah dicabuli.

Mengulas perkara ini Ustaz Mohd Nor Hamzah, mengucapkan syabas kepada jawatankuasa kerja PAS Pusat yang tidak melatah dengan isu yang cuba dimanipulasikan oleh Umno itu.

Beliau melihat keputusan ini menunjukkan bahawa jawatankuasa itu dan Dr Hasan telah bertindak selari menurut dasar PAS.

"Jawatankuasa kerja PAS Pusat secara bijaksana telah menjalankan tanggungjawab mereka.Mereka memanggil Dr Hasan bagi mendengar penjelasan dan bukti dari beliau.

Jawatankuasa juga akan bertemu dengan pihak gereja bagi mendapat penjelasan mereka pula.

Mereka tak ambil cerita dari media sahaja untuk buat keputusan,"kata beliau.

"Di dalam al-quran surah al-Hujuraat jelas disarankan agar kita orang yang mengaku beriman tidak menerima bulat-bulat berita yang disampaikan oleh orang-orang yang fasik agar kita tidak tersalah langkah dalam menghukum,"tambah beliau.

Beliau turut menyarankan agar semua orang supaya memeriksa dahulu dan tidak menerima bulat-bulat cerita-cerita yang disiarkan oleh media milik Umno.

Tiada ulasan:

Nuffnang