Khamis, 4 Ogos 2011

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Kearah Pilihanraya yang Bersih

Posted: 04 Aug 2011 04:04 AM PDT

Harakahdaily   
SHAH ALAM, 4 Ogos: Kerajaan Negeri Selangor bersetuju menubuhkan satu geran untuk membiayai usaha-usaha memfailkan bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap senarai daftar pengundi baharu yang meragukan.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) berkata, Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) semalam telah bersetuju menubuhkan geran tersebut.

Beliau menambah, geran itu terbuka kepada orang ramai tanpa mengira kaum, agama dan kecenderungan parti politik.

Oleh kerana dana kerajaan negeri digunakan, ujarnya bantahan itu hanya melibatkan kawasan di Selangor sahaja.

Katanya, kerajaan negeri memandang serius aduan-aduan mengenai kepincangan pada daftar pengundi yang sedia ada dan senarai daftar pengundi baharu.

Menurutnya, aduan dan tuduhan termasuk rakyat negara jiran yang mendapat taraf permaustatin tetap dan disenarai sebagai pengundi amat merungsingkan dan perlu diselesaikan dengan segera.

"Kerajaan Selangor berpandangan bahawa rakyat mempunyai hak untuk menuntut satu daftar pemilih yang bersih untuk membuka jalan kepada satu pilihan raya yang bersih dan adil," ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, petang semalam.

Katanya lagi, pilihan raya bersih dan adil adalah tiang utama kepada demokrasi tulen.

Beliau berkata, pilihan raya bukan sahaja perlu bersih dan adil tetapi juga perlu kelihatan bersih dan adil di mata semua.

"Setiap usaha mesti diambil demi memastikan kredibiliti pilihan raya dijaga dan pilihan sebenar rakyat dihormati," ujarnya.

Tiada ulasan:

Nuffnang