Isnin, 11 Julai 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Kenyataan PAS Kawasan Jelebu

Posted: 10 Jul 2011 11:15 PM PDT



Kami dengan ini Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Jelebu MENGUTUK DENGAN SEKERAS-KERASNYA perbuatan KASAR, GANAS, ZALIM, KEJAM DAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN pasukan Polis Di Raja Malaysia ke atas peserta-peserta dan pemimpin-pemimpin NGO serta parti-parti politik yang menyertai himpunan aman BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 bersamaan hari sabtu yang lepas.

Tindakanpasukan polis mengejar, memukul, menangkap, menggari, menembak gas pemedih mata serta menembak air beracun terhadap peserta himpunan aman BERSIH 2.0 adalah satu perbuatan yang tidak bertanggung jawab dan diluar batas-batas kemanusiaan. Sepatutnya pasukan polis membenarkan BERSIH 2.0 mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka sepertimana TITAH Yang Di Pertuan Agong yang meminta BERSIH 2.0 diadakan di Stadium.

Oleh kerana pintu Stadium Merdeka dan jalan ke Stadium Merdeka semuanya telah ditutup oeh pasukan polis maka peserta dan pemimpin BERSIH 2.0 terpaksa berarak di jalanan walaupun itu bukanlah niat sebenar penganjur BERSIH 2.0 Pihak pemimpin BERSIH 2.0 ingin menjunjung TITAH DULI TUANKU tetapi apakan daya pasukan polis dan penguasa kerajaan UMNO dan Barisan Nasional tidak menghormati dan telah MENDERHAKA kepada TITAH Duli Tuanku.

Kematian Pak Baharudin Ahmad dari Keramat AU3 adalah kerana sesak nafas akibat dari di kejar dan kumpulannya telah ditembak dengan gas pemedih mata oleh pasukan polis. Jika perhimpunan di Stadium Merdeka di benarkan adakah perkara seperti ini akan berlaku. Pihak pasukan polis dan kerajaan UMNO/BN adalah bertanggung jawab sepenuhnya atas kematian Pak Baharuddin Ahmad. Kami PAS Kawasan Jelebu menuntut Pasukan Polis dan Kerajaan BN memohon maaf secara terbuka kepada keluarga dan sahabat handai Pak Baharudin Ahmad atas kejadian yang telah menimpa kepada Arwah.

Sekian. Wasalam.

Yang benar,

SAIFUL BAHRI BIN HJ JAAMAN
NAIB YDP PAS
KAWASAN JELEBU

http://pasjelebu.blogspot.com/
http://orangklawang.blogspot.com/

Tiada khidmat bas ke hospital Kuala Pilah

Posted: 10 Jul 2011 09:38 PM PDT



Sinar Harian 11 Julai 2011

KUALA PILAH – Penduduk sekitar di sini memohon kepada pihak berkaitan untuk menyediakan pengangkutan bas khas untuk berulang alik dari Pekan Pilah ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN).

Ini kerana rata-rata penduduk yang tinggal di kampung tidak mempunyai kemudahan pengangkutan terutamanya warga emas.

Naib Di-Pertua PAS Kawasan, Abdul Karim Shahimi Abd Razak berkata, masalah ketiadaan pengangkutan khas menuju ke hospital membebankan masyarakat.

"Ada di antara mereka perlu membuat rawatan susulan setiap minggu dan ke hospital atas sebab-sebab tertentu.

"Saya lihat, adalah wajar pihak berkenaan menyediakan bas khas untuk golongan itu supaya dapat mengurangkan beban mereka. Mereka juga tidak perlu lagi menaiki kereta sewa yang sudah tentu harganya jauh lebih mahal berbanding menaiki bas," katanya.

Sehubungan dengan itu, atas kelewatan masa masa untuk menunggu bas membuatkan penduduk kecewa.

"Bas yang lewat tiba di perhentian bas sudah menjadi kebiasaan buat penduduk di sini. Kadang-kala mereka terpaksa menunggu hampir sejam dan terpaksa menaiki pengangkutan lain untuk ke hospital mahupun ke tempat lain.

"Masalah ini perlu diberi perhatian agar ia mendapatkan kesejahteraan kepada semua pihak. Mungkin cadangan menyediakan bas khas ke hospital dapat melegakan hati penduduk di sini," katanya.

Malah katanya, atas sebab kekangan kewangan, ada segelintir daripada mereka terpaksa menunggu anak pulang atau menyewa kereta dengan jiran untuk ke hospital.

"Di kampung, kemudahan bas tidak disediakan. Justeru, inisiatif menyewa kereta jiran lebih murah berbanding kereta sewa.

"Perkara ini sudah menjadi kelaziman penduduk di sini. Namun, sampai bila mereka harus bertahan? Sedangkan di negeri lain, pihak kerajaannya telah pun menyediakan bas khas ke hospital bagi memudahkan rakyat. Saya harap pihak berkenaan dapat mempelbagaikan kemudahan di sini," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9318195.asp

Kisah orang Jelebu sertai BERSIH 2.0

Posted: 10 Jul 2011 08:24 PM PDT



Hayati pengalaman orang dari Jelebu , Negeri Sembilan yang menyertai Perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 di http://orangklawang.blogspot.com/2011/07/bersih-20-dari-pudu-ke-brickfield.html

Tiada ulasan:

Nuffnang