Isnin, 6 Jun 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Siapa yang janji nak bina UiTM di Rembau tahun 2008?

Posted: 05 Jun 2011 08:15 PM PDT



Masih ingat lagi Pilihanraya Umum 2008? Macam-macam janji manis ditaburkan pemimpin Umno di Negeri Sembilan. Antaranya ialah pembinaan Hospital Rembau, pembinaan Landasan Terbang Rembau, pembinaan UiTM Rembau. Sekarang dah tahun 2011, nak masuk 2012. Bayang pun tak nampak lagi. Tak apa , Melayu mudah lupa. Bagi komputer riba 1Malaysia, dah lupa semua janji sebelum ini.

Projek kereta laju KL - Gemas bermula
Kosmo 31 Jan 2008

SEREMBAN - Pembinaan landasan kereta api laju dari Kuala Lumpur ke Gemas yang kini sudah pun bermula dengan dijangka siap dalam masa empat tahun lagi.

Projek itu yang dijalankan oleh Indian Railways Company (IRC), dijangka menjadi pendorong kepada pembangunan pesat di Seremban, Rembau, Tampin, Gemencheh dan Gemas.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu juga akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal.

"Projek landasan itu kini sudah dimulakan di atas tanah milik kerajaan manakala proses pengambilan tanah milik individu sedang dilakukan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini semalam.

Pada masa yang sama juga, Mohamad memaklumkan, syarikat yang sama turut diberi tugas oleh kerajaan bagi membina satu lagi laluan kereta api yang dikhaskan untuk komuter yang di- lanjutkan dari Seremban ke Sungai Gadut.

Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemuda han seperti hotel bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan.

BELIAU JUGA MENGUMUMKAN PEMBINAAN SEBUAH LAGI KAMPUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) REMBAU selepas kampus di Kuala Pilah di mana ia dibuat secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI).

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_15.htm

Artikel Mohamad Hasan menjanjikan Landasan Terbang Rembau pada tahun 2008 di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/05/melayu-mudah-lupa.html

Artikel Mohamad Hasan menjanjikan Hospital Rembau pada tahun 2008 di http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.html

Jambatan tidak sempurna

Posted: 05 Jun 2011 07:58 PM PDT



Jambatan tidak sempurna
Sinar Harian 6 Jun 2011

TERACHI – Jambatan yang menghubungkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Ibol berdekatan laluan keluar dekat sini, mengundang resah penduduk berhampiran berikutan strukturnya yang tidak sempurna.

Rata-rata mereka kesal kerana jambatan yang menjadi lalu mereka selama ini rosak sejak setahun lalu akibat peralihan jambatan.

Penduduk, Mohd Razali Abd Latif, 46, berkata, pada awalnya, jambatan itu elok dan boleh dilalui kerana mempunyai struktur yang sempurna serta selamat.

"Tetapi apabila pihak Jabatan Pertanian mengusahakan pertanian di sini, jambatan itu dialihkan untuk pengaliran air.

"Setelah dialihkan, jambatan baru yang dibina tidak sempurna kerana tidak mempunyai ciri keselamatan selain membebankan penduduk," katanya. Malah katanya, apabila hujan lebat berlaku baru-baru ini, jambatan yang dibina telah runtuh semua hingga memaksa mereka menggantikannya dengan jambatan kayu.

"Jambatan kayu ini tidak mampu menampung sebuah kenderaan kerana tidak kukuh dan hanya sebuah motosikal sahaja yang boleh melalui jambatan berkenaan," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurutnya, jambatan itu menjadi laluan penduduk kampung terutamanya apabila berlakunya kematian.

"Jalan ini menghubungkan Tanah Perkuburan Kampung Ibol. Apabila jambatan ini tidak boleh dilalui oleh kenderaan berat seperti van jenazah, kami terpaksa memikul keranda sejauh 500 meter.

"Keadaan tanah berbukit-bukit membebankan kami dan pernah beberapa kali berhenti kerana penat berjalan. Selain itu, sekiranya jambatan itu tidak lagi berfungsi, ia menyebabkan segala urusan berkaitan perhubungan akan terganggu dan aktiviti membawa hasil pertanian turut terjejas," katanya.

Malah katanya, kehadiran Ramadan tidak lama lagi pasti membimbangkan penduduk yang perlu berjalan jauh menziarahi kubur sanak saudara.

"Saya berharap pihak berkenaan dapat memandang serius perkara ini dengan teliti supaya dapat diatasi dengan segera," katanya.

Sementara itu, Mohd Ariff Abdullah, 45, berkata, berharap masalah ini dapat diberi perhatian segera kerana ia sudah berlarutan selama setahun.

"Kami bukan mahu mempertikaikan tanggungjawab sesiapa kerana kami tahu mereka juga berusaha membawa perkara ini kepada pihak berkaitan.

"Ketua kampung sangat mengambil berat masalah ini dan telah melaksankan tugasnya dengan baik. Oleh itu, saya berharap pihak berkaitan dapat menyegerakan proses membaik pulih jambatan itu supaya tidak menjadi lebih teruk," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9163729.asp

Tiada ulasan:

Nuffnang