Isnin, 6 Jun 2011

Khalid Samad

Khalid Samad


Kempen Mesra Polis Shah Alam

Posted: 06 Jun 2011 01:13 AM PDT

Polis sering digambarkan secara negatif melalui laporan-laporan buruk yang memenuhi lembaran akhbar. Yang berbuat salah sering mendapat publisiti dan ditonjolkan sedangkan yang begitu ramai berkerja dengan baik jarang sekali diberi pengiktirafan.

Kearah memulihkan imej Polis, saya ingin melancarkan
"PROGRAM KEMPEN MESRA POLIS SHAH ALAM"
Ianya bertujuan untuk menonjolkan anggota-anggota Polis yang bertindak mesra dan profesional terhadap rakyat jelata dan memberi penghargaan sewajarnya kepada mereka. Ianya bertujuan memberi galakkan kepada mereka di mana sikap mesra dan profesional mereka jelas dihargai.

Untuk maklumat lanjut dan borang penyertaan, sila muat turun fail berikut:

1. Kertas Kerja Kempen Mesra Polis Shah Alam [PDF]
2. Borang Penyertaan Pertandingan Anugerah Polis Contoh [PDF]
3. Borang Penyertaan Pertandingan Essei [PDF]

Semua dijemput untuk menjayakan Kempen Mesra Polis Shah Alam ini
KHALID SAMAD

Tiada ulasan:

Nuffnang