Jumaat, 20 Mei 2011

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


KENYATAAN AKHBAR 20 MEI 2011 MENTERI BESAR SELANGOR DESAK KDN DAN HISHAMMUDDIN AMBIL TINDAKAN SEGERA TERHADAP ADUN KUANG!

Posted: 20 May 2011 12:54 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR

20 MEI 2011

MENTERI BESAR DESAK KDN DAN HISHAMMUDDIN  AMBIL TINDAKAN SEGERA TERHADAP ADUN KUANG

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri,  Dato' Seri Hishammudin Tun Hussein bagi mendesak kementerian itu mengambil tindakan segera terhadap ADUN Kuang, YB Abdul Shukor Idrus.

Abdul Shukor yang juga Ketua Penerangan UMNO Selangor telah mengaku secara terbuka memiliki dan mengedar akhbar haram, Selangor Terkini sekali gus melanggar Seksyen 5 (1) dan (2) Akta Penerbitan Mesin Cetak 1984.

Dalam surat yang dihantar kepada Hishammuddin bertarikh 13 Mei,

 Menteri Besar kesal kerana KDN dan Hishammuddin tidak berbuat apa-apa walaupun laporan polis telah dibuat terhadap Abdul Shukor dan Selangor Terkini.

Beliau berkata, kegagalan KDN dan Hishammuddin menyiasat menyebabkan Peguam Negara tidak boleh bertindak termasuk mendakwa Abdul Shukor kerana tiada hasil siasatan yang dikemukakan untuk tindakan lanjut.

Dalam surat balas kepada Menteri Besar bertarikh 21 Mac, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail  memaklumkan bahawa KDN belum mengemukakan sebarang hasil siasatan untuk pertimbangan.

"Kegagalan KDN dan Hishammuddin bertindak secara efisien menyebabkan akhbar haram ini dicetak dan diedar di Selangor tanpa sebarang sekatan. Saya percaya ia didalangi orang yang sama kerana muka ADUN Kuang terpampang di muka depan akhbar haram ini," kata Menteri Besar.

Tan Sri Abdul Khalid sekali lagi mendesak KDN dan Hishammuddin menjalankan siasatan kerana laporan kedua telah dibuat pada 6 Mei lalu terhadap Selangor Terkini selepas dua individu ditangkap ketika mengedarkan akhbar haram ini secara terbuka.

"Saya mengesa Hishammuddin memainkan peranan sebagai Menteri Dalam Negeri dengan lebih berkesan, amanah, bertanggungjawab dan menjangkaui ideologi politik supaya keadilan dapat ditegakkan dan pihak yang didapati bersalah menerima hukuman setimpal," kata Menteri Besar.

Dikeluarkan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR


--Sekretariat AkhbarPejabat Dato' Menteri Besar SelangorTel: 03 5544 7452 Fax: 03 5510 9686www.selangorkini.com.mywww.tvselangor.comhttp://www.youtube.com/user/mbselangor
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Posted: 19 May 2011 10:03 PM PDT


KEMESRAAN YB SHUHAIMI SEMAKIN MENAMBAT HATI PENGUNDI DUN SRI MUDA

SRI MUDA - Rakyat serta pengundi di Dun Sri Muda semakin menyayangi dan mengagumi ketokohan yang ada dalam diri YB Shuhaimi kerana sebagai seorang wakil rakyat beliau cukup mudah untuk didekati serta mudah mesra tidak mengira golonggan masyarakat.

Pada setiap majlis yang melibatkan masyarakat YB Shuhaimi tanpa rasa segan silu akan bertemu kesemua tetamu yang hadir untuk bersalaman serta bermesra dan bertanyakan khabar kepada tetamu yang hadir.Pendekatan yang di amalkan oleh YB Shuhaimi jauh berbeza berbanding dengan Wakil rakyat yang terdahulu yang mana berlagak seperti golonggan bangsawan dan jarang akan bertemu dengan rakyat.Akan tetapi YB Shuhaimi pasti akan meluangkan masa untuk bertemu dengan masyarakat sehingga ke ruangan memasak untuk bermesra dengan semua yang hadir.







Posted: 19 May 2011 09:52 PM PDT

YB SHUHAIMI HJ SHAFIEI BERDEMO BERSAMA RAKYAT MEMBANTAH PEMBINAAN LALUAN LRT YANG TERLALU HAMPIR DENGAN KEDIAMAN PENDUDUK











lensa

Posted: 19 May 2011 09:17 PM PDT

BERTEMU AHLI JEMAAH DAN MELAWAT SURAU AL-FIRDAUS KOTA KEMUNING

KOTA KEMUNING - Pada setiap hari jumaat YB Shuhaimi Hj Shafiei akan mengambil kesempatan untuk sembahyang Fardhu Jumaat di Masjid - masjid yang terdapat disekitar kawasan Dun Sri Muda.Kesempatan yang ada memboleh YB Shuhaimi Hj Shafiei bertemu dengan ahli jemaah yang hadir serta bertemu dengan AJK masjid untuk bertanya dan berbincang berkenaan dengan permasalah yang berbangkit.

Baru - baru ini YB Shuhaimi Hj Shafiei yang bersolat Fardhu Jumaat di Surau Al-Firdaus Kota kemuning yang mana turut disertai oleh kakitangan Pejabat Pusat Khidmat Adun Sri Muda.Selepas selesai solat YB Shuhaimi Telah meluangkan masa meninjau persekitaran Surau tersebut dengan di iringi oleh ajk surau.YB Shuhaimi telah menyampaikan berita gembira kepada ajk surau juga ahli jemaah yang mana beliau akan menyegerakan pembinaan bumbung tambah untuk menampung penambahan jumlah jemaah yang mendirikan solat fardhu jumaat.











PDRM: Jangan terlebih UMNO dari UMNO

Posted: 19 May 2011 04:11 AM PDT

PDRM: Jangan terlebih UMNO dari UMNO

KENYATAAN MEDIA
PARTI KEADILAN RAKYAT
NEGERI SELANGOR
19 MEI 2011

Semacam ada satu ketakutan dasyat yang melanda parti pemerintah di Putrajaya sehingga Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dikerah bertindak keterlaluan mengganggu proses perjalanan siri Ceramah KEADILAN Selangor 'JELAS- Tawan Malaysia!'.

Tindakan keterlaluan pihak PDRM dengan mengenakan sekatan jalanraya ketat menuju ke tempat ceramah, mengarah trak FRU berkumpul di hadapan kawasan ceramah, meletakkan pita garisan had sempadan ceramah di premis persendirian / markas parti dan melengahkan urusan pemberian permit merupakan tindakan luar biasa pihak PDRM, diyakini ianya demi untuk menjaga kepentingan politik UMNO. Ia berlaku di Pelabuhan Klang dan terbaru di Kuala Langat / Sepang.

KEADILAN Selangor ingin ingatkan PDRM, rakyat di Selangor bukanlah pengganas atau puak pelampau yang perlu dikawal sedemikian rupa ataupun pertubuhan perkauman melampau seperti Perkasa pimpinan Ibrahim Ali.

KEADILAN Selangor sekali lagi men gesa PDRM menghormati keputusan rakyat di Selangor yang memilih Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan yang sah pada PRU 12. Segala tekanan yang cuba diberikan oleh PDRM kepada Kempen 'JELAS - Tawan Malaysia!' dengan sendirinya jelas menunjukkan yang pihak PDRM ini ibarat 'terlebih UMNO dari UMNO'. Lagak PDRM tidak ubah seperti 'budak suruhan' UMNO dalam menghalang aktiviti demokrasi Pakatan Rakyat menyampaikan penerangan kepada rakyat di Selangor.

KEADILAN Selangor ingin bertanya, mengapakah institusi PDRM sendiri yang merendahkan martabat yang ada pada mereka? Sedangkan kalau dilihat pada sejarah PDRM sejak puluhan tahun, pernah ketikanya wibawa PDRM tidak boleh dipertikai. Perubahan dan transformasi yang diwar-warkan oleh institusi PDRM satu ketika dahulu seakan dimandulkan dengan tindakan keterlaluan pihak PDRM yang 'terang lagi bersuluh' kelihatan mengambil arahan dari UMNO untuk bertindak.

Sebagai contoh; Di Kuala Langat dan Sepang, pentadbiran polis bagi kawasan Parlimen Sepang terbahagi pada dua pentadbiran iaitu, IPD Sepang dan IPD Kuala Langat. Bagi 5 buah Kampung bermula dari Bukit Changgang ianya terletak dibawah bidang kuasa IPD Kuala Langat. Pada 16 Mei lalu IPD Kuala Langat yang bertanggungjawap tidak membenarkan ceramah di Bukit Changgang dengan menyita Dewan Orang Ramai Bukit Changgang. Pihak KEADILAN Cabang Sepang cuba mengalih tempat ke Dewan Orang Ramai Salak Tinggi, dibawah pentadbiran IPD Sepang. Namun ianya telah ditolak atas alasan permohonan permit adalah terlalu singkat.

Mengikut maklumat yang disampaikan, pihak PDRM Kuala Langat dan Sepang telah menerima tekanan dari UMNO untuk membatalkan ceramah tersebut. Kelihatan kuncu-kuncu UMNO pengikut Ahli Parlimen Sepang dan ADUN Dengkil telah dilihat bersama-sama polis dan sentiasa berulang alik di depan Dewan Orang Ramai Bukit Changgang bagi memantau persiapan yang telah dijalankan.
Apa yang menyedihkah pada hari Ahad 15/05/2011 Dewan Bukit Changgang telah disita menyebabkan pelajar-pelajar sekolah yang mengikuti Program Kelas Tuisyen Rakyat (PTRS) anjuran kerajaan Negeri takut untuk hadir. Hanya 4 pelajar hadir dari 25 orang pelajar. Akhirnya ceramah penerangan ini di buat di Markas PAS Kampung Labuan Dagang, Banting. Itupun ada unsur provokasi pihak PDRM

Tindakan dan lagak PDRM yang 'terlebih sudu dari kuah' dalam menjaga kepentingan politik UMNO ini semakin membosankan rakyat.

Tugas PDRM yang utama adalah menjunjung ikrar taat setia Institusi Kepolisan menjaga keselamatan rakyat seluruhnya.

Ketua Polis Negara wajib jelaskan kepada rakyat di Selangor mengapakah tindakan PDRM mutakhir ini tidak langsung mencerminkan kewibawaan PDRM itu sendiri. Bagaimana PDRM boleh bersekongkol dalam komunikasi halus bawaan APCO Worldwide dengan logo 1Malaysia pada kenderaan yang dimiliki PDRM kalau benar institusi ini bebas dari kongkongan politik?

Tahap kekesanan PDRM wajib dinilai dalam menyelesai kes jenayah yang dialami negara ini dan bukannya Key Performance Indicator (KPI) PDRM dinilai dari segi tindakan keterlaluan menghalang Kempen 'JELAS - Tawan Malaysia! mahupun ceramah penerangan seumpamanya.

Apa pun agenda politik yang tersemat pada PDRM ini, kami tidak akan mengalah dan menghentikan kempen penerangan pada seluruh rakyat di Selangor.

'JELAS- Tawan Malaysia!' diteruskan pada malam ini di Bandar Baru Bangi anjuran KEADILAN Selangor dan Cabang Serdang manakala pada 20hb Mei 2011(Jumaat) diadakan di
Dewan Serbaguna Cheras Baru, Jalan Kuari, Cheras anjuran KEADILAN Selangor dan Cabang Pandan yang akan dihadiri oleh YB Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Penerangan ini merupakan satu tanggungjawab kami sebagai parti yang diberi mandat oleh rakyat di Selangor untuk memerintah negeri ini.

Semoga teguran ini diambil dari sudut positif supaya Institusi PDRM ini dihormati oleh rakyat di Selangor dan bukannya menjadi bahan jenaka kerana terang terangan menjadi perkakas politik pada UMNO.

Shuhaimi Hj Shafiei
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor / Adun Sri Muda
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Nuffnang