Jumaat, 20 Mei 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


USTAZ ABDUL GHANI SHAMSUDDIN NAQIB DI LIQA FIKRI PAS TELUK INTAN

Posted: 20 May 2011 04:46 AM PDT


TELUK INTAN, 19 Mei - Program bulanan PAS Kawasan Teluk Intan anjuran Lujnah Tarbiyyah, Liqa Fikri bagi bulan Mei telah diadakan pada 19 Mei lalu. Naqib jemputan kali ini ialah Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat. Ia telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini.


Program bermula dengan solat fardhu Maghrib berjemaah. Ustaz Abdul Ghani telah mengimami solat Maghrib dan seterusnya memimpin bacaan al ma'thurat.

Seterusnya,, liqa fikri bermula dengan pembentangan kertas kerja oleh Ustaz Abdul Ghani. Beliau telah membentangkan tajuk 'Maqasid Syari'ah' iaitu kertas kerja yang telah dibentangkan oleh Presiden PAS di dalam Seminar Maqasid Syari'ah dua minggu lalu di Shah Alam.

Dengan persembahan powerpoint melalui projektor LCD Ustaz Abdul Ghani telah berjaya memperjelaskan tajuk berkenaan. Kehadiran pada malam tersebut amat menggalakkan sehingga ruang dewan markaz telah penuh yang menyebabkan ada hadirin yang terpaksa duduk di luar dewan.

Menurut Ketua Lujnah Tarbiyyah kawasan, Ustaz Sabri, naqib jemputan liqa fikri pada bulan Jun akan datang ialah Ustaz Ridhuan Mohd. Noor. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ahli PAS yang hadir ke majlis tersebut dan berharap kehadiran akan lebih menggalakkan pada liqa yang akan datang.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang