Jumaat, 6 Mei 2011

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


CHECK THIS OUT: fact or fake?

Posted: 06 May 2011 09:23 AM PDT

Untuk membuat kenyataan sebegini berat untuk ditanggapi minda orang biasa, memerlukan analisa fakta-fakta dengan berbekal kemahuan tinggi untuk mengetahui kebenaran.Bukan dengar satu sumber sahaja. Perlukan kemahiran dan sedikit latihan untuk memahami isu-isu politik. Perlu rajin mengkaji, membaca, merujuk, bertanya, berbincang dan berdiskusi ilmiah dengan fikiran terbuka. Tanya kepada veteran.Kenalpasti ciri-ciri penipu dan pembelit fakta.........bila sudah buat 'kerja rumah'
Nilai sendiri yang mana benar yang mana topeng berwajah manis.
Jangan tipu diri sendiri.Istikhorah...bila sudah nampak kebenaran tinggal segera yang batil dan wajib sokong yang benar.

Umno musuh nombor 1 negara
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 6 Mei: Bagaimana PAS boleh bersatu dengan Umno sedangkan Umnolah yang 'menjajah' bumi dan rakyat Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Katanya, Umno bertindak zalim terhadap rakyat dan bumi Malaysia dengan mencengkam kebebasan rakyat dan bertindak tanpa keadilan kepada rakyat dan bumi Malaysia.
"Fatah dan Hamas boleh bersatu menentang Israel, mengapa Umno dan PAS tidak dapat bersatu membela umat Melayu?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Jelasnya, Hamas setuju untuk bersatu dengan Fatah semata-mata atas tujuan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan Israel.
Katanya lagi, penjajahan Israel zalim, yang mencengkam kebebasan rakyat Palestin dan penjajahan yang menidakkan keadilan sejati kepada rakyat dan bumi Palestin.
"Bagaimana boleh kami, PAS bersatu dengan golongan (yakni Umno) yang mengamalkan budaya rasuah, yang mempratikkan budaya politik samseng dan yang mempersendakan hukum Allah SWT?" soalnya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.
Justeru, PAS tegasnya akan terus memperjuangkan untuk meminda Perlembagaan dan undang-undang negara agar badan keadilan dan perundangan (judiciary) benar-benar bebas dan Peguam Negara (AG) bertanggungjawab kepada Parlimen.
Selain itu, tambahnya SPR, SPRM dan ROS diletakkan di bawah pengawasan Parlimen dan pembentukan IPCMC dan diletakkan di bawah pengawasan Parlimen.
Kesimpulannya, kata beliau kembalikan supremacy of parliament yang telah dinodai oleh Kerajaan Umno BN semenjak merdeka lagi.
"Jika Umno jujur dia membentangkan pindaan perlembagaan dan undang-undang, kalau Umno itu ikhlas, maka pulangkan royalti minyak kepada rakyat Kelantan dan Terengganu," katanya.
Di samping, beliau juga mahu Umno BN menubuhkan Suruhanjaya-suruhanjaya Diraja bagi menyiasat pembelian kapal selam Scopene, saham-saham allocation untuk Bumiputra dari 1970 sehingga sekarang dan siapa penerimanya, penggunaan pendapatan minyak dan gas negara daripada 2004-2009, kes kematian pegawai kastam, Sarbani dan kes PKFZ.
"Kami menentang parti Umno bukan kerana dia Umno, kami menentang parti Umno kerana mereka zalim, mereka menindas rakyat Malaysia, mereka merompak harta negara dan mereka (parti Umno bukan ahli Umno) adalah musuh nombor satu negara," ujarnya.

UMNO IDAM SELANGOR; Benarkah rakyat dizalimi oleh kerajaan PAKATAN RAKYAT???!!

Posted: 06 May 2011 08:51 AM PDT

Rakyat MESTI berani buat kajian untuk melihat apa yang disebut oleh Datuk Seri Najib, Ketua pemimpin UMNO Selangor. Analisa sendiri, tanya, periksa, siasat. Kaji dari sumber sahih. Lihat daripada pelbagai sudut.
         Kalau sudah cukup bahan dan daripada sumber yang dipercayai dan diakui oleh orang yang jujur dan benar maka fikir sendiri.Lapangkan dada, fikirkan secara kritis dan buatlah keputusan sendiri siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong. Siapa yang benar-benar mahu membangun ummat.Siapa pula yang mahu bersandiwara memegang watak baik, walhal bergelumang kebencian dan kepura-puraan.
Lihat dengan mata hati nesacaya anda boleh menilai benar dan batil!


 

Rampas Selangor untuk baham khazanah negeri
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 6 Mei: Pakatan Rakyat wajib mempertahankan Selangor dan Negeri Pakatan Rakyat yang dimenangi pada 8 Mac 2008, malahan mesti berusaha untuk memerintah peringkat kerajaan pusat.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, kenyataan Datuk Seri Najib yang hendak merampas balik Selangor dengan alasan untuk membela kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat adalah suatu perkara yang amat melucukan bagi mereka yang waras.
"PAS hendak bertanya kepada Datuk Najib yang juga pengerusi Perhubungan Umno Selangor, apakah amalan zalim apabila rakyat diberi air percuma?
"Apakah amalan zalim warga emas yang meninggal diberi wang kifalah RM2,500?" soalnya dalam satu kenyataan.
Beliau juga mempersoalkan apakah amalan zalim setiap bayi yang dilahirkan mendapat RM100, apabila berumur 18 tahun wang terkumpul sebanyak RM1,500.
Justeru, katanya PAS hendak menasihatkan Najib supaya bercakaplah terus terang kepada rakyat Selangor bahawa memberi kembali Umno BN mandat untuk memerintah Selangor supaya pemimpin Umno dapat membaham khazanah negeri.
Ini, ujarnya kerana pemimpin Umno sudah tidak bermaya dan kebuluran projek.
"Beri tahu kepada rakyat Selangor jika Umno perintah Selangor, kami (pemimpin Umno) akan pastikan masjid surau mati supaya rakyat tidak memahami Islam yang syumul," ujarnya.

Tiada ulasan:

Nuffnang