Jumaat, 6 Mei 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Ziarah

Posted: 05 May 2011 09:05 PM PDT



Menziarahi keluarga 3 kanak-kanak yang hilang di bawa arus deras semasa mandi di Ulu Bendul

Tahniah PAS kawasan Jelebu

Posted: 05 May 2011 09:05 PM PDT



Dalam majlis Penyerahan Borang Keahlian PAS oleh mantan Pegawai Khas Exco Pertanian Kerajaan NS, Tn Hj Anuar bin Hashim di Klawang , PAS GANTI UMNO

Bengkel dilanda banjir kilat

Posted: 05 May 2011 07:52 PM PDT



Sinar Harian 6 Mei 2011

REMBAU - Kelewatan pihak bertanggungjawab menyelenggara Sungai Gaing dikatakan menjadi punca banjir kilat yang melanda sebuah bengkel membaiki kenderaan di Pedas dekat sini, petang Selasa lalu.

Pemilik bengkel, Mohd Fazaly Bahudin, 29, berkata, kejadian kira-kira jam 4 petang itu dipercayai berpunca daripada aliran sungai yang tersekat di jambatan yang terletak kira-kira 100 meter dari premisnya.

"Air naik terlalu pantas sehingga kira-kira satu meter. Salah sebuah daripada lima kereta pelanggan tidak sempat dibawa keluar dari kawasan bengkel mengakibatkannya tenggelam.

"Selain itu, banyak alat ganti kenderaan di dalam bengkel rosak menyebabkan saya terpaksa menanggung kerugian dianggarkan sebanyak RM10,000," katanya di sini, petang kelmarin.

Menurut Mohd Fazaly, dia dan seorang mekanik lain terpaksa berhempas-pulas menaikkan empat kereta lain ke paras yang lebih tinggi.

Katanya, air mulai surut pada jam 8 malam namun meninggalkan lumpur tebal di kawasan bengkel termasuk tapak yang digunakan untuk perniagaan mencuci kenderaan.

"Kejadian ini bukan kali pertama berlaku sejak bengkel saya beroperasi di sini tiga tahun lalu.

"Setiap kali hujan terlalu lebat, bengkel ini dilanda banjir kilat. Kalau selalu sangat begini, perniagaan saya boleh terjejas," katanya.

Mohd Fazaly berkata, dia pernah mengemukakan aduan tentang banjir kilat kepada pihak-pihak berkenaan namun tidak pasti berhubung tindakan diambil.

"Saya berharap tindakan diambil segera untuk menyelenggara Sungai Gaing agar kejadian banjir kilat tidak berulang di bengkel ini," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9055597.asp

Tiada ulasan:

Nuffnang